CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

21 May 2011

Jun 2010 & Jun 2011

Sejarah itu

Bila sudah menjadi sejarah

Apa yang sudah berlaku tidak mampu diubah

Masa hadapan itu

Bergantung juga dengan sejarah masa lalu

Sebab itu kita mesti berusaha

Cuba mencipta sejarah terbaik yang kita mampu.

Ketika ini

Tiada sesiapa yang benar-benar mampu memujuk diri

Melainkan Allah dan diri sendiri

Kerana tiada siapa yang berusaha memahami

Melainkan Yang Maha Faham dan diri yang menghadapi

Kerana itu

Hati dan jiwa yang berkecai-kecai itu

Perlahan-lahan ku kutip semula

Walaupun secebisnya telah hilang

Bukan kerana mereka dan sesiapa

Tetapi kerana percayakan Dia.

Andai ia terjadi

Pertama kali itu mungkin kebetulan

Bila yang kedua kalinya

Adakah ia dikatakan suratan?

Sesungguhnya Allah itu takkan pernah berhenti menguji hambaNya tanpa mengenal keadaan dan usia bahkan sehingga hujung nyawa.

Kita tak tahu apa yang Allah rancang untuk kita.

Siapa kita untuk mempersoalkan ketentuaanNya?

Semoga kali ini mampu menelan pahit tanpa berkerut muka.

17 May 2011

Nak tahu apa rasa jadi cikgu?

Mengajarlah anak didik kita sebagaimana guru yang kita suka mengajar kita di sekolah dulu. Pasti pelajar kita juga merasai apa yang kita rasa.

(Cikgu Shamshir)

Tahun pertama menyambut Hari Guru. Ucapan “Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu” mampu membuatkan satu perasaan menjalar didalam diri. Satu tugas yang amat berat tersandang dibahu.

“Cikgu, maafkan saya sebab dah lama tak tegur cikgu walaupun cikgu sentiasa cuba menegur saya. Saya nak minta maaf sungguh-sungguh dengan cikgu. Saya hargai semua nasihat cikgu. Selamat hari guru cikgu. Ni hadiah dari saya, kecik jea. Terima kasih sebab mengajar saya cikgu.”

Menerima penghargaan & kata maaf dari seorang pelajar yang setelah selama 2 minggu tidak bertegur sapa dengan saya kerana menegur & menasihati sikapnya ketika didalam kelas & membawanya ke bilik disiplin untuk tindakan lanjut. Itu pengalaman hari guru yang paling bermakna. Ingatan & penghargaan dari pelajar sudah cukup membuatkan guru merasai segala usaha & nasihatnya dihargai.

Saya terkedu. Hilang semua bicara.

“Saya tak pernah amik hati dengan sikap awak yang tak mahu menegur saya. Saya hormat sikap awak & tak ada apa yang saya nak maafkan”

“Terima kasih cikgu. Saya nak mintak maaf lagi sekali”

Sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Saya hanya mampu tersenyum melihat huluran tangan itu. Dia seakan faham & menarik kembali tangannya.

“Tanpa bersalam pun, saya dah maafkan awak”.

Matlamat dan apa saja tujuan kita takkan sesekali menghalalkan cara. Itu yang terdetik di hati saya. Ini bukan pendirian saya tapi inilah hukumNya.

“ Cikgu doakan saya boleh jawab paper Sains yea. Hari tu masa cikgu bincang saya tidur sebab tak nak tegur cikgu.”

“ Nak saya doakan dapat A ke?”

“ Lulus pun dah cukup cikgu”

“ Insya Allah. Saya doakan yang terbaik”.

Kami berbalas senyuman & hanya kami yang faham makna senyuman itu. Terharu.

.......................

Jam. Itulah hadiahnya. Susah nak describe sebab unik reka bentuknya. Terfikir kenapa jam menjadi pilihannya. Teringat nasihat saya ketika dia keluar dari bilik disiplin.

Ingat, yang paling jauh meninggalkan kita adalah MASA. Satu perkara yang kita tak mampu nak pusing balik ialah masa. Masa belajar ni hargailah baik2. Kita takkan diberi peluang berkali-kali bahkan walaupun sekali untuk mengubah kesilapan kita masa lalu. Takkan.

