tak perlu untuk merasa bersalah dgn apa yg berlaku
kerana buat masa ni tiada lagi kemaafan untukmu
entah sampai bila aku tak pasti
kerana apa yang kau lakukan padaku
terlalu perit tuk ku telan satu persatu
pahit!
kau pergi saat aku kehilangan
disaat hidup aku menjadi gelap
disaat aku menjadi tulang belakang seseorang
disaat aku memerlukan tempat bergantung
tapi kau ibarat pokok yang tidak berakar
terlalu rapuh untuk aku berharap
terlalu pahit untuk aku mengingati
apa yang telah berlaku antara kau dan aku
aku cuba untuk melupakan
kerana pabila aku mengingati
kebenciaan aku membuak-buak
kau terlalu kejam untuk dinilai sebagai manusia
percayalah
dunia ni akan berputar
suatu hari nanti kau akan merasai
atas apa yang kau lakukan
bukan ku berdendam
tapi itulah kenyataannya
kerana sehingga saat ini
tiada walaupun sedetik
hati aku mengatakan
aku maafkan kau
tiada!


No comments:
Post a Comment