CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 December 2010

Ingatan Itu

Aku benci rasa ini

Walaupun ia bertandang di laman hati

Kenapa kau menjelma semula

Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan

Satu luka berdarah yang menyakitkan

Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu

Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju

Bila batas-batas masa dikira

Puluhan tahun tidak lama

termanggu aku seketika…

di pinggiran nostalgia

.…sukarnya memaafkan

….sukarnya melupakan

Segalanya kini sudah berubah

Sejak ikatan hati itu terungkai

Episod demi episod telah mendewasakan…

Kita semakin matang mentafsirkan!

Kemaafan telahku berikan

Apa lagi yang ingin ditagihkan

Kalau benar cintakan Allah…

Hati kita tak kan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini…

Kita dipertemukan semula

…di persada kemaafan

bila butiran wahyu menyapa

Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan

Lalu dendam luruh seluruh…

Walau di awalnya terasa susah sungguh!

Sudah cukup saya berfikir tentang orang lain. Kali ini saya mahu fikirkan tentang diri sendiri. Maafkan saya kerana tak mampu memenuhi permintaan itu. Hati saya sudah tertutup. Terima kasih untuk ingatan itu. Segala budi baik & kasih sayang mereka sekeluarga akan saya kenang sampai bila-bila. Semoga keadaan akan bertambah baik bila tiba waktunya. Insya Allah.

26 December 2010

Bingkisan Khas: Kematian Satu Peringatan

Assalamualaikum wbt..

Kepada kawan-kawan yang mengenali Nor Syuhada Mohd Asib: SKMT (1994-1999) & UPSI (course math: 2006-2010), sedekahkan Al-Fatihah & Yasin kepada sahabat kita. Dia telah pergi menghadap Ilahi malam tadi.

Sudah terlalu lama arwah menanggung penderitaan & berjuang menghadapi dugaan dari Allah. Semalam 25.12.2010, dia telah dijemput pergi menghadap Ilahi. Berakhirlah semuanya. Allah telah memberi ‘kerehatan’ pada arwah. Dia telah menunaikan janjinya pada Allah:

“Sesungguhnya ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah”.

Insya Allah, kita semua juga akan meyusul. Semoga arwah tenang & rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.

Itulah kuasanya Allah. Bila Dia kehendaki sesuatu perkara, takkan terawal & terlambat walaupun sesaat. Semuanya telah tertulis. Arwah pergi diusia yang sangat muda. Belum sempat mengajar anak-anak didiknya. Tapi apa yang terjadi adalah yang terbaik disisi Allah.

Allah menguji arwah dengan ujian yang sangat besar. Terlalu besar. Yang pasti akan ada ganjaran yang besar disisi Allah kelak. Semoga Allah limpahkan pahala sabar yang tinggi pada arwah. Allah terlalu sayangkannya & menamatkan penderitaannya selama ini.

Bersabarlah pakcik Asib, makcik Sham & kak Fatihah serta adik beradik arwah. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi Allah akan kabulkan bila tiba waktunya. Insya Allah. Allah Maha Besar. Allah itu satu bukan dua dan tiga. Dia yang mengatur & mengawasi segala yang berlaku dibumi. Tiada kuasa yang lebih besar & hebat dari kuasa Allah. Apa yang berlaku semuanya dibawah penguasaannya sebagai Pencipta. Dia yang mencipta semua makhluk dibumi ini.

Hukum Alam. Sunnatullah. Apa yang kita lakukan itulah yang kita akan dapat. Baik atau buruk. Pasti ada balasannya. Jika bukan terpalit pada diri sendiri, pasti akan terkena pada orang yang terdekat & tersayang. Allah berpegang pada janjiNya. Dan janji Allah itu pasti berlaku! Kebaikan bila dibalas dengan lebih kebaikan, itu adalah baik. Bila kejahatan dibalas dengan kebaikan itu adalah yang TERBAIK. Bersama-sama kita berdoa untuk ketenangan arwah disana.

Kematian orang terdekat itu sebenarnya sebuah peringatan untuk diri saya dan kita semua yang masih hidup, yang sentiasa alpa dengan detik kematian & kehidupan akhirat. Siapa kita untuk mengatakan pada Allah, “ tidak & tunggu ” pabila sampai waktu Dia menjemput kita. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan dunia & akhirat kita semua. Amin.

25 December 2010

Port Dickson: Lesson 1

Pesanan makcik jual pisang goreng:

Jangan kamu sesekali keluar time cuti umum, mmg jam yang teramat sgtlah jalan, haa..kan dah terkono hari ni.

Semata-mata nak cari nasi sebungkus, lebih kurang sejam terkandas tgh2 jalan. Itulah pengalaman pertama yang saya dapat sepanjang berada di PD ni. Saya belajar sesuatu yang baru. benarlah kata Imam Shafie:

‎"Setiap kali ilmuku bertambah, aku bertambah kenal kebodohanku"

Penuh manusia kat pantai PD. Macam2 jenis orang. Oh, baru saya teringat hari ni cuti krimas. Patutlah. Kalau macamni lah susah nak cari NASI, lebih baik makan roti ke maggi ke kat rumah. Satu persatu kedai saya singgah, sumenya penuh dengan manusia. Tak nampak langsung lauk apalah dijual. Macam2 warna manusia & 'bau'. Yang baru siap mandi kat pantai pun ada. Basah kuyup. Ish2. Macam tu sekali yea diorang berpicnic. Terus hilang mood nak makan nasi. Last2 beli laksa dgn pisang goreng jea. Tu yang kene ‘nasihat’ dengan makcik tu.

Kalau macamni lah susah nak dapatkan nasi, saya memang nekad, nak beli periuk dgn dapur gas. Masak sendiri. Walaupun nasi + telur goreng + kicap. Yang penting dapat makan NASI.

Tapi memang saya akui, pantai PD memang tempat yang sgt sesuai untuk menenangkan fikiran & melepaskan tekanan. Saya suka tempat ni. Bukan ke apa yang Allah tetapkan untuk kita adalah yang terbaik, jauh lebih baik dari apa yang kita minta. Setiap kali keluar rumah, mesti saya singgah kejap kat bahu jalan, buka tingkap, hirup udara pantai. Memang best! Setiap petang mulai pukul 6.30 petang, mesti penuh kereta-kereta tepi jalan, Berhenti tuk tengok sunset kat pantai PD. Ada yang datang beramai-ramai, berdua-dua. Dan saya, seorang diri. Saya dah pernah tengok. Memang cantik. Sangat2! Tapi lupa nak snap gambar pakai camera. Snap pakai otak jea. Hehe. Lain kali yea. Kawan2 saya yang posting kat Negeri Sembilan ni, cepat2 buat kertas kerja, jom bercuti kat PD. Saya tunggu kamu semua!

