CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

09 October 2010

walau dunia tak seindah syurga

Pabila tanggungjawab tergalas di atas bahu
sedih atau gembira aku 'terpaksa' terima
memeluk erat segala rasa
sakit mahupun duka agar sesekali takkan terbuka
walaupun kekadang hati luka bagai disiat-siat
terumbang-ambing dengan apa yang aku lakukan
aku masih mampu tersenyum
hati menangis tiada siapa yang tahu 

bila disorong persoalan

" Mana milik kita?
ni tak adil

tidak ada milik kita sayang..
semua yang ada, Allah yang punya!"

ya..hidup itu pengorbanan
walaupun kekadang hidup ini tidak adil
jangan terus menangis adik-adikku
kesat air mata dan terus tersenyum
kerana kita masih punyai cinta sesama kita 
melengkapi sebuah senyuman abadi
agar ia sentiasa menjadi milik kita

Dan kerana itu
ku sandarkan segalanya padaMu Allahurabbi 
kerana kau tak pernah menghampakan aku walau apa jua keadaan
ku percaya Kau sentiasa bersamaku
dan ku juga yakin
doa yang ikhlas sesekali takkan berhijab dengan Allah
Ku mohon terus bekalkan aku dengan kekuatan
untuk aku laksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna
hingga ke akhirnya

" Tak rugi berbuat baik dengan orang kak ngah, bila kita dah tiada kat dunia ni, orang takkan buat tugu untuk mengingati kita, tp org akan sentiasa ingat kebaikan yg pernah kita buat, kebaikan itulah yang akan membuat kita terus ada dalam ingatan mereka..

..lagipun kita mesti ingat apa yang kita miliki sekarang, kekadang ada juga hak org lain, kita yang tak sedar "

walau dunia tak seindah syurga
cinta lengkapi kita bersama,
 
No comments:

09 October 2010

walau dunia tak seindah syurga

bingkisan oleh alepponaim pada 4:38 PM

0 bingkisan hati anda on "walau dunia tak seindah syurga"