Jangan bimbang dan jangan bersedih...
Jika ini ketentuanMu,
kerana pasti ada yang tersirat
ku cuba dan terus tabahkan hati
sesuatu di sebalik yang tersurat itu
memikirkan apakah hikmah
kerana aku manusia biasa
tidak terdayanya
apakah ini rahsianya
hidup ini akan terus berputar
tiada masa untuk berlengah
tiada masa untuk berpatah lagi
ku kuatkan hati serapuh kaca iniku salutkan bersama doa tulus suci
kerana doa itu tersimpan satu kekuatanku
kekuatan dari penjaga hati
dan yang pastinya dunia ini bukan miliku seorang
untukku atur segalanya
kerana takdir itu mengatasi tadbir
tadbir oleh manusia yang lemah
takdir dari tuhan Maha Pencipta
Ku simpan segala pahit dan perit
dalam surat bernama kehidupan
yang penuh sirat dan pengajaran
Disebalik yang terjadi
pasti ada yang terjanji
termetri sesuatu yang pasti
alangkah banyaknya jalan keluar yang datang selepas rasa putus asa dan betapa banyak kegembiraan datang selepas kesusahan..
Sesiapa yang berbaik sangka kepada Penguasa 'Arasy, dia akan memetik manisnya buah di tengah2 pohon berduri..
Sesungguhnya Allah bersama kita
No comments:
Post a Comment