23 December 2010

Catatan Hati di Hari Lahir

Entah kenapa, di hari lahir kali ini hatiku sayu sekali. Ucapan tahniah dan hadiah yang melimpah, tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjengah. Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali:

“ Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga.”

Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah aku masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu.

Teringat pula kata Imam Ghazali:

“Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.”

Ya, hari ini 24 Disember ulang tahun kelahiranku. Sudah terlalu lama aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belum pun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?

Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda.Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.

Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab,yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata:

“Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi.”

Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.

Buat keluarga, sahabat, teman dan kenalan… terima kasih atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya terimalah secebis kata ini:

“Marilah kita hidup…

seperti orang yang menanti mati

kerana ingat mati itu…

akan mengecilkan segala derita

akan mencairkan segala alpa

kiranya inilah detik terakhir

marilah kita mulakan semula

walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma…

itu lebih bermakna!”

Ah, kata pujangga, kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik. Ah, teringat ungkapan dalam bahasa Inggeris yang pernah menjadi hiasan meja sewaktu belajar dahulu:

"In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning… "

Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin ya, Allah!

Inspirasi: Genta Rasa: Ustaz Pahrol

bingkisan ini diadaptasi dari Catatan Hati di Hari Jadi nukilan ustaz Pahrol, penyuntik semangat hidup saya. Sekadar sebuah perkongsian kepada sesiapa yang menyambut hari lahir sama dengan saya pada hari ini, sebelum hari ini & selepas hari ini. Moga2 ia memberi sedikit kesan kepada sesiapa yang membacanya. Terima kasih tuk ingatan pada saya tak kira yang dekat mahupun yang jauh. Semoga doa kalian sentiasa ada buat saya. Dan semoga kita semua masih dan sentiasa dalam lindungannya. Amin.

Terima kasih pada keluarga untuk sekeping kad ini. Ia sungguh bermakna. Doakan saya supaya menjadi anak solehah, kakak dan adik yang terbaik untuk kalian semua. Semoga Allah sentiasa menguatkan ikatan kasih sayang antara kita semua hingga ke syurga! Sayang kamu semua banyak 100x..infiniti~

Silence is Golden

Mendiamkan diri adalah lebih baik. Saya hanya mahukan yang terbaik bukan yang sempurna. Saya tidak memandang harta & gaji yang lumayan. Rupa yang sempurna. Saya hanya mahukan seseorang yang mampu menemani saya & ‘anak-anak’ saya sepanjang masa. Menerima saya & sanggup bersama disaat susah & senang. Memberi sokongan saat saya melalui kesusahan. Saya juga akan berusaha untuk memberi kasih sayang yang terbaik untuk ‘anak-anak’ saya. Saya juga mengharapkan perkara yang sama dari ‘suami’ saya. Saya takkan sesekali membiarkan ‘anak-anak’ saya melalui apa yang telah saya lalui. Saya akan berusaha & pastikan! (mungkin saya dilihat sebagai seorang yang sangat complicated & banyak berfikir perkara masa akan datang, tapi itulah saya)

Mungkin 'syarat' saya terlalu ‘ketat’. Kerana saya hanya orang biasa yang mungkin tak layak untuk duduk & berdiri sama tinggi & rendah bersama dengan orang kelas atasan. Ya. Menerima seadaanya tapi pasti suatu hari nanti akan mencari kesempurnaan. Fitrah manusia. Saya hanya seorang perempuan yang banyak kekurangan & kelemahan. Mungkin itu bukan cara yang terbaik untuk mendampingi saya. Bukan nak mengatakan bahawa harta benda tidak penting. Penting tapi ada lagi sesuatu yang lebih penting. Saya sangat berpegang bahawa kemewahan yang melimpah ruah takkan dapat membeli walaupun secebis kebahagiaan dunia & akhirat. Enam bulan lalu saya dah nekad. Saya hanya akan menerima seseorang kerana hati budi yang ikhlas & agamanya, bukan rupa, bukan harta & bukan taraf hidupnya. Sekiranya hilang keikhlasan & agamanya, maka hilanglah penerimaan saya. Itu pesanan abah untuk saya. Lagipun saya telah ‘berjanji’. Dan yang pasti saya bukan seorang yang mungkir pada janji!

Mungkin itu salah satu sebab saya datang & berpindah awal ke PD. Melarikan diri? Tidak. Merehatkan fikiran & reset perancangan hidup. Banyak perlu diubah & dirancang. Saya mahu kehidupan yang lebih baik dari semalam.

Bila ditanya saya hanya akan mendiamkan diri untuk menjaga hati semua pihak & disini saya meluahkan segalanya. Silence is golden but I still can give my feedback. Mungkin dengan penulisan saya mampu memberi jawapan jauh dari sudut hati berbanding dengan percakapan.

One of 100 ways to live a better life: Blogging.

Blogging can ease my mind! Blogging is far more than a hype. It is a personal development tool.

9:00 am, 23 Disember 2010 (Pantai Port Dickson)

Hanya mampu senyum & mengalirkan air mata apabila melihat keadaan bertambah baik. Berkorban & bersabar. Pasti manis dipenghujungnya. Semoga kasih sayang & rahmat Allah sentiasa memayungi kita semua.

Allah hanya akan menguji keikhlasan hati kita bila bersendirian. Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah. Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan. Dan saya percaya, Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikan dengan yang lebih baik.

19 December 2010

Restructure

Saya gembira melihat dia yang tidak pernah tidak tersenyum. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Syukur.

Mungkin itulah hikmahnya.

Kekadang untuk menghadapi hidup kita harus menjadi insan yang lebih tabah dan kuat dari semalam kerana ketentuan yang menimpa bukanlah nasib yang harus diratapi sebaliknya harus menjadi pengalaman yang harus dijadikan iktibar untuk masa depan.

Sepanjang apa yang berlaku, saya banyak memerhati & berfikir terlalu banyak tentang kehidupan dan masa depan.

Ya, saya belajar banyak perkara & sekarang saya perlu mengakui beberapa ungkapan:

Cinta & kasih sayang mampu menjadikan manusia lebih bertenaga, kuat dan bermotivasi sepenuhnya dan seseorang yang bermakna dalam kehidupan kita mampu merubah segalanya tentang diri seseorang

&

Perkahwinan bermakna kesediaan hati menerima seseorang untuk saling berkasih sayang untuk saling melengkapi agar diri tidak terus didominasi dengan pengalaman silam

Perpisahan dalam sebuah perhubungan sesama insan bererti kita belum puas menambah erti kasih sayang. Itulah sebabnya matahari meninggalkan bumi pada malam hari dan muncul kembali keesokan harinya dengan sinar yang baru buat kita dengan izin-Nya supaya kita terus dapat membongkar erti kasih sayang yang sebenar.

