" Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa " (mymetro)
kalau tak suka, jangan dibuang, pulangkannya
jaga amanah Allah sebaiknya
ingatlah ianya hanya pinjaman sementara dariNya
jangan terlalu angkuh dengan dunia
hanya Allah yang berhak atas segalanya
Ianya hanya pinjaman
jangan terlalu benci pada realitinya
bila tiba waktunya Allah meminta kita pulangkan
ianya milik Allah & kepada Allah jualah ia kembali
tunduklah dan berfikir sejenak
disuatu masa akan disoal
apa yang telah dilakukan pada amanah yang dipikul
ketika itu terkial-kial lah hati mencari jawapan
mencari kekuatan
jangan yang manis-manis & baik-baik sahaja mudah untuk kita terima
yang pahit-pahit yang buruk-buruk susah untuk ditelan
sedangkan kita amat daif dengan ilmu Allah
yang mana hakikatnya manis, pahit, baik & buruk disisi Allah
sesungguhnya disisi Allah banyak perkara yang tersirat
sentiasalah tunduk kebawah
kerana disitulah kita akan rebah suatu ketika nanti
semoga kita semua masih mendapat tempat disisiNya
amin~
" Makhluk adalah keluarga Allah, dan orang yang paling dicintai oleh Allah adalah orang yang paling menyayangi keluarganya "


No comments:
Post a Comment