CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 October 2010

Kiki Dalam Kenangan

03082010, Pengkalan Chepa
ketika itu dan disitulah ia bermula
mencuba untuk memanjat dahan
dan mengintai Qilah dari kejauhan

Ia dalam keadaan terbiar, lapar dan tidak berteman
dibawa pulang ke rumah atas dasar perikemanusiaan
disitu bermula titik tolak sebuah hubungan
kini ia tiada lagi, yang tinggal hanyalah kenangan

30102010
8.30 pagi..tengah sibuk2 menyediakan sarapan pagi dengan abah kat dapur, Qilah datang dengan penuh perasaan ketakutan:

" abah, tolong Qilah, Qilah takut, adik panggil kiki naik umah, dia xgerak, dia keras kat bawah van abah, ada darah kat pipi dia, abah Qilah takut!"

"Jap2 adik, kak ngah dgn abah gi tengok"

"Dik, Kiki dah mati dah dik"
"bakpe??" dengan tangisan yang teresak2

"Abah pun tak tahu, nnt abah check"
" Kak ngah, kiki xdok doh" sambil memelukku dengan kuat. Yea dia mencari kekuatan dalam diri ini

"Kiki, bakpe tinggal Qilah, kak ngah?" sambil merengek dalam tangisan

Adik mencari kekuatan dalam diri kak ngah, sedangkan kak ngah pun terlalu lemah. Tahan naimah, jangan menangis depan adik!
ternyata tidak, aku tidak sekuat itu, menangis juga akhirnya mengenangkan Qilah & Kiki

mereka mempunyai hubungan yang terlalu unik. Yea, terlalu akrab. Kiki lah sahabat sepermainannya. Kiki jualah tempat dia meluahkan perasaan tiap kali kene marah. Kiki segala2nya bagi Qilah. Mungkin ada yang menganggap ia hanyalah seekor anak kucing biasa.

Tapi tidak didalam hati Qilah. Kiki lah penemannya di saat dia kehilangan 'sesuatu' yang bermakna dalam hidup dia. Kehilangan yang besar disaat dia memerlukan kasih sayang itu. Yea, Kiki lah yang sentiasa berada dalam pelukan dia.

Dijaga Kiki bagaikan menatang minyak yang penuh. Mandi pakai shower gel, diselimutnya selepas mandi tuk pastikan Kiki tidak kesejukkan. di jaga makannya si Kiki. Setiap hari 5 kali makan. Setiap subuh buka pintu sliding rumah dan mula memanggil  "Kiki, makan". Dan Kiki akan datang dengan suaranya yang manja. Yea, hubungannya terlalu unik. Kiki takkan datang makan kalau suara lain yang memanggil, dia hanya kenal suara Qilah.

Itulah kisahnya siapa Kiki di hati Qilah & siapa Qilah di mata Kiki.

"Bakpe Kiki kak ngah?" diulang soalan yang sama

Mencari kekuatan didalam jiwa yang semakin sesak. Apa harus aku terangkan. Apalah si kecil ni faham tentang pertemuan & perpisahan.

Mungkin dia merasa dunia ini terlalu kejam untuk dia. Kenapa kasih sayang yang dia beri direntap begitu sahaja. Aku mencuba. Menghela nafas dalam tangisan

" Adik, adik penah pinjam buku kat pustaka x?"
" Penah "
" Adik kene pulang dok, kalu adik xpulang cikgu marah x?"
" Kene, mestilah cikgu marah "

Dik, samelah macam Kiki, Allah dah panggil dia balik, dia kene balik. Allah bagi kita pinjam dia sekejap jea, dia bukan hak kita dik, dia Hak Allah, sampai masa kita kene pulangkan. Adik sayang Kiki kan? Jadi adik kene bagi balik kat sape yang buat Kiki. Allah kan?

" yea, tapi Qilah jaga dia molek doh, Qilah xpenah abaikan dia "

Adik jangan sedih2, jangan nangis gini, Kiki mesti sedih kalau tahu adik nangis gini. Kak ngah tahu, Kiki pun sayang adik sgt2. Ingat masa kita jumpe dia dulu, kotorkan, kurus jea. Adik jaga dia sampai gemuk gini, bulu lawa. Kiki sangat berterima kasih kat adik. Kak ngah yakin tu.