Saya mahu meninggalkan ini semua jauh dibelakang. Terlalu lama membiarkan diri dalam keadaan yang sangat tidak terancang. Seolah-olah sekarang saya mendapat kehidupan normal saya kembali. Terima kasih kerana mengenalkan saya dengan erti kasih sayang & tanggungjawab yang tidak ternilai. Saya mahu bangun. Restructuring my future. Saya merancang banyak perkara. Saya usaha, doa & tawakal. Tapi pada Allah jualah saya berserah. Insya Allah.

Takdir & Tadbir

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hambaNya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Alhamdulillah.

Namun acapkali juga takdir dan tadbir bersalahan, bertentangan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan terjadi. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelma. Kita dambakan kebahagiaan, kesedihan pula yang menimpa.Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena?

Apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Jangan sesekali menyalahkan takdir. Ah, ini sudah nasibku, takdir Allah tetapkan menjadikan aku sebegini. ia bukan sebegitu. Sesungguhnya yang baik sudah pastilah dari Allah, yang buruk itulah dari diri kita sendiri.Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah. Teruslah berbaik sangka kepada Allah. DIA akan mengubat, melapangkan dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, kita tidak tahu, kerana ilmu kita amat terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diri kita maka yakinlah ilmuNya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah iman kami bagi mendepani setiap ujian dariMu!

Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain.

15 December 2010

Jannah Disebalik Musibah

Pesanan & ingatan untuk diri saya dan sesiapa sahaja yang membaca:

Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang. Mengapa?

Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran si anak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, si ibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.

Satu ketika yang lain, si anak sakit. Si ibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Si anak masih berdegil, lalu si ibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.

Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.

Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah.

Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:

“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?

Alangkah malangnya si anak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya. Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.

Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah, CUBALAH TERSENYUM (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat JANNAH (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.

Inspirasi: Ustaz Pahrol

Saya senyum dalam musibah? Kekadang mampu kekadang tidak. Itu tandanya kurang ilmu dan lemahnya iman.

Saya cuba belajar untuk menghitung kesyukuran bukan kesukaran. Sebab saya percaya hidup ini banyak memerlukan pengorbanan. Terlalu banyak. Tapi yakinlah, pasti ada ganjarannya. Itu pesanan abah saya untuk saya.

Saya tak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku & akan berlaku dalam hidup saya kerana saya yakin sayalah hamba yang Allah pilih untuk memikul semua ini. Semuanya adalah yang terbaik disisi Allah.

Semoga musibah yang Allah susunkan untuk kita, menjadikan diri kita sebagai hambaNya yang lebih baik. Kuatkan diri dan belajar redha dengan qadha dan qadarnya. Moga kepayahan kita menempuhi dugaan-dugaan ini memudahkan perjalanan kita ke syurga! Insya Allah

13 December 2010

Takdir Allah Terlalu Rahsia

Saya cuba menjadi seorang yang berhati ‘keras’ untuk malam itu sahaja. Saya menahan sehingga saya merasa bengkak seorang diri. Tapi saya tak mampu. Gagal melawan perasaan sendiri. Saya tak tahu kenapa saya menangis. Gembira? Sedih? Saya sendiri tak pasti. Yang saya tahu hati saya berdetik: Allahuakbar, besar kuasaMu tuhan, aku tak pernah menyangka aku akan melalui saat sebegini, tapi inilah perjalanan hidup kami, Kau telah tulis sejak azali lagi. Kami lah hambaMu yang sangat daif & hina, tidak mengetahui walaupun ianya perjalanan hidup kami sendiri. Bila Kau izinkan sesuatu itu berlaku, ia tetap akan berlaku. Takkan terlambat atau terawal walaupun sesaat. Aku merasa sangat kerdil ya Allah.

Sebaik sahaja diaminkan, melihat dia tersenyum, saya cukup gembira biar hati bergolak seribu rasa. Sudah terlalu lama senyuman itu hilang dari wajahnya, kegembiraan pada wajahnya. Saya perlu ikhlas sepenuh hati, bukan secebis bukan separuh, tapi sepenuhnya. Semoga dia bahagia. Bukan hingga ke anak cucu. Tapi hingga ke syurga. Ia akan sentiasa ada dalam doa saya. Saya janji!

Tapi hidup kita bukannya berakhir dengan kegembiraan setakat itu. Pasti akan ada ujian yang Allah akan uji kita. Jika tidak begitu pasti begini. Lain lubuk lain ikannya. Lain orang lain ujiannya. Pabila adanya dugaan, itulah dinamakan kehidupan. Dugaan itulah yang akan mewarnakan kehidupan kita di hari mendatang.

Sekarang saya sangat memahami perasaan & hati orang yang sama ‘tempat’ dengan saya. Bila kita sendiri mengalaminya, kita akan dapat merasa rasa itu. Ya, ia bukan perkara yang mudah. Sangat susah. Teramat sukar.

Saya hanya mahu memekakkan telinga dengan apa saja orang perkatakan. Saya yakin & saya mahu bersangka baik dengan Allah. Saya berpegang kuat dengan hukum alam. What you give, you get back. Apa yang kita lakukan, kita akan dapat balasan. Samada baik atau buruk. Jika kita niat baik & ikhlas kerana Allah, Allah pasti sentiasa bersama kita. Allah takkan sesekali menganiayai hambaNya. Biarlah apa sahaja yang manusia mahu katakan, yang penting hati kita Allah yang pegang. Hanya Dia yang tahu apa yang ada dalam hati hambaNya. Allah takkan sesekali berpihak pada kejahatan. Kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan!

Manusia tidak tahu akan takdirnya. Yang ada pada manusia adalah usaha. Usaha dalam mencari kebahagiaan. Takdir bukan dibawah kekuasaan manusia tapi di hujung usaha kita. Sebelum berusaha kita tak akan mengetahui apa-apa. Jadi berusaha & berdoalah, natijah itu barulah takdirnya.

Jangan jadikan kisah silam mendominasi kehidupan kita.

The worst enemy is a long history of failure behind.

Just take a step behind & find reasons why we need to love our life

Sekiranya kita tidak berusaha, kita pasti akan kecewa kerana tidak pernah mencuba. Jika natijahnya baik, itulah hikmahnya malah jika sebaliknya, Allah masih mahu menduga kita.

Takdir Allah terlalu rahsia!

09 December 2010

5 of 100 ways to Live A Better Life

1. Pay Yourself First

You can’t give something if you don’t have it. You can’t spread light onto others if you don’t have light from within. You can’t give wealth to others if you don’t have it for yourself first. Make yourself a service and pay yourself first.

2. Be Better, Not Perfect

Striving too much for perfection will ruin your life. It will wipe out all those little imperfections which are making you… human. Being better, on the other side, is rewarding. Look back at the yesterday you and just say: I’m better!