Jadi selagi ada masa nak berubah, berubahlah jadi pelajar yang baik. Jangan sampai satu masa nanti, kita menyesal dengan masa lalu kita iaitu mengsia-siakan waktu belajar ni. Di waktu kita susah & jatuh nanti, xde sesiapa yang akan jatuh bersama dengan kita. Masa tu kita hanya ada diri kita & Allah sahaja.

The man that decides to change at 12th hour dies on 11th hour.

Jelas. Dia mendengar dan ingat nasihat saya. Terkesan dihatinya. Walaupun sewaktu saya menasihatkan dia, dia buat-buat tak dengar & buat muka menyampah dengan saya. Tapi saya yakin sedikit sebanyak dia menghargai nasihat saya. Kalau tidak, masa kan jam menjadi pilihan hadiahnya?

Jelaslah, hati manusia ni Allah yang pegang. Walaupun berada dalam jasad kita, ia tetap milik Allah. Allah yang buka pintu hatinya, saya hanya berusaha.

Menasihati pelajar muslim lebih senang berbanding dengan non-muslim sebab kita percaya pada perkara yang sama tapi mungkin corak kehidupan yang berbeza. Yang paling penting, fitrah sukakan pada kebaikan sentiasa ada dalam diri mereka.

Terima kasih Cikgu Haros a.k.a abah sebab menjadi ‘penyebab’ utama kak ngah menjadi guru. Sekarang sikit pun kak ngah tak marah abah suruh kak ngah jadi cikgu. Sungguh! Sebab abah tahu apa yang terbaik untuk anak-anak abah. Kak ngah ingat nasihat abah: biar semua keburukan atau kejahatan kita balas dengan kebaikan. Percayalah suatu hari nanti orang kan tunduk dengan kebaikkan. Betul abah!

Sekarang kak ngah suka jadi cikgu sebab semalam ade student bersalam dan cium tangan kak ngah sambil doakan untuk kak ngah:

Ya Allah, peliharalah guruku agar dipimpin terus hambaMu, agar terhindar dari neraka, moga dibukakan pintu syurga untuknya.

Selamat Hari Guru & doa tu kak ngah sms pada abah balik sebab abah lah ‘cikgu’ kak ngah dunia akhirat!

Seronok rupanya jadi cikgu ni. Full of surprises.

Life is full of changes. And surprises. And the inexplicable.

Nak tahu apa rasa jadi cikgu?

Don’t judge anything or something from its dossier. To know, be there!

14 May 2011

Ya, mentari kehidupan masih ada. Hari ini...esok?

Usai solat Subuh Jumaat sering menghadiahkan detik terbaik untuk bermuhasabah. Kita undur selangkah ke belakang, untuk melonjak beberapa langkah ke hadapan. Merenung kesilapan dan kesalahan silam, betapa dungunya dan terburu-burunya sikap kita yang selalunya sangat merugikan.

Akibatnya, sering kita kehilangan sahabat terapat. Renggang dengan orang tersayang. Dan yang paling tragis kehilangan rasa hati yang lembut, halus dan beradab.

Namun, segera teringat kata-kata pengukuhan yang bersemi dalam hati (terutamanya akhir-akhir ini):

“sebaik sahaja mengambil pelajaran daripada masa silam… lupakan dan pandanglah masa depan"

yesterday ended last night!

Jika punya kesempatan carilah ruang untuk memohon maaf, memohon doa dan melakukan amalan-amalan baik sebagai penebus kesalahan silam. Jika tidak, bertekadlah untuk tidak mengulanginya. Jangan jadikan ia trauma yang menghalang pencapaian kita hari ini dan esok. Menyesal itu baik, tetapi ia bukan belenggu yang menghalang kita untuk mencipta kebaikan dan kecemerlangan baru.

Ya, pagi ini mentari masih bersinar, awan gemawan masih mewarnai dada langit dan udara masih dapat kita hirup seadanya. Alhamdulillah syukur… Apapun yang akan berlaku, asalkan kita dekat dengan Allah, lurus, tulus dan telus dalam hati, kesilapan kita akan diperbaiki. Bukankah kesilapan ini bukti yang kita masih manusia? Lalu kita akan selalu dan sentiasa memperperbaharui taubat. Come what may… pahit, kita belajar bersabar, manis… kita melatih diri bersyukur.

Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita beruasaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk.