" Nanti kita beli baru yea"
" Tak sama kak ngah dengan Kiki"

Melihat air matanya terus laju berlinangan, aku sangat sedih. Teramat. Nasihat tapi aku sendiri pun lemah. Teringat anak kucing aku dulu. Cutie. masa tu darjah satu. warna putih gebu. Tengah tgk dia minum air, pastu pusing belakang sekejap nak amik barang. Bila pusing balik kebelakang, bulu putihnya dah bertukar menjadi merah. Yea, Cutie kene langgar dengan pakcik, digilis.

Kak ngah sangat faham perasaan Qilah. Tapi seingat kak ngah, kak ngah xjaga Cutie setulus dan sekudus kasih sayang macam Qilah.

Seluruh keluarga sangat bersedih dengan kematian Kiki. Ia mempunyai satu tanda kasih sayang kami yang tidak berpenghujung. Abah, kak cik, kak lang semua menitiskan air mata melihat keadaan Kiki mati. Kak ngah lagilah. Sedikit demi sedikit kekuatan jiwa diragut. Mata sedikit terbuka, layu. Darah keluar dari mulutnya. Punca, kami tak tahu. Hanya Allah yang tahu. Kak long & kak tih turut menangis walaupun berjauhan dengan kami.

Yea, macam kelakar kan?hanya kerana seekor anak kucing. Tapi itulah tanda utuhnya kasih sayang antara kami sekeluarga. Satu jiwa sengsara, satu hati berduka, yang lain turut terasa!

" Qilah xmboh g tgk abah tanam Kiki?"
" Tak mboh, Qilah xsanggup"

Dik, itulah kehidupan. Sebuah pertemuan Allah dah qasadkan dengan sebuah perpisahan. Bezanya perpisahan sementara ataupun perpisahan selamanya. Hidup ni hakikatnya satu ujian dik. Apabila sanggup hidup mesti sanggup diuji! Ingat yea dik!

yea. Qilah seorang anak kecil yang sangat kuat! Sangat kuat dalam menempuh ujian hidup diumur yang terlalu kecil. Dik, andai suatu hari nanti, Qilah jadi yang TERhebat antara kita berenam, kak ngah xkan sesekali terkejut. Kerana adik si kecil yang mempunyai HATI yang sangat besar!

Selamat Tinggal Kiki
bersemadilah Kiki disana dengan aman
meninggalkan Qilah disini tiada berteman

* mungkin bingkisan ini terlalu tergesa-gesa, namun selagi tidak dicoretkan, diluahkan ia terus dan terus menyesakkan jiwa~
ingin sertakan gambar Kiki, tapi kak ngah sendiri tak sanggup untuk melihat Kiki, apatah lagi perasaan Qilah

28 October 2010

Barakallah

Kadang-kadang terasa penat memikirkan perihal dunia
Tika wajah penat memikirkan dunia
Maka berwuduklah

Ada ketika terasa tangan ini terasa letih
Tika tangan ini letih menggapai cita-cita & tanggungjawab
Maka berdoalah

Terasa terlalu berat tanggungjawab & amanah ini
Tika bahu tidak kuasa memikul amanah
Maka bersujudlah

walau aku sentiasa tersenyum
bukan bererti aku sering bahagia dalam hari
ada yang tiada dalam hati ini
dijiwa ini hambar
bila terasa jiwa sangat lemah
aku kan terjatuh dan terus menangis lagi
hidup penuh dengan air mata
tangisan yang tidak mampu mengembalikan masa lalu
diharap tangisan ini tidak akan membibitkan kabus di masa depanku

Aduhai hati
kenapa harus begini?
Ikhlaskan semuanya
Dekatkan diri dengan Allah s.w.t
Agar tunduk disaat yang lain angkuh
Agar teguh disaat yang lain runtuh
Agar tegar disaat yang lain terhampar

Melangkah itu mudah
namun mencari arah itu payah
Mencari jalan itu mudah
namun memahami destinasi itu susah
Menyusuri jalan itu mudah
namun lelah untuk menemui noktahnya