3. Find Reasons To Love Your Life

Maybe life wasn’t fair with you. Yes, I know, I’ve been there: life is never fair. But it’s fantastic. It’s unique, unrepeatable, one of a kind, beautiful, simple, challenging, sweet, hard. Just take a step back and find reasons to love your life.

4. Forgive Somebody Out Of The Blue

Don’t hold that grudge for that past insult. Grudges are heavy and tend to make the take off for a new life a little bit difficult. The longer you hold that grudge, the more difficult the take off will be. Forgiveness will lift you off.

5. No Regrets

Regretting something is another form of not accepting reality. What you can do about it now? It’s gone. It doesn’t exist anymore. Focus on what you can change: your present moment. Not yesterday, not tomorrow. Now. Live now.

08 December 2010

Hijrah Dalam Senyuman

Assalamualaikum wbt

Saya mahu memulakan tahun baru saya dengan senyuman. Kata-kata ni saya ambil dari facebook kawan.

Jangan menunggu datangnya kebahagiaan untuk tersenyum, tapi tersenyumlah agar anda berbahagia & orang yang paling bahagia adalah orang yang dapat menyebarkan kebahagiaan kepada orang ramai. Mulakan hari baru dalam tahun baru dengan senyuman agar hari-hari mendatang lebih membahagiakan.

Ketika kamu tersenyum di hadapan orang lain, maka kamu sedang memberikan kepada mereka kehidupan yang indah, optimis dan khabar gembira yang diharapkan. Namun, ketika kamu menemui orang lain dengan wajah yang kusut dan masam, maka sesungguhnya kamu telah menyiksanya dengan hal itu serta mengeruhkan suasana indah dan jernih dari kehidupan mereka. Jadi kenapa kamu rela menjadi penyebab kesengsaraan orang lain?

Salam Maal Hijrah bukan sekadar ucapan ritual setahun sekali, perarakan beramai-ramai & menunggu siapa tokoh maal hijrah setiap tahun. Tetapi ia mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Bergantung kepada perspektif & pandangan masing-masing.

Menurut ustaz Hasrizal,

Sesuatu yang lebih susah dari susah, iaitu melakukan perubahan.

Percaya sesuatu yang telah berlaku adalah perkara biasa

Mempercayai sesuatu yang belum berlaku adalah luar biasa

Itulah konsep hijrah yang sebenar.

Saya sangat jatuh cinta pada analogi gajah & rantai (baby elephant syndrome). Kesan dominasi pengalaman silam yang merantai pemikiran kita. Hidup ini berasaskan pada kepercayaan. Percaya pada diri sendiri. Berubah & pasti berjaya. Perubahan bukan pilihan tapi satu kemestian!

Pada mulanya saya takut untuk menanam azam baru pada tahun ini. Saya hanya mahu menjalani kehidupan seperti biasa. Sebab saya tidak mahu lagi mengalami kekecewaan & kesedihan melampau lagi. (adakah itu satu azam baru?)

Tapi bila pagi2 lagi saya dah dengar motivasi ustaz Hasrizal mengenai percaya & berjaya, saya berazam satu perkara. Saya mahu jadi dan berubah menjadi yang terbaik! Saya tahu ‘terbaik’ itu keinginan semua orang. Sangat subjektif. Dari tahun2 terdahulu saya selalu cakap, saya mahu jadi terbaik tapi saya tak mampu. Tahun ni saya nak recycle azam tersebut & terus istiqamah. Dan juga berani menanam azam baru. Biar hanya saya yang tahu.

Untuk orang yang saya sayang, saya akan lakukan apa saja asalkan saya boleh mengembalikan senyuman mereka yang dah lama luput. Saya mahu mereka terus tersenyum. Walaupun saya terpaksa mengorbankan perasaan saya, saya sanggup! Saya sedar: to let go something you hold for a very long time it's hard but surely it's for the best. Andai mereka bahagia, saya pasti bahagia. Andai mereka tersenyum lagi, saya pasti turut tersenyum selama-lamanya!

Kalau saya senyum

Awak mesti senyum selalu

Kalau kita senyum

Semua orang berjangkit

Bila semua orang senyum

Dunia tiada penyakit

Biarkan yang pahit berlalu pergi, yang manis terus kekal abadi

Semoga tahun baru akan membawa kita ke tempat yang lebih baik di sisi Ilahi

& kita dapat menghayati konsep sebenarnya 'HIJRAH'

Salam Maal Hijrah

05 December 2010

Nasihat & Doa

Untuk bahagia & tenang dalam hidup kita mesti jelas tentang apa yang paling penting dalam hidup ini & membuat keputusan untuk hidup dengannya tidak kira apa pun yang terjadi

Untuk mendapatkan sesuatu kita pasti akan kehilangan sesuatu

Dan pastikan apa yang kita pilih itu adalah yang terbaik

Yakin & bersangka baiklah dengan Allah

Allah akan sentiasa meredhai segala niat yang baik

Ikhlaskan kerana Allah

Lillahi ta’ala

Allah pasti menolong & permudahkan!

Ingat,

Jangan ragu-ragu tentang sesuatu yang baik

Kerana syaitan sentiasa ada dan berbisik tentang sesuatu yang tak pasti

Seseorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringatkan Allah, apabila kamu mendengari percakapannya, pengetahuan kamu tentang islam bertambah dan apabila kamu melihat kelakuannya kamu mengingati kehidupan akhirat. Itulah sahabat yang terbaik dunia & akhirat. Terima kasih tuk segala nasihat & doa. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik2 balasan.

03 December 2010

Amanah-Ku buatmu 2

Berita penuh

Assalamualaikum wbt

Masih ingat kisah dua beradik yang disimbah asid ketika sedang tidur oleh bapanya sendiri kerana wang rm30 beberapa bulan yang lepas? Saya pernah menulis mengenai kisah kanak-kanak ni dientri yang lepas. Amanah-KU buatmu. Kerana gagal melawan nafsu marahnya pada anak-anak, seluruh hidup anak menjadi gelap & derita!

Orang yang kuat bukanlah orang yang mengalahkan puluhan musuh tetapi orang yang paling kuat ialah orang yang mampu mengawal nafsu marahnya.

Sekarang si bapanya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan 2 sebatan. Hanya seringan tu hukumannya?

Penjara dalam tempoh yang panjang tidak boleh memberi jaminan seseorang itu akan berubah, tapi kasih sayang keluarga akan memberikan peluang kepada pesalah memulakan kehidupan baru.

Seberat mana pun hukumannya takkan dapat mengembalikan wajah asal anaknya itu. Tapi isterinya masih melawatnya dipenjara. Itulah sekeping hati perempuan. Keras sekeras kerak nasi. Rendam dalam air sekejap. Lembutlah. Tapi itulah fitrahnya hati perempuan yang kadangkalanya diambil kesempatan oleh lelaki. Bukankan sepatutnya lelaki menjadi pelindung perempuan? Tapi itulah dunia sekarang.

