Ya Allah..aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaanMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambamu yang daif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambamu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku dan bagi agamaku, baik bagi kehidupanku sekarang dan masa akan datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkat daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmumu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, dan membawa akibat dalam kehidupanku baik sekarang ataupun masa akan datang, jauhkanlah aku daripadanya.
Semoga engkau takdirkan aku pada sesuatu yang baik. Sesungguhnya engkau maha kuasa atas setiap sesuatu.
Berdoalah dalam memilih mana yang lebih baik kemudian bertawakallah kepada tuhan. pilihlah mana arah hati lebih cenderung dan setelah berdoa, janganlah menimbulkan lagi rasa keraguan, kerjakanlah dengan penuh keyakinan bahawa ini adalah pilihan tuhan
Jangan sesekali merasa kecewa jika ternyata pilihan yang dipilih menimbulkan hal-hal yang tidak diingini. Ingatlah bahawa ini takdir yang telah digariskan pada azali dan tidak boleh dielakkan. Kemungkinan ia mempunyai hikmah yang besar dan membawa kebaikan di masa akan datang. Hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah dan yakin dengan janji-janjiNya.
"Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik."
Semoga aku dapat membuat keputusan yang terbaik atas diriku, keluargaku dan agamaku. Semoga aku dapat melupakan apa yang telah berlaku semalam dan membuka lembaran baru.
InsyaAllah


3 comments:
harap yang terbaik untuk naim...insyaallah...keputusan yang naim buat tu takkan mengecewakan kerana mungkin ini hikmah setiap penderitaan naim...setiap yang baik itu dtg dr Allah, yang buruk tu dtg dr kesilapan kita sendiri...doakan yang terbaik untuk naim...amin..
ameen...smoga diberi petunjuk
ameen..thank sume..tp kdg2 ap yg kita harapkan xsemudah tu
Post a Comment