Menjaga hati yang istiqamah
itu yang paling sukar
mudah-mudahan perjalanan hidup ini sentiasa dalam lindungan & penjagaanNya
Ya Allah
Redhailah aku dengan ketetapanMu
Berkatilah apa yang telah ditetapkan kepadaku
Sehingga aku tidak perlu lagi terburu dengan apa yang Engkau tangguhkan
Takkan tertunda sesuatu yang sudah sampai masanya

Allahurabbi
Hanya padamu aku sandarkan segalanya
Kerana aku yakin Kau tak pernah menghampakan aku
Andai ia baik dalam ilmuMu
Pemudahkanlah buat hatiku
Hati kami semua
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Semoga bahagia dunia & akhirat

25 October 2010

Pulangkannya

" Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa " (mymetro)

kalau tak suka, jangan dibuang, pulangkannya
jaga amanah Allah sebaiknya
ingatlah ianya hanya pinjaman sementara dariNya
jangan terlalu angkuh dengan dunia
hanya Allah yang berhak atas segalanya

Ianya hanya pinjaman
jangan terlalu benci pada realitinya
bila tiba waktunya Allah meminta kita pulangkan
ianya milik Allah & kepada Allah jualah ia kembali

tunduklah dan berfikir sejenak
disuatu masa akan disoal
apa yang telah dilakukan pada amanah yang dipikul
ketika itu terkial-kial lah hati mencari jawapan
mencari kekuatan

jangan yang manis-manis & baik-baik sahaja mudah untuk kita terima
yang pahit-pahit yang buruk-buruk susah untuk ditelan
sedangkan kita amat daif dengan ilmu Allah
yang mana hakikatnya manis, pahit, baik & buruk disisi Allah
sesungguhnya disisi Allah banyak perkara yang tersirat

sentiasalah tunduk kebawah
kerana disitulah kita akan rebah suatu ketika nanti
semoga kita semua masih mendapat tempat disisiNya
amin~

" Makhluk adalah keluarga Allah, dan orang yang paling dicintai oleh Allah adalah orang yang paling menyayangi keluarganya " 

24 October 2010

.

Sinonimnya, titik adalah tanda terkecil yang biasa dilihat oleh manusia.
Dan ingat, walaupun kecil, tapi pengaruh terhadap pandangan kita terhadapnya amat besar.
Sebagai contoh, di dalam penulisan jawi & bahasa Arab, satu titik mampu mempengaruhi makna dan kata.
Huruf ha, yang tiada sebarang titik padanya, akan tetapi jika ditempatkan satu titik ditengahnya, ia berubah menjadi huruf ‘jim’.
Dan bila titik itu diletakkan pula di atas, maka ia berubah menjadi huruf ‘kho’. 
Sementara huruf ba, jika ditambah satu titik lagi di sebelahnya, maka ia menjadi huruf ‘ta’.
Bila ditambah satu titik lagi berubah pula menjadi ‘tsa’.
Andai salah meletakkan titik, maka cara membaca dan maksud sesuatu kata juga turut berbeza.

Dari sudut psikologinya,
bayangkan dihadapan kita ada sebuah papan putih dan ditengahnya ada satu titik kecil yang dilukis menggunakan 'pen marker'..apa yang kita akan nampak terlebih dahulu?

mungkin ada yang berpendapat saya tetap nampak papan putih yang jauh lebih besar dari titik hitam sekecil itu. titik sekecil itu Insya Allah tidak akan mempengaruhi pandangan saya.

namun ada juga yang akan berpendapat, sudah tentu saya akan nampak titik kecil terlebih dahulu kerana yang lain semuanya kosong & putih, tetiba ditengah ada titik hitam, itulah yang akan menjadi perhatian. bukankah perkara yang pelik selalu menjadi perhatian kita?

lihat, walaupun ianya hanya satu titik yang kecil, ia masih boleh menjadi pendebatan & percangahan pendapat.
itulah simboliknya sebuah kebaikan. kita tak boleh pandang remeh kepada kebaikan-kebaikan yang kita rasa ianya kebaikan yang ‘kecil’,sekecil yang boleh diibaratkan sekecil titik noktah kerana diluar batasan pengetahuan kita, mungkin kebaikan-kebaikan ‘kecil’ itu lah yang akan mendatangkan pahala yang besar kerana keikhlasan kita ketika melakukannya

walaupun kekadang kebaikan kita itu nampak terlalu kecil dari sudut penilaian kita, namun belum tentu lagi ia juga kecil pada pandangan Allah