Tapi itulah yang dinamakan kehidupan.

Life is all about living. "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"

Itulah HIDUP.

Ujian manusia berbeza-beza. Bila melihat bebanan anak kecil ini, jauh disudut hati terdetik, Ya Allah, jauh hebat ujiannya dari ujian kita semua. Betullah. Untuk merasa tenang, lihatlah orang dibawah kita, bukan orang diatas kita.

Berat ujian tuk dua anak kecil ini. Hanya Allah yang tahu hikmah disebaliknya. Mungkin anaknya boleh memaafkan bapanya tapi pasti sukar tuk melupakan apa yang terjadi. Forgive yes, forget not! Apatah lagi setiap kali memandang wajah dia dicermin. Semoga Allah bekalkan sekeping hati yang kuat buat anak ini untuk meneruskan sebuah kehidupan. Amin

01 December 2010

1st

I want to cry

But I have no tears

I want to smile

But there is no company

If my fate

Has been determined

To be like this

What can I do

Where can I find another

Like you

I can't bear this parting

And heartbreak

Living in agony

My heart aches so much

Since you've been gone

Leaving me all alone

With no one

All alone

The bright world becomes dark

The beautiful light is useless

The weeping of my heart

Adds to my sorrow

But you still

Never appear

Where can I find another

Perhaps in heaven

To grief with me

To cry with me

Forever and ever

28 December 2010

Ingatan Itu

bingkisan oleh alepponaim pada 7:04 PM 0 bingkisan hati anda

bingkisan oleh alepponaim pada 9:45 AM 0 bingkisan hati anda

bingkisan oleh alepponaim pada 6:29 PM 0 bingkisan hati anda

Pesanan makcik jual pisang goreng:

Jangan kamu sesekali keluar time cuti umum, mmg jam yang teramat sgtlah jalan, haa..kan dah terkono hari ni.

Semata-mata nak cari nasi sebungkus, lebih kurang sejam terkandas tgh2 jalan. Itulah pengalaman pertama yang saya dapat sepanjang berada di PD ni. Saya belajar sesuatu yang baru. benarlah kata Imam Shafie:

‎"Setiap kali ilmuku bertambah, aku bertambah kenal kebodohanku"

Penuh manusia kat pantai PD. Macam2 jenis orang. Oh, baru saya teringat hari ni cuti krimas. Patutlah. Kalau macamni lah susah nak cari NASI, lebih baik makan roti ke maggi ke kat rumah. Satu persatu kedai saya singgah, sumenya penuh dengan manusia. Tak nampak langsung lauk apalah dijual. Macam2 warna manusia & 'bau'. Yang baru siap mandi kat pantai pun ada. Basah kuyup. Ish2. Macam tu sekali yea diorang berpicnic. Terus hilang mood nak makan nasi. Last2 beli laksa dgn pisang goreng jea. Tu yang kene ‘nasihat’ dengan makcik tu.

Kalau macamni lah susah nak dapatkan nasi, saya memang nekad, nak beli periuk dgn dapur gas. Masak sendiri. Walaupun nasi + telur goreng + kicap. Yang penting dapat makan NASI.

Tapi memang saya akui, pantai PD memang tempat yang sgt sesuai untuk menenangkan fikiran & melepaskan tekanan. Saya suka tempat ni. Bukan ke apa yang Allah tetapkan untuk kita adalah yang terbaik, jauh lebih baik dari apa yang kita minta. Setiap kali keluar rumah, mesti saya singgah kejap kat bahu jalan, buka tingkap, hirup udara pantai. Memang best! Setiap petang mulai pukul 6.30 petang, mesti penuh kereta-kereta tepi jalan, Berhenti tuk tengok sunset kat pantai PD. Ada yang datang beramai-ramai, berdua-dua. Dan saya, seorang diri. Saya dah pernah tengok. Memang cantik. Sangat2! Tapi lupa nak snap gambar pakai camera. Snap pakai otak jea. Hehe. Lain kali yea. Kawan2 saya yang posting kat Negeri Sembilan ni, cepat2 buat kertas kerja, jom bercuti kat PD. Saya tunggu kamu semua!

23 December 2010

Catatan Hati di Hari Lahir

bingkisan oleh alepponaim pada 11:04 PM 0 bingkisan hati anda

Entah kenapa, di hari lahir kali ini hatiku sayu sekali. Ucapan tahniah dan hadiah yang melimpah, tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjengah. Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali:

“ Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga.”

Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah aku masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu.

Teringat pula kata Imam Ghazali:

“Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.”

Ya, hari ini 24 Disember ulang tahun kelahiranku. Sudah terlalu lama aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belum pun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?

Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda.Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.

Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab,yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata:

“Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi.”

Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.

Buat keluarga, sahabat, teman dan kenalan… terima kasih atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya terimalah secebis kata ini:

“Marilah kita hidup…

seperti orang yang menanti mati

kerana ingat mati itu…

akan mengecilkan segala derita

akan mencairkan segala alpa

kiranya inilah detik terakhir

marilah kita mulakan semula

walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma…

itu lebih bermakna!”

Ah, kata pujangga, kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik. Ah, teringat ungkapan dalam bahasa Inggeris yang pernah menjadi hiasan meja sewaktu belajar dahulu:

"In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning… "

Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin ya, Allah!

Inspirasi: Genta Rasa: Ustaz Pahrol

bingkisan ini diadaptasi dari Catatan Hati di Hari Jadi nukilan ustaz Pahrol, penyuntik semangat hidup saya. Sekadar sebuah perkongsian kepada sesiapa yang menyambut hari lahir sama dengan saya pada hari ini, sebelum hari ini & selepas hari ini. Moga2 ia memberi sedikit kesan kepada sesiapa yang membacanya. Terima kasih tuk ingatan pada saya tak kira yang dekat mahupun yang jauh. Semoga doa kalian sentiasa ada buat saya. Dan semoga kita semua masih dan sentiasa dalam lindungannya. Amin.

