Sejak kecil kami memang rapat..bermain bersama..berkongsi alat permainan..pergi sekolah bersama..naik moto sama2..rehat kat sekolah pun sama (saya tahu pasti kamu tergelak mengingatkan gelagat saya ketika berdiri di pintu kelasmu tuk mengajak kamu rehat bersama saya, jadi senanglah tuk kamu buli saya yea)..kadang2 kami berkongsi bekal..sungguh manis kenangan tu..
namun hubungan kita sedikit renggang bila kamu masuk asrama...7 tahun lamanya kamu tinggal diasrama (sehinggalah sekarang :))..masa tu kita selalu gaduh..masa tu saya sangat tak suka kamu..sebab suka sakitkan hati saya..kamu balik dari asrama kita pasti gaduh..gaduh..gaduh..
lepas tu kamu tinggal lagi di kolej u..4 tahun..namun masa ni hubungan kita sedikit rapat kerana kita sama2 dah matang.. dan akhirnya sekarang kita sgt2 akrab..sehinggakan saya selalu rindu pada kamu...
dengan adanya dugaan ni dalam hidup kita, kita jadi makin rapat..dan rapat..sehinggakan saya rasa saya xmampu hidup jika kamu tiada dengan saya..saya sayang sangat pada kamu..apa yang saya harap hubungan kita akan kekal akrab mcmni sampai ke akhir hayat..walau ada yang cuba pisahkan kita..kita kene pegang kata2 insan yg paling bermakna dalam hidup kita:
"kamu semua tiada sape2 lg..jgn sesekali memusuhi antara kamu, walau appun terjadi"
dan
23hb Ogos 2010..genaplah umur dia 25 tahun..seorang insan yang banyak memberi aku dorongan..yang banyak menenangkan saat aku berduka..yang banyak menghulurkan kata2 motivasi untuk aku..
pada hari lahir kamu..dengan penuh rasa kasih sayang saya pada kamu..kami nk wish kat kamu:

(kak long di sebelah kiri dan kembarnya..hehe)
...................................................
HEPY BESDAY AND SWEET 25 KAK LONG!!
(saya tak tahu gambar mana yang kamu paling suka, jadi saya curi salah satu gambar kat ur profile picture,hehe)
DOA KAMI SEMUA DI RUMAH UNTUK KAMU
- Semoga kamu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi jodoh yang baik, sentiasa gembira dan sentiasa di bawah lindunganNya
Ya Allah tuhan kami bukakanlah atas kami pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu kekuatan, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan dan pintu ke syurgamu.
dari abah dan kami adik2 kesayanganmu..
(kak cik, kaktih, kak ngah, adik, kak lang)
kami anggap kamu adalah tonggak dan ketua kami..kamu harus sentiasa bersama kami..supaya kita semua boleh menjadi srikandi dan puteri2 yang terhebat di dunia dan di akhirat.
(hadiah: tunggu gaji saya masuk yea)


No comments:
Post a Comment