Mengajarlah anak didik kita sebagaimana guru yang kita suka mengajar kita di sekolah dulu. Pasti pelajar kita juga merasai apa yang kita rasa.
(Cikgu Shamshir)
Tahun pertama menyambut Hari Guru. Ucapan “Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu” mampu membuatkan satu perasaan menjalar didalam diri. Satu tugas yang amat berat tersandang dibahu.
“Cikgu, maafkan saya sebab dah lama tak tegur cikgu walaupun cikgu sentiasa cuba menegur saya. Saya nak minta maaf sungguh-sungguh dengan cikgu. Saya hargai semua nasihat cikgu. Selamat hari guru cikgu. Ni hadiah dari saya, kecik jea. Terima kasih sebab mengajar saya cikgu.”
Menerima penghargaan & kata maaf dari seorang pelajar yang setelah selama 2 minggu tidak bertegur sapa dengan saya kerana menegur & menasihati sikapnya ketika didalam kelas & membawanya ke bilik disiplin untuk tindakan lanjut. Itu pengalaman hari guru yang paling bermakna. Ingatan & penghargaan dari pelajar sudah cukup membuatkan guru merasai segala usaha & nasihatnya dihargai.
Saya terkedu. Hilang semua bicara.
“Saya tak pernah amik hati dengan sikap awak yang tak mahu menegur saya. Saya hormat sikap awak & tak ada apa yang saya nak maafkan”
“Terima kasih cikgu. Saya nak mintak maaf lagi sekali”
Sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Saya hanya mampu tersenyum melihat huluran tangan itu. Dia seakan faham & menarik kembali tangannya.
“Tanpa bersalam pun, saya dah maafkan awak”.
Matlamat dan apa saja tujuan kita takkan sesekali menghalalkan cara. Itu yang terdetik di hati saya. Ini bukan pendirian saya tapi inilah hukumNya.
“ Cikgu doakan saya boleh jawab paper Sains yea. Hari tu masa cikgu bincang saya tidur sebab tak nak tegur cikgu.”
“ Nak saya doakan dapat A ke?”
“ Lulus pun dah cukup cikgu”
“ Insya Allah. Saya doakan yang terbaik”.
Kami berbalas senyuman & hanya kami yang faham makna senyuman itu. Terharu.
.......................
Jam. Itulah hadiahnya. Susah nak describe sebab unik reka bentuknya. Terfikir kenapa jam menjadi pilihannya. Teringat nasihat saya ketika dia keluar dari bilik disiplin.
Ingat, yang paling jauh meninggalkan kita adalah MASA. Satu perkara yang kita tak mampu nak pusing balik ialah masa. Masa belajar ni hargailah baik2. Kita takkan diberi peluang berkali-kali bahkan walaupun sekali untuk mengubah kesilapan kita masa lalu. Takkan.
Jadi selagi ada masa nak berubah, berubahlah jadi pelajar yang baik. Jangan sampai satu masa nanti, kita menyesal dengan masa lalu kita iaitu mengsia-siakan waktu belajar ni. Di waktu kita susah & jatuh nanti, xde sesiapa yang akan jatuh bersama dengan kita. Masa tu kita hanya ada diri kita & Allah sahaja.
The man that decides to change at 12th hour dies on 11th hour.
Jelas. Dia mendengar dan ingat nasihat saya. Terkesan dihatinya. Walaupun sewaktu saya menasihatkan dia, dia buat-buat tak dengar & buat muka menyampah dengan saya. Tapi saya yakin sedikit sebanyak dia menghargai nasihat saya. Kalau tidak, masa kan jam menjadi pilihan hadiahnya?
Jelaslah, hati manusia ni Allah yang pegang. Walaupun berada dalam jasad kita, ia tetap milik Allah. Allah yang buka pintu hatinya, saya hanya berusaha.
Menasihati pelajar muslim lebih senang berbanding dengan non-muslim sebab kita percaya pada perkara yang sama tapi mungkin corak kehidupan yang berbeza. Yang paling penting, fitrah sukakan pada kebaikan sentiasa ada dalam diri mereka.
Terima kasih Cikgu Haros a.k.a abah sebab menjadi ‘penyebab’ utama kak ngah menjadi guru. Sekarang sikit pun kak ngah tak marah abah suruh kak ngah jadi cikgu. Sungguh! Sebab abah tahu apa yang terbaik untuk anak-anak abah. Kak ngah ingat nasihat abah: biar semua keburukan atau kejahatan kita balas dengan kebaikan. Percayalah suatu hari nanti orang kan tunduk dengan kebaikkan. Betul abah!
Sekarang kak ngah suka jadi cikgu sebab semalam ade student bersalam dan cium tangan kak ngah sambil doakan untuk kak ngah:
Ya Allah, peliharalah guruku agar dipimpin terus hambaMu, agar terhindar dari neraka, moga dibukakan pintu syurga untuknya.
Selamat Hari Guru & doa tu kak ngah sms pada abah balik sebab abah lah ‘cikgu’ kak ngah dunia akhirat!
Seronok rupanya jadi cikgu ni. Full of surprises.
Life is full of changes. And surprises. And the inexplicable.
Nak tahu apa rasa jadi cikgu?
Don’t judge anything or something from its dossier. To know, be there!