“Dan kamu menganggapnya ringan sahaja, padahal di sisi Allah adalah besar.” 
( Surah An-Nur ayat 15 ).

oleh itu, berbuat baiklah dengan sesiapa saja walaupun ianya hanya sebesar zarah & sekecil titik noktah

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

bagaimana pula sekiranya hanya setitik warna hitam yang berada didalam hati? adakah kita perlu membiarkan & memandangnya sesuatu perkara yang remeh?

*tercetus sebuah lagi bingkisan ketika membuat research 'HATI'

23 October 2010

Hawthorne Effects

 Saya tidak pernah cemburu apabila melihat kekasih atau orang yang saya sayangi bermesra dengan orang lain

YA @ TIDAK?

jawapan bagi diri saya TIDAK..
159 soalan ujian personaliti MARA boleh dijawab dengan tenang & sejujur-jujurnya..
sampai soalan last 160, saya stuck!

bermonolog sendirian dalam diri..

saya bukan pencemburu..ya..bukan..terus hitamkan YA..

berfikir lagi..almost 15 minutes

yeke saya bukan pencemburu?
TIDAK PERNAH cemburu?
BERMESRA bukan BERAMAH MESRA?
oh adakah itu diri saya?
padam & terus hitamkan TIDAK
^_^
maknanya saya seorang pencemburu?

dan secara automatiknya saya telah terkena Hawthorne Effects iaitu saya segera mengubah perbuatan apabila terasa diri saya sedang dikaji..
dan jawapannya..
YA saya seorang yang cemburu

tapi mengikut kajian Dr Fadzilah Kamsah, orang yang lahir bulan 12 personaliti dia xde pula bersikap cemburu..bulan Januari adalah ciri2 bersifat cemburu...
oh..mungkin tersilap pandang
maaf yea orang bulan Januari
^_^

soalan 160 tu membuatkan saya berfikir mengenai self-concept iaitu konsep kendiri dalam diri..
bagaimana cara saya memahami dan mendefinasikan diri
pencemburu ke tidak?
dan juga self-esteem (harga diri) iaitu macamana saya membuat nilaian tentang diri sendiri & apa yang saya rasa mengenai diri sendiri
patut ke cemburu?

ya..wanita mana yang tak cemburu..
walaupun tak jelas dibibir namun hatinya mesti terdetik..
melihat orang lain mendapat kasih sayang yang lebih dari orang yang kita sayang especially parents kita, mustahil tak terjentik sedikit pun hati & perasaan naluri seorang wanita
walhal naluri seorang lelaki sekali pun
cemburu tu fitrah dunia

kecemburuan tu hanya didunia..
di Syurga, Allah menyediakan sistem hidup baru yang memberi keadilan pada semua
lebih2 lagi kecemburuan wanita terhadap bidadari Syurga
tiada dendam
tiada cemburu
tiada satu pun hati akan terhiris
indah bukan?
biarpun kita tak mengetahui bagaimana sebenarnya gambaran hidup di Syurga
yang penting kita punya rasa percaya pada-NYA

" Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka bersaudara duduk berhadap-hadapan diatas bangku panjang yang rendah " (al-Hijr 15: 47)

konklusinya Ya saya pencemburu,

22 October 2010

The Road Not Taken

Jawapan kepada pelbagai persoalan:

kenapa terlalu byk jenayah
kenapa terlalu teruk masalah sosial
kenapa jerebu terlalu teruk
kenapa kemalangan terlalu dasyat
kenapa manusia seakan hilang pertimbangan dalam membuat kejahatan

pabila ketenangan dan rahmat Allah telah hilang, barakah Allah telah dicabut, nescaya Allah tidak lagi bersama kamu

