Di subuh hari
untuk terus mencari ketenangan & kekuatan
aku membuka tafsir al-Quran
mataku tersinggah pada maksud surah ini
Al-Insyirah atau Alam Nasrah
........................................................
Ayat 1
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk).
Ayat 2
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam).
Ayat 3
Yang memberi tanggunggan, (dengan memberikan berbagai-bagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Ayat 4
Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu?
Ayat 5
Oleh itu,maka (tetapkanlah kepercayanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai oleh kemudahan.
Ayat 6
(Sekali lagi ditegaskan):bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai oleh kemudahan.
Ayat 7
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).
Ayat 8
Dan kepada TuhanMu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingin).
.................................................................
ya Allah..hati betul2 tersentuh dengan pengertian surah ini
kak long & kak tih, selepas apa yang kita lalui semalam
kak ngah rase surah ni cukup untuk menenangkan hati kita yang senantiasa tidak keruan
bukankah dulu kita berjanji kita akan meredhai apa yang berlaku selepas ini?
setiap kesusahan Allah sediakan kemudahan
apa kita perlu lakukan
ikhlaskan hati kerana Allah
seikhlas-ikhlasnya
ya..kalau sayang tak perlu marah
kalau ikhlas tak minta berbalas
Insya Allah
ada ganjaran yang Dia sediakan untuk kita bersama
mungkin Allah sediakan lebih dari apa yang kita berikan
kalau bukan didunia
mungkin di akhirat kelak
ataupun mungkin disyurga
sekiranya kita layak menghuninya
ya..hampir terlupa
terlalu banyak hati yang perlu dijaga
sekiranya selepas ini
masih ada yang terluka
maaf
itulah pincangnya perancangan manusia
khilafnya seorang hamba!
I already
try my best to be the best instead I need to put aside my feeling and tears
how about my feeling?
never mind ..i already got my lovely family
just keep smile in your life and it enough for me!
kita akan merasa manisnya natijah,

sharing is caring: kelebihan surah Insyirah
1) Kalau baca sewaktu hujan, setiap titisan hujan yang menghempas bumi. Kita dapat pahala.
2) Barang siapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
3)Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
4)Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


1 comment:
terima kasih diatas peringatan....
Post a Comment