Pesan ku buat diri dan sahabat-sahabat, kekalkan taubat. Istighfar dan selawat jadikan basahan bibir. Bila terlintas dan terjebak dengan dosa, bertaubat dan terus ‘hukum’ diri dengan melaksanakan satu kebaikan walaupun yang kita tidak suka. Ingat, orang yang sentiasa berlatih untuk berjaya ialah dia yang melaksanakan sekurang-kurangnya 3 perkara yang tidak disukainya (walaupun sangat perlu) dalam satu hari.

Apakah 3 perkara itu? Mungkin minta maaf kepada orang yang kita tidak sukai, mungkin membuat aktiviti yang selama ini kita tangguhkan atau membuat panggilan kepada orang yang kita berhutang (sudah lebih masa tetapi belum berbayar). Carilah, carilah 3 perkara itu. Mungkin yang bersangkut dengan masa, harta, manusia atau dengan Allah. Ah, matahari telah cerah… mari kita melangkah. Tinggalkan segala resah. Pamitkan segala gelisah.

Hidup untuk memberi, bukan untuk membenci… siap siaganya untuk memberi senyuman, kebaikan, sedekah, kata-kata yang baik atau sekadar mendoakan.Memberi itu lebih membahagiakan daripada menerima. Tangan yang menghulur bunga mawar, pasti berbau harum. Jadilah tangan yang di atas, tangan yang selalu dan banyak memberi!

Ya, mentari kehidupan masih ada. Hari ini… esok?

.......

Belum tentu kita masih ada!

(ustaz Pahrol)

18 April 2011

Double of H

Never imitate. Create.

(Hlovate)

Quote Hlovate yang sangat memberi inspirasi. Walaupun ada segelintir yang mengatakan karya Hlovate stereotype ataupun ‘sepesen’, tidak. Karyanya lebih kepada pengisian rohani bukan kisah cinta & rumah tangga semata-mata yang biasanya dibayangkan dengan secara berlebihan. Bila membaca hasil nukilannya, hati saya terdetik, yes, it true! Absolutely!

Satu contoh penulisannya dalam novelnya Contengan Jalanan:

“Baca Quran ni patutnya macam baca novel la.Patutnya lebih lagi daripada tu.Baca Quran ni kena ada feel.Kalau tak,tak bawa makna apa.” Akmal sengih. “Kalau orang baca novel tu boleh feel habis sampai menangis-nangis,baca Quran ni patutnya berkali ganda lebih feel daripada tu.Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni.

Fend sengih kelat.Nak relate dengan baca novel tu mungkin tak berapa sangat la kot,sebab dia bukan kaki buku macam K².Tapi kalau untuk feel tu,dia boleh relate dengan feel pada lagu-lagu.Memang faham sangat

“Tu la.Kita ni kadang-kadang berlagak.” Akmal senyum segaris. “Kalau baca Quran dengan tafsir,kita sentiasa je letak diri kita jadi ‘watak putih’ dalam Quran tu.Tapi kita lupa,cukup ke kriteria kita nak jadi ‘watak putih’ tu.Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata ‘aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat ‘wahai orang yang beriman....’, ‘wahai orang mukmin’..... ‘golongan-golongan muhsinin’ tu’.Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu?Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?

Terdiam dibuatnya mendengar kata-kata Akmal tu.Memang betul pun tu yang selalu dibuat.Ada jugak la rasa perasan ‘beriman’ tu.Sebab kita memang orang Islam,boleh kot kalau nak perasan macam tu?Tapi betul jugak cakap Akmal.Cukup kriteria ke?

“Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi ‘watak hitam’.Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu.Bayangkan kita la orang yang kena azab.Baru la kita lagi berlumba-lumba nak lari dari jadi golongan-golongan tu.Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu bila terlampau berangan sangat yang kita ni la ‘watak putih’,sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi ‘watak kelabu’ pun tak cukup qualification.” Akmal sengih. “Tu aku punya two-cents la.Kau nak terima atau tak,terpulang.”

There's a difference between taking inspirations VS taking-things (bulat-bulat) and pretending like it's yours. Saya kagum sebab Hlovate tidak pernah memunculkan dirinya untuk mengatakan ini & itu adalah karya dia. Bukan nama yang dicari. It much better!

If I’m your silent reader, you are silent novelist to me.

Terima kasih kerana menghasilkan karya yang banyak membantu insan-insan yang pernah jatuh untuk bangun berdiri lebih tinggi dari sebelumya.

Never imitate.

Create.

And of course in the end all the credit goes to Him the Almighty.

But He also taught us the value of integrity.

(Hlovate)

……………………………………………………..