"Ingatlah bahawa islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama islam ke mana saja ia berputar
Ketahuilah bahawasanya penguasa & Al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran"
Carilah redha Allah walaupun manusia murka, nescaya Allah bersama kamu
Janganlah cari redha manusia sehingga Allah murka, nescaya Allah tidak akan bersama kamu

Dalam langkah hidup hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi
kita yang memilih jalan sendiri
kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah
pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan sendiri tulah jalan syaitan, maksiat, nafsu & duniawi

jalan keimanan itulah jalan Ilahi & jalan kesesatan itu adalah jalan iblis
orang yang berjalan diatas jalan Ilahi sentiasa berusaha menyucikan diri dan hati
sementara orang yang berjalan diatas jalan iblis tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati
oleh itu sentiasalah menjaga hati!

*terfikir ketika tgh buat research tentang 'HATI'*

21 October 2010

KPM vs MARA

salam kengkawan..
kesian betul tengok syndrome2 budak ISMP ni..mcm2 rumours isu posting tersebar..paling kuat mengatakan hari ni keluar tempat penempatan..betul ke? paling lambat pun kita kene lapor diri 1 November sbb kita mesti lapor diri 2 minggu sebelum cuti sekolah..mungkin mg ni atau mg depan..

Insya Allah kita akan tahu..bila kol KPM dia cakap hujung bulan ni diorg akn release senarai penempatan..tp sedikit khabar yang xbest nak share "tak semua yea yang lulus temuduga dapat penempatan yea, based on kekosongan dan keperluan opsyen"..

sabar yea kengkawan..kalau Allah dah tetapkan rezeki kita..takkan kemana..bumi Allah ni luas..cuma bila & di mana jea kita tak tahu..selagi ada nyawa kita dibadan selagi itulah rezeki kita ada Allah tetapkan..yakin dengan janji Allah

isu posting masih lagi hangat..datang lg rezeki Allah..nama tersenarai dalam ujian personaliti untuk jawatan guru/pensyarah MARA..alhamdulillah..pada kawan2 yang berjaya jugak..saya nasihatkan pergi jea ke ujian ni..mana tahu rezeki kita ada disini..jangan sampai yang dikejar xdapat yang dikendong berciciran..kalau ada rezeki lulus ujian ni..akan dipanggil lagi untuk sesi microteaching dan interview..

semoga dipermudahkan segala urusan kita..betullah..bersama2 kesusahan itu ada kemudahan..cikgu MRSM ni bulan 1 tahun depan baru lapor diri..yang KPM insyallah tahun ni..depends pada kita nak pilih under MARA or KPM..yang penting nasihat dari seorang sahabat:

 "ingat lah untuk apa ijazah pendidikan itu di beri..bukan utk seronok menggenggam ijazah..tp tanggungjawab yang diletakan di atas janji sebagai pendidik..genggam amanah Allah sebaiknya..so kawan2..andai kata kemana saja di postingkan, terima dengan bangga dan terbuka..sebab tugas utama dengan ijazah yang dimiliki adalah untuk mendidik anak bangsa..tak kira di mana pon mereka, hatta di pedalaman thap pertama kedua atau ketiga..."

posting?nnt petang kita check yea samada betul ke keluar hari ni
kalau xkeluar hari ni?

jangan bersedih yea kawan2, boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik buat kamu & boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk buat kamu..Allah Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu..

kalau xkeluar jugak hari ni seperti yang diheboh2kan..pasti ada hikmahnya..bersabar, sembahyang hajat banyak2 & berdoa semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat kita..sesungguhnya doa yang ikhlas takkan sesekali terhijab dengan Allah..amin =)

30 October 2010

Kiki Dalam Kenangan

bingkisan oleh alepponaim pada 5:17 PM 0 bingkisan hati anda

bingkisan oleh alepponaim pada 11:09 AM 0 bingkisan hati anda

bingkisan oleh alepponaim pada 10:24 PM 0 bingkisan hati anda

" Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa " (mymetro)

kalau tak suka, jangan dibuang, pulangkannya
jaga amanah Allah sebaiknya
ingatlah ianya hanya pinjaman sementara dariNya
jangan terlalu angkuh dengan dunia
hanya Allah yang berhak atas segalanya

