Assalamualaikum wbt
Saya mahu memulakan tahun baru saya dengan senyuman. Kata-kata ni saya ambil dari facebook kawan.
Jangan menunggu datangnya kebahagiaan untuk tersenyum, tapi tersenyumlah agar anda berbahagia & orang yang paling bahagia adalah orang yang dapat menyebarkan kebahagiaan kepada orang ramai. Mulakan hari baru dalam tahun baru dengan senyuman agar hari-hari mendatang lebih membahagiakan.
Ketika kamu tersenyum di hadapan orang lain, maka kamu sedang memberikan kepada mereka kehidupan yang indah, optimis dan khabar gembira yang diharapkan. Namun, ketika kamu menemui orang lain dengan wajah yang kusut dan masam, maka sesungguhnya kamu telah menyiksanya dengan hal itu serta mengeruhkan suasana indah dan jernih dari kehidupan mereka. Jadi kenapa kamu rela menjadi penyebab kesengsaraan orang lain?
Salam Maal Hijrah bukan sekadar ucapan ritual setahun sekali, perarakan beramai-ramai & menunggu siapa tokoh maal hijrah setiap tahun. Tetapi ia mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Bergantung kepada perspektif & pandangan masing-masing.
Menurut ustaz Hasrizal,
Percaya sesuatu yang telah berlaku adalah perkara biasa
Mempercayai sesuatu yang belum berlaku adalah luar biasa
Itulah konsep hijrah yang sebenar.
Saya sangat jatuh cinta pada analogi gajah & rantai (baby elephant syndrome). Kesan dominasi pengalaman silam yang merantai pemikiran kita. Hidup ini berasaskan pada kepercayaan. Percaya pada diri sendiri. Berubah & pasti berjaya. Perubahan bukan pilihan tapi satu kemestian!
Pada mulanya saya takut untuk menanam azam baru pada tahun ini. Saya hanya mahu menjalani kehidupan seperti biasa. Sebab saya tidak mahu lagi mengalami kekecewaan & kesedihan melampau lagi. (adakah itu satu azam baru?)
Tapi bila pagi2 lagi saya dah dengar motivasi ustaz Hasrizal mengenai percaya & berjaya, saya berazam satu perkara. Saya mahu jadi dan berubah menjadi yang terbaik! Saya tahu ‘terbaik’ itu keinginan semua orang. Sangat subjektif. Dari tahun2 terdahulu saya selalu cakap, saya mahu jadi terbaik tapi saya tak mampu. Tahun ni saya nak recycle azam tersebut & terus istiqamah. Dan juga berani menanam azam baru. Biar hanya saya yang tahu.
Untuk orang yang saya sayang, saya akan lakukan apa saja asalkan saya boleh mengembalikan senyuman mereka yang dah lama luput. Saya mahu mereka terus tersenyum. Walaupun saya terpaksa mengorbankan perasaan saya, saya sanggup! Saya sedar: to let go something you hold for a very long time it's hard but surely it's for the best. Andai mereka bahagia, saya pasti bahagia. Andai mereka tersenyum lagi, saya pasti turut tersenyum selama-lamanya!
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum selalu
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Biarkan yang pahit berlalu pergi, yang manis terus kekal abadi
Semoga tahun baru akan membawa kita ke tempat yang lebih baik di sisi Ilahi
& kita dapat menghayati konsep sebenarnya 'HIJRAH'
Salam Maal Hijrah


2 comments:
salam naim :)
just glad that sentences somehow,is there.hopefully it help us to let go.may Allah bless :)
wsalam waa..
ur quote always inspired me..creative n give me the strengths by your own way..
jazakallah khairan khatira =)
Post a Comment