Saya hanya mampu berharap, agar semua buku saya ini menjadi saham akhirat saya. Tiadalah harapan yang lebih besar daripada itu. Pada saya, duit, populariti, pujian orang, itu semua hanyalah pisau dua mata buat saya. Ada waktu berguna buat saya, ada waktu mungkin menghancurkan saya. Tetapi pastinya ganjaran Allah tidak akan langsung memberikan kerugian buat saya.

Saya juga amat berharap agar yang membaca buku-buku saya, menyebar luaskannya kepada rakan-rakan. Saya yakin, buku-buku motivasi saya, terutama Fanzuru, Tuhan Tidak Lupakan Kita, dan Jangan Menangis Hamba amat baik buat hadiah rakan-rakan.

Saya bukan menulis sebab saya ada ‘cerita’ yang saya nak kongsi.

Saya menulis sebab saya ada ‘mesej’ yang saya nak kita bersama dalami dan fahami.

Semoga ini semua Allah kira sebagai saham akhirat kita bersama, insyaAllah.

(Hilal Asyraf)

Hilal Asyraf, I start to keep a close distance with your writing. It inspired me. A lot. Keep writing & Insya Allah, it will be counted as Hereafter’s share.

Mood: KLIBF 2011, PWTC (22 April-01 Mei 2011)

Oleh kerana karya novelists ,double of H (Hlovate & Hilal Asyraf), tengah berkira-kira mahu ke sana.

05 April 2011

" Saya Percayakan Kamu "

Orang cakap kepercayaan itu ibarat kristal, cantik dipandang, tapi sekali terhempas, takkan dapat dicantumkan lagi menjadi bentuk asal. Jatuh dan hancur. Pasti berkecai.

Bila kita hilang kepercayaan terhadap orang lain, jangan sesekali hilang kepercayaan terhadap diri sendiri. Mencari kepercayaan yang hilang ibarat mencari pelangi ditengah terik cahaya matahari..tanpa hujan!

Kalaulah kepercayaan tu boleh diukur, semua pasti indah.

Nampak indah, tapi tak semua yang indah itu membahagiakan. Kadang-kadang ia hanya indah di mata, apabila ditangan sendiri, tak mustahil ia akan berubah warna.

Sebab bukan semua yang menggembirakan hati baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang menjelekkan kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang disitulah terletak bahagia.

Itulah kehidupan. Mungkin itulah jalan yang panjang dan jalan yang paling pendek. Untuk mencari kebahagiaan, tiada jalan pintas!

“ If someone hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them because they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart. "

Exactly!

* never put too much hope on someone because maybe someday they will going disappointed us. Tapi benarkah kita mula meletak kepercayaan pada seseorang bila terasa dimiliki dan memiliki?

23 March 2011

Syafakillah Ya Ukhti!

Mengenang air mata saat menerima berita darinya. Tidur malam ditemani mimpi ngeri tentang kalian. Allahurabbi, besar ujian itu. Semoga kalian kuat dan terus kuat. Allah menduga kalian di permulaan jalan melayari syurga di dunia. Pasti Allah telah janjikan sesuatu yang baik dengan apa saja yang ditakdirkan. Percayalah. Kalian insan terpilih.

Semoga cinta & kasih sayang kalian tidak akan pudar dek tragedi ini. Berdoalah semoga cinta akan terus menjadi semerah & seindah warna inai yang masih ada dijarinya. Syafakillah. Semoga kalian cepat sembuh dan sentiasa dibawah lindungan Allah. Sentiasa. Doa kami sekeluarga sentiasa mengiringi kamu semua.

Allah ada cara terbaik untuk memberi. Seandainya ujian itu tanda kasih sayang dan rahmat Allah untuk kita, terimalah dengan penuh redha. Jangan sesekali putus asa. Semoga kamu semua ditempatkan di kalangan orang bertaqwa di akhirat kelak dengan adanya sifat redha atas ujian demi ujian yang diberikan. Sungguh Allah menyayangi kalian semua. Takkan tertimpa sesuatu dugaan sekiranya kita tidak mampu menanggungnya. Ternyata kamu semua orang yang KUAT.

Teruskan berjuang dalam menempuh ujian hidup ini. Yakinlah dengan rahmat dan janji Allah. Sesungguhnya orang yang redha & tawakal dengan kehidupannya, Allah akan kurniakan rezeki yang tak disangka-sangka. Walau bukan rezeki didunia, yakinlah pasti diakhirat kelak, insya Allah mungkin di syurga!