Terima kasih pada keluarga untuk sekeping kad ini. Ia sungguh bermakna. Doakan saya supaya menjadi anak solehah, kakak dan adik yang terbaik untuk kalian semua. Semoga Allah sentiasa menguatkan ikatan kasih sayang antara kita semua hingga ke syurga! Sayang kamu semua banyak 100x..infiniti~

Silence is Golden

bingkisan oleh alepponaim pada 3:09 PM 2 bingkisan hati anda

Mendiamkan diri adalah lebih baik. Saya hanya mahukan yang terbaik bukan yang sempurna. Saya tidak memandang harta & gaji yang lumayan. Rupa yang sempurna. Saya hanya mahukan seseorang yang mampu menemani saya & ‘anak-anak’ saya sepanjang masa. Menerima saya & sanggup bersama disaat susah & senang. Memberi sokongan saat saya melalui kesusahan. Saya juga akan berusaha untuk memberi kasih sayang yang terbaik untuk ‘anak-anak’ saya. Saya juga mengharapkan perkara yang sama dari ‘suami’ saya. Saya takkan sesekali membiarkan ‘anak-anak’ saya melalui apa yang telah saya lalui. Saya akan berusaha & pastikan! (mungkin saya dilihat sebagai seorang yang sangat complicated & banyak berfikir perkara masa akan datang, tapi itulah saya)

Mungkin 'syarat' saya terlalu ‘ketat’. Kerana saya hanya orang biasa yang mungkin tak layak untuk duduk & berdiri sama tinggi & rendah bersama dengan orang kelas atasan. Ya. Menerima seadaanya tapi pasti suatu hari nanti akan mencari kesempurnaan. Fitrah manusia. Saya hanya seorang perempuan yang banyak kekurangan & kelemahan. Mungkin itu bukan cara yang terbaik untuk mendampingi saya. Bukan nak mengatakan bahawa harta benda tidak penting. Penting tapi ada lagi sesuatu yang lebih penting. Saya sangat berpegang bahawa kemewahan yang melimpah ruah takkan dapat membeli walaupun secebis kebahagiaan dunia & akhirat. Enam bulan lalu saya dah nekad. Saya hanya akan menerima seseorang kerana hati budi yang ikhlas & agamanya, bukan rupa, bukan harta & bukan taraf hidupnya. Sekiranya hilang keikhlasan & agamanya, maka hilanglah penerimaan saya. Itu pesanan abah untuk saya. Lagipun saya telah ‘berjanji’. Dan yang pasti saya bukan seorang yang mungkir pada janji!

Mungkin itu salah satu sebab saya datang & berpindah awal ke PD. Melarikan diri? Tidak. Merehatkan fikiran & reset perancangan hidup. Banyak perlu diubah & dirancang. Saya mahu kehidupan yang lebih baik dari semalam.

Bila ditanya saya hanya akan mendiamkan diri untuk menjaga hati semua pihak & disini saya meluahkan segalanya. Silence is golden but I still can give my feedback. Mungkin dengan penulisan saya mampu memberi jawapan jauh dari sudut hati berbanding dengan percakapan.

One of 100 ways to live a better life: Blogging.

Blogging can ease my mind! Blogging is far more than a hype. It is a personal development tool.

9:00 am, 23 Disember 2010 (Pantai Port Dickson)

bingkisan oleh alepponaim pada 10:13 AM 0 bingkisan hati anda

Hanya mampu senyum & mengalirkan air mata apabila melihat keadaan bertambah baik. Berkorban & bersabar. Pasti manis dipenghujungnya. Semoga kasih sayang & rahmat Allah sentiasa memayungi kita semua.

Allah hanya akan menguji keikhlasan hati kita bila bersendirian. Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah. Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan. Dan saya percaya, Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikan dengan yang lebih baik.

19 December 2010

Restructure

bingkisan oleh alepponaim pada 11:05 PM 0 bingkisan hati anda

Saya gembira melihat dia yang tidak pernah tidak tersenyum. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Syukur.

Mungkin itulah hikmahnya.

Kekadang untuk menghadapi hidup kita harus menjadi insan yang lebih tabah dan kuat dari semalam kerana ketentuan yang menimpa bukanlah nasib yang harus diratapi sebaliknya harus menjadi pengalaman yang harus dijadikan iktibar untuk masa depan.

Sepanjang apa yang berlaku, saya banyak memerhati & berfikir terlalu banyak tentang kehidupan dan masa depan.

Ya, saya belajar banyak perkara & sekarang saya perlu mengakui beberapa ungkapan:

Cinta & kasih sayang mampu menjadikan manusia lebih bertenaga, kuat dan bermotivasi sepenuhnya dan seseorang yang bermakna dalam kehidupan kita mampu merubah segalanya tentang diri seseorang

&

Perkahwinan bermakna kesediaan hati menerima seseorang untuk saling berkasih sayang untuk saling melengkapi agar diri tidak terus didominasi dengan pengalaman silam

Perpisahan dalam sebuah perhubungan sesama insan bererti kita belum puas menambah erti kasih sayang. Itulah sebabnya matahari meninggalkan bumi pada malam hari dan muncul kembali keesokan harinya dengan sinar yang baru buat kita dengan izin-Nya supaya kita terus dapat membongkar erti kasih sayang yang sebenar.

Saya mahu meninggalkan ini semua jauh dibelakang. Terlalu lama membiarkan diri dalam keadaan yang sangat tidak terancang. Seolah-olah sekarang saya mendapat kehidupan normal saya kembali. Terima kasih kerana mengenalkan saya dengan erti kasih sayang & tanggungjawab yang tidak ternilai. Saya mahu bangun. Restructuring my future. Saya merancang banyak perkara. Saya usaha, doa & tawakal. Tapi pada Allah jualah saya berserah. Insya Allah.

Takdir & Tadbir

bingkisan oleh alepponaim pada 10:46 PM 0 bingkisan hati anda

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hambaNya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Alhamdulillah.

Namun acapkali juga takdir dan tadbir bersalahan, bertentangan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan terjadi. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelma. Kita dambakan kebahagiaan, kesedihan pula yang menimpa.Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena?

Apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Jangan sesekali menyalahkan takdir. Ah, ini sudah nasibku, takdir Allah tetapkan menjadikan aku sebegini. ia bukan sebegitu. Sesungguhnya yang baik sudah pastilah dari Allah, yang buruk itulah dari diri kita sendiri.Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah. Teruslah berbaik sangka kepada Allah. DIA akan mengubat, melapangkan dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, kita tidak tahu, kerana ilmu kita amat terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diri kita maka yakinlah ilmuNya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah iman kami bagi mendepani setiap ujian dariMu!

Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain.

15 December 2010

Jannah Disebalik Musibah

bingkisan oleh alepponaim pada 8:30 PM 0 bingkisan hati anda

Pesanan & ingatan untuk diri saya dan sesiapa sahaja yang membaca:

Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang. Mengapa?

Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran si anak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, si ibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.

Satu ketika yang lain, si anak sakit. Si ibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Si anak masih berdegil, lalu si ibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.

Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.

Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah.

Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:

“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?

Alangkah malangnya si anak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya. Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.

Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah, CUBALAH TERSENYUM (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat JANNAH (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.

Inspirasi: Ustaz Pahrol

Saya senyum dalam musibah? Kekadang mampu kekadang tidak. Itu tandanya kurang ilmu dan lemahnya iman.