Ianya hanya pinjaman
jangan terlalu benci pada realitinya
bila tiba waktunya Allah meminta kita pulangkan
ianya milik Allah & kepada Allah jualah ia kembali

tunduklah dan berfikir sejenak
disuatu masa akan disoal
apa yang telah dilakukan pada amanah yang dipikul
ketika itu terkial-kial lah hati mencari jawapan
mencari kekuatan

jangan yang manis-manis & baik-baik sahaja mudah untuk kita terima
yang pahit-pahit yang buruk-buruk susah untuk ditelan
sedangkan kita amat daif dengan ilmu Allah
yang mana hakikatnya manis, pahit, baik & buruk disisi Allah
sesungguhnya disisi Allah banyak perkara yang tersirat

sentiasalah tunduk kebawah
kerana disitulah kita akan rebah suatu ketika nanti
semoga kita semua masih mendapat tempat disisiNya
amin~

" Makhluk adalah keluarga Allah, dan orang yang paling dicintai oleh Allah adalah orang yang paling menyayangi keluarganya " 

24 October 2010

.

bingkisan oleh alepponaim pada 2:23 PM 0 bingkisan hati anda

Sinonimnya, titik adalah tanda terkecil yang biasa dilihat oleh manusia.
Dan ingat, walaupun kecil, tapi pengaruh terhadap pandangan kita terhadapnya amat besar.
Sebagai contoh, di dalam penulisan jawi & bahasa Arab, satu titik mampu mempengaruhi makna dan kata.
Huruf ha, yang tiada sebarang titik padanya, akan tetapi jika ditempatkan satu titik ditengahnya, ia berubah menjadi huruf ‘jim’.
Dan bila titik itu diletakkan pula di atas, maka ia berubah menjadi huruf ‘kho’. 
Sementara huruf ba, jika ditambah satu titik lagi di sebelahnya, maka ia menjadi huruf ‘ta’.
Bila ditambah satu titik lagi berubah pula menjadi ‘tsa’.
Andai salah meletakkan titik, maka cara membaca dan maksud sesuatu kata juga turut berbeza.

Dari sudut psikologinya,
bayangkan dihadapan kita ada sebuah papan putih dan ditengahnya ada satu titik kecil yang dilukis menggunakan 'pen marker'..apa yang kita akan nampak terlebih dahulu?

mungkin ada yang berpendapat saya tetap nampak papan putih yang jauh lebih besar dari titik hitam sekecil itu. titik sekecil itu Insya Allah tidak akan mempengaruhi pandangan saya.

namun ada juga yang akan berpendapat, sudah tentu saya akan nampak titik kecil terlebih dahulu kerana yang lain semuanya kosong & putih, tetiba ditengah ada titik hitam, itulah yang akan menjadi perhatian. bukankah perkara yang pelik selalu menjadi perhatian kita?

lihat, walaupun ianya hanya satu titik yang kecil, ia masih boleh menjadi pendebatan & percangahan pendapat.
itulah simboliknya sebuah kebaikan. kita tak boleh pandang remeh kepada kebaikan-kebaikan yang kita rasa ianya kebaikan yang ‘kecil’,sekecil yang boleh diibaratkan sekecil titik noktah kerana diluar batasan pengetahuan kita, mungkin kebaikan-kebaikan ‘kecil’ itu lah yang akan mendatangkan pahala yang besar kerana keikhlasan kita ketika melakukannya

walaupun kekadang kebaikan kita itu nampak terlalu kecil dari sudut penilaian kita, namun belum tentu lagi ia juga kecil pada pandangan Allah

“Dan kamu menganggapnya ringan sahaja, padahal di sisi Allah adalah besar.” 
( Surah An-Nur ayat 15 ).

oleh itu, berbuat baiklah dengan sesiapa saja walaupun ianya hanya sebesar zarah & sekecil titik noktah

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

bagaimana pula sekiranya hanya setitik warna hitam yang berada didalam hati? adakah kita perlu membiarkan & memandangnya sesuatu perkara yang remeh?

