Sekiranya semua ini dinilai oleh Allah sebagai 'pengorbanan'
Alhamdulillah.
Cukuplah mengadu dengan Allah sepanjang masa.
Tertutup buku lama, pasti buku baru akan terbuka.
Yakinlah waktu itu akan tiba.
Hidup manusia Allah takkan uji dengan musibah sepanjang masa, bahagia itu akan tiba.
Bila Allah dan keadaan mengizinkan sesuatu, tak perlu kita pinta dicepatkan atau dilambatkan walaupun sesaat.
Ianya akan terjadi jua.
Sekiranya kita ingin dapatkan sesuatu, kita akan berusaha sehabis daya.
Bukan mengalah dengan mudah.
Bukan dengan mempertahankan pendirian dengan tegas.
Nak seribu cara, bila tak nak akan ada seribu dalihnya.
Kasih dan perasaan kerana paksaan dan terpaksa takkan menjaminkan kebahagiaan berpanjangan.
Yang pastinya,
Ujian Allah ini pasti berhikmah.
Tarbiyyah yang tak perlu dibayar.
Pasti Allah sudah sediakan yang terbaik.
Dan ini semua hanyalah liku-liku bahagia dan derita untuk sampai ke destinasinya.
Tak perlu khuatir bila kita terpaksa melepaskan sesuatu pergi
Janji Allah, sekiranya ia memang dijadikan untuk menjadi milik kita.
Ianya akan kembali pada kita walau bertahun lamanya.
Namun sekiranya ia memang bukan Allah jadikan untuk kita.
Ia tetap bukan milik kita walau bagaimana sekalipun kita cuba pertahankan.
Kadang-kadang kita selalu terlepas pandang apa yang sekian lama ada di depan mata kita kerana terlalu inginkan yang terbaik dan sempurna.
Sehingga kita lupa mungkin sempurnanya tidak nampak dengan mata kasar kita, justeru itu, nilailah dengan mata hati kita. Itu akan jadi yang terbaik.
Apa yang dilakukan punyai seribu satu sebab
Berkorban demi yang tersayang, keluarga
Sekiranya semua ini dinilai oleh Allah sebagai 'pengorbanan'
Alhamdulillah.
Kesedihan dan apa saja perasaan yang ada telah lama dibawa ombak ini
Bawalah ianya pergi dan jangan kembali lagi dengan ombak yang sama
Bawalah ombak baru datang ke sini
Walaupun penuh dengan kekurangan
pasti ada kelebihannya
Segala kelemahannya diterima sebagai caraku meraih pahala redha.
Kuraikan segala kelebihannya sebagai caraku mendamba ganjaran syukur.