Saya cuba belajar untuk menghitung kesyukuran bukan kesukaran. Sebab saya percaya hidup ini banyak memerlukan pengorbanan. Terlalu banyak. Tapi yakinlah, pasti ada ganjarannya. Itu pesanan abah saya untuk saya.

Saya tak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku & akan berlaku dalam hidup saya kerana saya yakin sayalah hamba yang Allah pilih untuk memikul semua ini. Semuanya adalah yang terbaik disisi Allah.

Semoga musibah yang Allah susunkan untuk kita, menjadikan diri kita sebagai hambaNya yang lebih baik. Kuatkan diri dan belajar redha dengan qadha dan qadarnya. Moga kepayahan kita menempuhi dugaan-dugaan ini memudahkan perjalanan kita ke syurga! Insya Allah

13 December 2010

Takdir Allah Terlalu Rahsia

bingkisan oleh alepponaim pada 11:45 PM 2 bingkisan hati anda

Saya cuba menjadi seorang yang berhati ‘keras’ untuk malam itu sahaja. Saya menahan sehingga saya merasa bengkak seorang diri. Tapi saya tak mampu. Gagal melawan perasaan sendiri. Saya tak tahu kenapa saya menangis. Gembira? Sedih? Saya sendiri tak pasti. Yang saya tahu hati saya berdetik: Allahuakbar, besar kuasaMu tuhan, aku tak pernah menyangka aku akan melalui saat sebegini, tapi inilah perjalanan hidup kami, Kau telah tulis sejak azali lagi. Kami lah hambaMu yang sangat daif & hina, tidak mengetahui walaupun ianya perjalanan hidup kami sendiri. Bila Kau izinkan sesuatu itu berlaku, ia tetap akan berlaku. Takkan terlambat atau terawal walaupun sesaat. Aku merasa sangat kerdil ya Allah.

Sebaik sahaja diaminkan, melihat dia tersenyum, saya cukup gembira biar hati bergolak seribu rasa. Sudah terlalu lama senyuman itu hilang dari wajahnya, kegembiraan pada wajahnya. Saya perlu ikhlas sepenuh hati, bukan secebis bukan separuh, tapi sepenuhnya. Semoga dia bahagia. Bukan hingga ke anak cucu. Tapi hingga ke syurga. Ia akan sentiasa ada dalam doa saya. Saya janji!

Tapi hidup kita bukannya berakhir dengan kegembiraan setakat itu. Pasti akan ada ujian yang Allah akan uji kita. Jika tidak begitu pasti begini. Lain lubuk lain ikannya. Lain orang lain ujiannya. Pabila adanya dugaan, itulah dinamakan kehidupan. Dugaan itulah yang akan mewarnakan kehidupan kita di hari mendatang.

Sekarang saya sangat memahami perasaan & hati orang yang sama ‘tempat’ dengan saya. Bila kita sendiri mengalaminya, kita akan dapat merasa rasa itu. Ya, ia bukan perkara yang mudah. Sangat susah. Teramat sukar.

Saya hanya mahu memekakkan telinga dengan apa saja orang perkatakan. Saya yakin & saya mahu bersangka baik dengan Allah. Saya berpegang kuat dengan hukum alam. What you give, you get back. Apa yang kita lakukan, kita akan dapat balasan. Samada baik atau buruk. Jika kita niat baik & ikhlas kerana Allah, Allah pasti sentiasa bersama kita. Allah takkan sesekali menganiayai hambaNya. Biarlah apa sahaja yang manusia mahu katakan, yang penting hati kita Allah yang pegang. Hanya Dia yang tahu apa yang ada dalam hati hambaNya. Allah takkan sesekali berpihak pada kejahatan. Kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan!

Manusia tidak tahu akan takdirnya. Yang ada pada manusia adalah usaha. Usaha dalam mencari kebahagiaan. Takdir bukan dibawah kekuasaan manusia tapi di hujung usaha kita. Sebelum berusaha kita tak akan mengetahui apa-apa. Jadi berusaha & berdoalah, natijah itu barulah takdirnya.

Jangan jadikan kisah silam mendominasi kehidupan kita.

The worst enemy is a long history of failure behind.

Just take a step behind & find reasons why we need to love our life

Sekiranya kita tidak berusaha, kita pasti akan kecewa kerana tidak pernah mencuba. Jika natijahnya baik, itulah hikmahnya malah jika sebaliknya, Allah masih mahu menduga kita.

Takdir Allah terlalu rahsia!

09 December 2010

5 of 100 ways to Live A Better Life

bingkisan oleh alepponaim pada 11:27 PM 0 bingkisan hati anda

1. Pay Yourself First

You can’t give something if you don’t have it. You can’t spread light onto others if you don’t have light from within. You can’t give wealth to others if you don’t have it for yourself first. Make yourself a service and pay yourself first.

2. Be Better, Not Perfect

Striving too much for perfection will ruin your life. It will wipe out all those little imperfections which are making you… human. Being better, on the other side, is rewarding. Look back at the yesterday you and just say: I’m better!

3. Find Reasons To Love Your Life

Maybe life wasn’t fair with you. Yes, I know, I’ve been there: life is never fair. But it’s fantastic. It’s unique, unrepeatable, one of a kind, beautiful, simple, challenging, sweet, hard. Just take a step back and find reasons to love your life.

4. Forgive Somebody Out Of The Blue

Don’t hold that grudge for that past insult. Grudges are heavy and tend to make the take off for a new life a little bit difficult. The longer you hold that grudge, the more difficult the take off will be. Forgiveness will lift you off.

5. No Regrets

Regretting something is another form of not accepting reality. What you can do about it now? It’s gone. It doesn’t exist anymore. Focus on what you can change: your present moment. Not yesterday, not tomorrow. Now. Live now.

08 December 2010

Hijrah Dalam Senyuman

bingkisan oleh alepponaim pada 12:03 AM 2 bingkisan hati anda

Assalamualaikum wbt

Saya mahu memulakan tahun baru saya dengan senyuman. Kata-kata ni saya ambil dari facebook kawan.

Jangan menunggu datangnya kebahagiaan untuk tersenyum, tapi tersenyumlah agar anda berbahagia & orang yang paling bahagia adalah orang yang dapat menyebarkan kebahagiaan kepada orang ramai. Mulakan hari baru dalam tahun baru dengan senyuman agar hari-hari mendatang lebih membahagiakan.

Ketika kamu tersenyum di hadapan orang lain, maka kamu sedang memberikan kepada mereka kehidupan yang indah, optimis dan khabar gembira yang diharapkan. Namun, ketika kamu menemui orang lain dengan wajah yang kusut dan masam, maka sesungguhnya kamu telah menyiksanya dengan hal itu serta mengeruhkan suasana indah dan jernih dari kehidupan mereka. Jadi kenapa kamu rela menjadi penyebab kesengsaraan orang lain?