Kalian takkan pernah lekang dari doa dan ingatan kami. Insya Allah!

20 March 2011

Hidup Adalah Pilihan

Kehidupan di dunia ini manusia akan sentiasa dibayangi rasa takut, khuatir dan bimbang. Bermacam-macam perkara yang ‘ditakutkan’ atau di'takut-takutkan'. Namun, yakinlah, ketakutan itu dapat diatasi hanya dengan berpegang teguh kepada panduan Allah.

Walaupun rasa takut itu masih ada, tetap ia tidak mampu mengatasi keyakinan & baik sangka kepadaNya. Dan Allah berjanji bahawa semua ketakutan ini, tidak lagi akan dirasai oleh orang-orang yang beriman & beramal soleh di akhirat sebagai ganjran kerana mematuhi perintahNya & menjauhi laranganNya.

Abah pesan: benda baik selalu Allah uji. Nak tengok sejauh mana kita bersangka baik dengan Allah. Yang paling penting, sebenarnya Allah nak kurniakan pahala sabar untuk kita.

Hidup kita, pilihan kita. bahagia yang kita pilih, maka bahagialah yang kita dapat. Syurga yang kita pilih, insya Allah..syurgalah yang kita peroleh.

Yakinlah Allah tidak memberi apa yang kita pinta tapi Dia kurniakan apa yang kita perlu. Bila dipejamkan mata terasa sungguh tidak terduga dengan apa yang berlaku. Hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Sampai bila? Sehingga mata tertutup.

Semoga Allah permudahkan semuanya sehingga ke akhirnya. Hanya Allah yang tahu niat di hati. Sekiranya ia baik dan ikhlas kerana Allah, Insya Allah, segala-galanya baik dalam jagaan Allah.

20 February 2011

Unconditional Love

Mungkin ini entri kedua saya untuk dia selepas entri Doa dari anakmu. Bukan tak mahu mencoretkan sesuatu untuk dia. Tapi saya lemah tiap kali ingatkan dirinya. Lemah bila mengingatkan betapa kuatnya dia. Bila saya lemah sudah pastinya saya menangis. Oleh itu, saya mencuba untuk menyembunyikan segala perasaan saya pada dia.

Saya banyak belajar dari dia. Semua tentang kehidupan. Dialah tempat saya meluahkan segalanya. Dibahu dialah saya pernah menangis bersama. Tangan dialah yang selalu menggosok bahu dan pegang tangan saya sekuatnya ketika saya lemah suatu masa dulu. Disaat semua orang lari meninggalkan saya. Tiada siapa lagi di sisi saya selain Allah dan dia. Dia yang sentiasa meniupkan kata-kata semangat ditelinga saya & menyambut diri saya tiap kali saya jatuh tersungkur. Jadi, bagaimana saya mampu menyembunyikan betapa sayangnya saya pada dia?

..................................................

Abah pernah bertanya macamana ciri-ciri lelaki idaman kami adik beradik.

Ringkas jawapan kami: Macam abah!

Salah seorang dari kami bertanya: Boleh tak, nak kawin dengan abah jea?

Sehingga saya pernah terfikir dan berkata:

“ Sometimes I hate with my love at first sight

Because the first person i fall in love is another woman’s husband, my father ”

Abah, mungkin orang lain tak mengerti betapa uniknya kasih sayang kita, sebab hanya hati kita yang merasa!

Try watching pictures of you and your dad, and play this song as the background.

I'd be surprised if you don't even feel like shedding a tear. Because I do!

Kasih, kenanganku

Ingatkah saat saat dulu

Kasih, apakah dirimu

Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi

Ku masih melihat bayanganmu cintaku

Dan kemana pun arah anginku berlari

Hati ini masih kau miliki

Lelaki itu yang selalu mencintamu

Selalu, tanpa ragu

Lelaki itu yang selalu memuja

Hanya dirimu

Yang bertakhta dalam sanubariku

Sanubari ku

Aku yang mencintakan mu

Hanya dirimu

Karena cintaku, tak berbatas waktu

Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu

(*saya ubah lelaki ini kepada lelaki itu*)

Jadi rasanya tak menjadi satu kesalahan saya membayangkan lelaki itu adalah abah saya. Walaupun kita mungkin mempunyai persepsi yang berbeza tentang lagu ini. Bukankah kasih sayang itu luas, terserah pada kita cara untuk menyampaikannya.

