CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 August 2010

penjara hati

53 tahun kita merdeka...
maksudnya bebas dari cengkaman penjajah..
namun persoalannya, adakah kita benar-benar pasti diri, jiwa, negara, agama dan bangsa kita bebas daripada dijajah?

negara kita sedang mengorak langkah mencapai sebuah negara maju.
namun pada masa yang sama lihatlah generasi yang bakal mewarisi pada masa akan datang.
Sahsiah dan akhlak semakin merosot hingga membimbangkan malah menakutkan!
terbayangkan kita bagaimana situasi 10 tahun akan datang?
bagaimana persekitaran di saat anak2 kecil sedang meniti alam kedewasaan?
mampukah mereka menepis segala godaan?

adakah ia juga diistilahkan sebagai kemerdekaan?
dalam masa yang sama, kita sendiri yang menjajah diri kita dan org lain..
membuat keputusan tetapi tidak pasti dengan apa yang dilakukan..
terus dibelenggu penjara yang dicipta sendiri..
terus dan terus 'menjajah' orang lain!

hayatilah erti sebenar 'kemerdekaan' yang kita laung2kan.
memerdekakan diri dari belengu kejahilan, kemalasan, kelemahan dan kecintaan pada duniawi..
betapa jauhnya jurang kita selama ini dengan Dia..

Bersama-sama kita membersihkan jiwa dengan meningkatkan segala amalan dengan seikhlas hati bukan kerana keterpaksaan di dalam bulan yang mulia ini..
Ingatlah Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui, waima ianya hanya terdetik di dalam hati..
Jika tahun lalu, kita gagal memanfaatkannya, kali ini usah biarkan ia pergi dengan hati yang sepi..

Semarakkan rohanimu dengan cahaya Ramadhan
Hentikan menjajah jiwamu dengan sepenuhnya
Sambutlah kemenanganmu di Syawal tiba

30 August 2010

betapa luasnya

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

nabi menangis untuk umatnya..namun kita?

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH

(fb Mohamed Afizal)

renungan bersama,

29 August 2010

termetri sesuatu yang pasti

Jangan bimbang dan jangan bersedih...

Jika ini ketentuanMu,
kerana pasti ada yang tersirat
ku cuba dan terus tabahkan hati
sesuatu di sebalik yang tersurat itu
memikirkan apakah hikmah

kerana aku manusia biasa
tidak terdayanya
apakah ini rahsianya
hidup ini akan terus berputar
tiada masa untuk berlengah
tiada masa untuk berpatah lagi

ku kuatkan hati serapuh kaca ini
ku salutkan bersama doa tulus suci
kerana doa itu tersimpan satu kekuatanku
kekuatan dari penjaga hati

dan yang pastinya dunia ini bukan miliku seorang
untukku atur segalanya
kerana takdir itu mengatasi tadbir
tadbir oleh manusia yang lemah
takdir dari tuhan Maha Pencipta

Ku simpan segala pahit dan perit
dalam surat bernama kehidupan
yang penuh sirat dan pengajaran

Disebalik yang terjadi
pasti ada yang terjanji
termetri sesuatu yang pasti

alangkah banyaknya jalan keluar yang datang selepas rasa putus asa dan betapa  banyak kegembiraan datang selepas kesusahan..
Sesiapa yang berbaik sangka kepada Penguasa 'Arasy, dia akan memetik manisnya buah di tengah2 pohon berduri..
Sesungguhnya Allah bersama kita

la takhaf wa la tahzan,
(adaptasi: Az-Zahra Sholehah)

28 August 2010

aduhai muslimah sejati

Sebuah perkongsian...

Salam sahabat2 sekalian,

Terdapat hadis yang menyatakan:

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu:

1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya

2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.

(Riwayat Imam Muslim dan Abu Hurairah)

Dalam hadis tersebut, Nabi mendedahkan dua golongan dari umatnya yang perlakuan mereka belum nampak pada zaman baginda akan tetapi akan muncul pada zaman selepas baginda, iaitu:

a) Golongan pertama; golongan yang suka mendera dan memeras orang-orang bawahannya (termasuk pemerintah-pemerintah yang zalim) di mana mereka diumpamakan Nabi seperti seorang tuan yang memegang cambuk dan memukul hamba bawahannya.

b) Golongan kedua; wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (yakni tidak menutup aurat dengan sempurna serta berpakaiaan ketat sehingga menampakkan susuk badan) di mana mereka cenderung kepada maksiat dan melakukan tindakan-tindakan yang mendorong orang lain kepada maksiat.
...............................................................

Saya lebih cenderung untuk berkongsi pendapat bedasarkan golongan kedua tersebut..ini kerana sejak kebelakangan ini wanita Malaysia sangat terpengaruh atau obses dengan cara wanita Timur Tengah yang sengaja membuat sanggul mereka tinggi dan meletakkan tudung mereka menutup rambut dan sanggul membentuk ketinggian yang luar biasa..

