Jawapan kepada pelbagai persoalan:
kenapa terlalu byk jenayah
kenapa terlalu teruk masalah sosial
kenapa jerebu terlalu teruk
kenapa kemalangan terlalu dasyat
kenapa manusia seakan hilang pertimbangan dalam membuat kejahatan
pabila ketenangan dan rahmat Allah telah hilang, barakah Allah telah dicabut, nescaya Allah tidak lagi bersama kamu
"Ingatlah bahawa islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama islam ke mana saja ia berputar
Ketahuilah bahawasanya penguasa & Al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran"
Carilah redha Allah walaupun manusia murka, nescaya Allah bersama kamu
Janganlah cari redha manusia sehingga Allah murka, nescaya Allah tidak akan bersama kamu
Dalam langkah hidup hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi
kita yang memilih jalan sendiri
kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah
pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan sendiri tulah jalan syaitan, maksiat, nafsu & duniawi
jalan keimanan itulah jalan Ilahi & jalan kesesatan itu adalah jalan iblis
orang yang berjalan diatas jalan Ilahi sentiasa berusaha menyucikan diri dan hati
sementara orang yang berjalan diatas jalan iblis tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati
oleh itu sentiasalah menjaga hati!
*terfikir ketika tgh buat research tentang 'HATI'*


No comments:
Post a Comment