*tercetus sebuah lagi bingkisan ketika membuat research 'HATI'

23 October 2010

Hawthorne Effects

bingkisan oleh alepponaim pada 6:08 PM 0 bingkisan hati anda
 Saya tidak pernah cemburu apabila melihat kekasih atau orang yang saya sayangi bermesra dengan orang lain

YA @ TIDAK?

jawapan bagi diri saya TIDAK..
159 soalan ujian personaliti MARA boleh dijawab dengan tenang & sejujur-jujurnya..
sampai soalan last 160, saya stuck!

bermonolog sendirian dalam diri..

saya bukan pencemburu..ya..bukan..terus hitamkan YA..

berfikir lagi..almost 15 minutes

yeke saya bukan pencemburu?
TIDAK PERNAH cemburu?
BERMESRA bukan BERAMAH MESRA?
oh adakah itu diri saya?
padam & terus hitamkan TIDAK
^_^
maknanya saya seorang pencemburu?

dan secara automatiknya saya telah terkena Hawthorne Effects iaitu saya segera mengubah perbuatan apabila terasa diri saya sedang dikaji..
dan jawapannya..
YA saya seorang yang cemburu

tapi mengikut kajian Dr Fadzilah Kamsah, orang yang lahir bulan 12 personaliti dia xde pula bersikap cemburu..bulan Januari adalah ciri2 bersifat cemburu...
oh..mungkin tersilap pandang
maaf yea orang bulan Januari
^_^

soalan 160 tu membuatkan saya berfikir mengenai self-concept iaitu konsep kendiri dalam diri..
bagaimana cara saya memahami dan mendefinasikan diri
pencemburu ke tidak?
dan juga self-esteem (harga diri) iaitu macamana saya membuat nilaian tentang diri sendiri & apa yang saya rasa mengenai diri sendiri
patut ke cemburu?

ya..wanita mana yang tak cemburu..
walaupun tak jelas dibibir namun hatinya mesti terdetik..
melihat orang lain mendapat kasih sayang yang lebih dari orang yang kita sayang especially parents kita, mustahil tak terjentik sedikit pun hati & perasaan naluri seorang wanita
walhal naluri seorang lelaki sekali pun
cemburu tu fitrah dunia

kecemburuan tu hanya didunia..
di Syurga, Allah menyediakan sistem hidup baru yang memberi keadilan pada semua
lebih2 lagi kecemburuan wanita terhadap bidadari Syurga
tiada dendam
tiada cemburu
tiada satu pun hati akan terhiris
indah bukan?
biarpun kita tak mengetahui bagaimana sebenarnya gambaran hidup di Syurga
yang penting kita punya rasa percaya pada-NYA

" Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka bersaudara duduk berhadap-hadapan diatas bangku panjang yang rendah " (al-Hijr 15: 47)

konklusinya Ya saya pencemburu,

22 October 2010

The Road Not Taken

bingkisan oleh alepponaim pada 3:49 PM 0 bingkisan hati anda

Jawapan kepada pelbagai persoalan:

kenapa terlalu byk jenayah
kenapa terlalu teruk masalah sosial
kenapa jerebu terlalu teruk
kenapa kemalangan terlalu dasyat
kenapa manusia seakan hilang pertimbangan dalam membuat kejahatan

pabila ketenangan dan rahmat Allah telah hilang, barakah Allah telah dicabut, nescaya Allah tidak lagi bersama kamu

"Ingatlah bahawa islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama islam ke mana saja ia berputar
Ketahuilah bahawasanya penguasa & Al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran"
Carilah redha Allah walaupun manusia murka, nescaya Allah bersama kamu
Janganlah cari redha manusia sehingga Allah murka, nescaya Allah tidak akan bersama kamu

Dalam langkah hidup hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi
kita yang memilih jalan sendiri
kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah
pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan sendiri tulah jalan syaitan, maksiat, nafsu & duniawi

jalan keimanan itulah jalan Ilahi & jalan kesesatan itu adalah jalan iblis
orang yang berjalan diatas jalan Ilahi sentiasa berusaha menyucikan diri dan hati
sementara orang yang berjalan diatas jalan iblis tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati
oleh itu sentiasalah menjaga hati!

*terfikir ketika tgh buat research tentang 'HATI'*

21 October 2010

KPM vs MARA

bingkisan oleh alepponaim pada 7:44 AM 0 bingkisan hati anda