Secara fizikalnya, wanita di Timur Tengah dan Afrika, mereka mempunyai saiz badan yang agak besar sesuai menampilkan penampilan tudung dengan sanggul yang tinggi kerana itu adalahidentiti mereka sejak dahulu lagi.

Begitu juga dengan wanita negara Arab yang suka berhias dan rambut menjadi keutamaan mereka. Oleh yang demikian menjadi kebiasaan bagi mereka bertudung tapi tidak mengenakan anak tudung kerana khuatir rambut mereka rosak dan menjadi 'leper'.

tetapi

kenapa kita mesti megikut budaya mereka?

persoalannya?

sesuaikah kita wanita tempatan bertudung dengan memiliki sanggul yang tinggi dan membuatkan kepala kelihatan lebih besar dari badan lantas menyebabkan keseluruhan penampilan tidak seimbang dan agak luar biasa?

kadang2 ianya kelihatan melucukan kerana dek penampilan yang agak janggal.

kenapa kita sebagai muslimah perlu mencari 'kelainan' tanpa mengambil kira identiti tempatan yang mulai lenyap oleh kerana terlalu taksub dengan pengaruh fesyen bertudung negara asing?

sedangkan niat kita bertudung mulia di sisi agama, tapi kenapa kita perlu mencemari dengan fesyen sehingga menyebabkan kita tidak mampu mencium bau syurga?

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat"

Al-A’raaf:26

Wahai sahabat2 sekalian...sentiasalah beristiqamah dalam apa segala hal yang kita lakukan termasuk dalam berfesyen dengan tudung..mohonlah agar kita ditetapkan hati untuk terus berada di jalanNya..

"Subhanallah...ya muqallibal qulub...tsabbit qulubana 'ala dinik...",

wahai tuhan yg membolak balik hati..tetapkanlah hati kami atas agama-Mu dan ketaatan..amin..

kerana kita hanya mempunyai sekeping hati yang berada antara dua jari Allah dan Dia boleh membolak balikkan hati kita mengikut kehendak-Nya...

Sekadar sebuah perkongsian..termasuk pada diri saya,

27 August 2010

aku banyak kelemahan

Jangan terlalu menyanjung seseorang..nanti kita akan kecewa pabila melihat keburukan dia..

Jangan menilai seseorang dari kelebihan dia..nanti kita akan kecewa pabila melihat kelemahan dia..

oleh itu..nilailah seseorang dari kelemahan dia..nescaya kita akan kagum pabila dapat
melihat kelebihan dia..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi

26 August 2010

Andai Itu Engkau Takdirkan

Ya Allah..aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaanMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambamu yang daif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambamu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku dan bagi agamaku, baik bagi kehidupanku sekarang dan masa akan datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkat daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmumu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, dan membawa akibat dalam kehidupanku baik sekarang ataupun masa akan datang, jauhkanlah aku daripadanya.

Semoga engkau takdirkan aku pada sesuatu yang baik. Sesungguhnya engkau maha kuasa atas setiap sesuatu.

Berdoalah dalam memilih mana yang lebih baik kemudian bertawakallah kepada tuhan. pilihlah mana arah hati lebih cenderung dan setelah berdoa, janganlah menimbulkan lagi rasa keraguan, kerjakanlah dengan penuh keyakinan bahawa ini adalah pilihan tuhan

Jangan sesekali merasa kecewa jika ternyata pilihan yang dipilih menimbulkan hal-hal yang tidak diingini. Ingatlah bahawa ini takdir yang telah digariskan pada azali dan tidak boleh dielakkan. Kemungkinan ia mempunyai hikmah yang besar dan membawa kebaikan di masa akan datang. Hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah dan yakin dengan janji-janjiNya.

"Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik."

Semoga aku dapat membuat keputusan yang terbaik atas diriku, keluargaku dan agamaku. Semoga aku dapat melupakan apa yang telah berlaku semalam dan membuka lembaran baru.
InsyaAllah

31 August 2010

penjara hati

bingkisan oleh alepponaim pada 5:46 AM 0 bingkisan hati anda

bingkisan oleh alepponaim pada 5:43 AM 0 bingkisan hati anda

bingkisan oleh alepponaim pada 5:34 AM 0 bingkisan hati anda

bingkisan oleh alepponaim pada 12:19 PM 0 bingkisan hati anda
Jangan terlalu menyanjung seseorang..nanti kita akan kecewa pabila melihat keburukan dia..

Jangan menilai seseorang dari kelebihan dia..nanti kita akan kecewa pabila melihat kelemahan dia..

oleh itu..nilailah seseorang dari kelemahan dia..nescaya kita akan kagum pabila dapat
melihat kelebihan dia..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi

26 August 2010

Andai Itu Engkau Takdirkan

bingkisan oleh alepponaim pada 5:56 AM 3 bingkisan hati anda