Salam Maal Hijrah bukan sekadar ucapan ritual setahun sekali, perarakan beramai-ramai & menunggu siapa tokoh maal hijrah setiap tahun. Tetapi ia mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Bergantung kepada perspektif & pandangan masing-masing.

Menurut ustaz Hasrizal,

Sesuatu yang lebih susah dari susah, iaitu melakukan perubahan.

Percaya sesuatu yang telah berlaku adalah perkara biasa

Mempercayai sesuatu yang belum berlaku adalah luar biasa

Itulah konsep hijrah yang sebenar.

Saya sangat jatuh cinta pada analogi gajah & rantai (baby elephant syndrome). Kesan dominasi pengalaman silam yang merantai pemikiran kita. Hidup ini berasaskan pada kepercayaan. Percaya pada diri sendiri. Berubah & pasti berjaya. Perubahan bukan pilihan tapi satu kemestian!

Pada mulanya saya takut untuk menanam azam baru pada tahun ini. Saya hanya mahu menjalani kehidupan seperti biasa. Sebab saya tidak mahu lagi mengalami kekecewaan & kesedihan melampau lagi. (adakah itu satu azam baru?)

Tapi bila pagi2 lagi saya dah dengar motivasi ustaz Hasrizal mengenai percaya & berjaya, saya berazam satu perkara. Saya mahu jadi dan berubah menjadi yang terbaik! Saya tahu ‘terbaik’ itu keinginan semua orang. Sangat subjektif. Dari tahun2 terdahulu saya selalu cakap, saya mahu jadi terbaik tapi saya tak mampu. Tahun ni saya nak recycle azam tersebut & terus istiqamah. Dan juga berani menanam azam baru. Biar hanya saya yang tahu.

Untuk orang yang saya sayang, saya akan lakukan apa saja asalkan saya boleh mengembalikan senyuman mereka yang dah lama luput. Saya mahu mereka terus tersenyum. Walaupun saya terpaksa mengorbankan perasaan saya, saya sanggup! Saya sedar: to let go something you hold for a very long time it's hard but surely it's for the best. Andai mereka bahagia, saya pasti bahagia. Andai mereka tersenyum lagi, saya pasti turut tersenyum selama-lamanya!

Kalau saya senyum

Awak mesti senyum selalu

Kalau kita senyum

Semua orang berjangkit

Bila semua orang senyum

Dunia tiada penyakit

Biarkan yang pahit berlalu pergi, yang manis terus kekal abadi

Semoga tahun baru akan membawa kita ke tempat yang lebih baik di sisi Ilahi

& kita dapat menghayati konsep sebenarnya 'HIJRAH'

Salam Maal Hijrah

05 December 2010

Nasihat & Doa

bingkisan oleh alepponaim pada 11:37 PM 0 bingkisan hati anda

Untuk bahagia & tenang dalam hidup kita mesti jelas tentang apa yang paling penting dalam hidup ini & membuat keputusan untuk hidup dengannya tidak kira apa pun yang terjadi

Untuk mendapatkan sesuatu kita pasti akan kehilangan sesuatu

Dan pastikan apa yang kita pilih itu adalah yang terbaik

Yakin & bersangka baiklah dengan Allah

Allah akan sentiasa meredhai segala niat yang baik

Ikhlaskan kerana Allah

Lillahi ta’ala

Allah pasti menolong & permudahkan!

Ingat,

Jangan ragu-ragu tentang sesuatu yang baik

Kerana syaitan sentiasa ada dan berbisik tentang sesuatu yang tak pasti

Seseorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringatkan Allah, apabila kamu mendengari percakapannya, pengetahuan kamu tentang islam bertambah dan apabila kamu melihat kelakuannya kamu mengingati kehidupan akhirat. Itulah sahabat yang terbaik dunia & akhirat. Terima kasih tuk segala nasihat & doa. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik2 balasan.

03 December 2010

Amanah-Ku buatmu 2

bingkisan oleh alepponaim pada 2:13 PM 0 bingkisan hati anda

Berita penuh

Assalamualaikum wbt

Masih ingat kisah dua beradik yang disimbah asid ketika sedang tidur oleh bapanya sendiri kerana wang rm30 beberapa bulan yang lepas? Saya pernah menulis mengenai kisah kanak-kanak ni dientri yang lepas. Amanah-KU buatmu. Kerana gagal melawan nafsu marahnya pada anak-anak, seluruh hidup anak menjadi gelap & derita!

Orang yang kuat bukanlah orang yang mengalahkan puluhan musuh tetapi orang yang paling kuat ialah orang yang mampu mengawal nafsu marahnya.

Sekarang si bapanya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan 2 sebatan. Hanya seringan tu hukumannya?

Penjara dalam tempoh yang panjang tidak boleh memberi jaminan seseorang itu akan berubah, tapi kasih sayang keluarga akan memberikan peluang kepada pesalah memulakan kehidupan baru.

Seberat mana pun hukumannya takkan dapat mengembalikan wajah asal anaknya itu. Tapi isterinya masih melawatnya dipenjara. Itulah sekeping hati perempuan. Keras sekeras kerak nasi. Rendam dalam air sekejap. Lembutlah. Tapi itulah fitrahnya hati perempuan yang kadangkalanya diambil kesempatan oleh lelaki. Bukankan sepatutnya lelaki menjadi pelindung perempuan? Tapi itulah dunia sekarang.

Tapi itulah yang dinamakan kehidupan.

Life is all about living. "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"

Itulah HIDUP.

Ujian manusia berbeza-beza. Bila melihat bebanan anak kecil ini, jauh disudut hati terdetik, Ya Allah, jauh hebat ujiannya dari ujian kita semua. Betullah. Untuk merasa tenang, lihatlah orang dibawah kita, bukan orang diatas kita.

Berat ujian tuk dua anak kecil ini. Hanya Allah yang tahu hikmah disebaliknya. Mungkin anaknya boleh memaafkan bapanya tapi pasti sukar tuk melupakan apa yang terjadi. Forgive yes, forget not! Apatah lagi setiap kali memandang wajah dia dicermin. Semoga Allah bekalkan sekeping hati yang kuat buat anak ini untuk meneruskan sebuah kehidupan. Amin

01 December 2010

1st

bingkisan oleh alepponaim pada 9:49 PM 2 bingkisan hati anda

I want to cry

But I have no tears

I want to smile

But there is no company

If my fate

Has been determined

To be like this

What can I do

Where can I find another

Like you

I can't bear this parting

And heartbreak

Living in agony

My heart aches so much

Since you've been gone

Leaving me all alone

With no one

All alone

The bright world becomes dark

The beautiful light is useless

The weeping of my heart

Adds to my sorrow

But you still

Never appear

Where can I find another

Perhaps in heaven

To grief with me

To cry with me

Forever and ever