Saya juga suka tujukan lagu Di Pondok Kecil untuk abah. Tapi saya tak mahu dengar lagu itu sekarang. Pasti banyak air mata saya dikeluarkan lagi. Abah pesan: Simpan air mata untuk hari tua!

Lastly:

Thanks abah for your unconditional love for us. Time will never dim our love. You will be always in my dua and I wish our love everlasting until Hereafter and Insya Allah until Jannah.

Thank you Allah for the precious person You lend me. Because of that, I couldn’t ask for much better person.

You are an awesome man I ever meet!

Cukuplah dengan abah seorang, kak ngah dah rasa sejuta rahmat dari Allah!

Selamat Hari Lahir Abah!

15 February 2011

Andai Rasulullah Bersama Kita

Andai Rasulullah bersama kita…

Sekian lama saya simpan video ini. Sempena maulidur rasul, saya share bersama. Setiap kali saya tengok, saya rasa gementar & sayu bila tengok air matanya mengalir. Begitu juga dengan air mata saya. Semoga air matanya membawa dia ke syurga.

Dalam kita menyambut hari kelahiran rasul junjungan, jangan kita lupa untuk menghayati hari & detik kewafatan baginda.

Saat kewafatan baginda, setelah 3 hari Izrail menyamar, baru Izrail dapat & sanggup masuk rumah Rasulullah.

Baginda bertanya, mana sahabat (Jibril) baginda? Izrail menjawab, Jibril turun, tapi tak sanggup tengok Nabi ditarik nyawanya.

Sampai ketika yang ditentukan, Jibril berpaling muka kerana tidak sanggup.

Jibril berpesan supaya Izrail tarik nyawa Baginda perlahan-lahan.

(kredit to Najwa Abdullah: selalu memberi inspirasi dalam kata-katanya)

*penceritaan yang ringkas namun mampu menggetarkan hati*

Maulidur rasul

Mereka tema baru setiap tahun, siapa tokoh maulidur rasul, berarak & selawat beramai-ramai.

Itulah ironinya. Mungkin itulah cara yang dikatakan untuk mengekspresikan cinta kepada Rasulullah.

Bagi diri kita: tepuk dada, tanyalah iman.

................................................

Universiti terbaik atas muka bumi ini ialah universiti kehidupan.

The University of Life.

Yang mana Guru Besarnya adalah Allah.

Allah gunakan alam untuk tunjuk kuasaNya. Sebab alam tak akan berbohong.

Segala yang berlaku di masa lampau & kini. Lihat kiri & kanan. Lihatlah dengan mata hati.

Segalanya sudah terang & nyata, tapi ianya hanya bagi orang yang mahu berfikir.

Tunjukkan rasa cinta pada Baginda dengan cara yang sewajarnya.

Menyintai dan mengasihi baginda mampu menjadi asbab untuk meraih hidayah dan petunjukNya. Mengasihinya juga boleh menyelamatkan kita dari azab api neraka, dengan izinNya.

Semoga kita masih sempat dikurniakan syafaat di suatu masa kelak. Insya Allah.

“Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam.”

( Surah Al-Anbiya ayat 107 )

Salam Maulidur Rasul.

(bila cuti : mode berbunga-bunga)

13 February 2011

Susah & Senang

Dedikasi khas buat orang-orang tersayang & sahabat-sahabat yang sentiasa bersama:

Saya selalu diketemukan dan bersahabat dengan orang yang sederhana ataupun dengan kata lain, orang yang hidupnya banyak Allah uji. Dulu saya pernah terfikir kenapa Allah tetapkan saya berkawan dengan orang sekian dan sekian. Sekarang saya sudah faham kenapa Allah izinkan saya berkawan dengan orang yg 'susah'. Susah dari pelbagai sudut & aspek. Kasih sayang, keluarga & juga kewangan. Kerana Allah sudah tuliskan dia akan menguji saya. Tinggal saya sahaja, bagaimana saya mahu menjalaninya. Jadi saya perlu jadi kuat. Kuat seperti mereka. Dengan mereka saya belajar untuk jadi kuat. Disitu saya dapat pinjam banyak kekuatan.

Kata-kata yang pernah dititipkan ditelinga saya.

" Jangan bersedih. Kita orang kuat. Allah pilih kita untuk pikul semua ini. Kita orang kuat & kita mesti bahagia kerana Allah pilih kita. Kita berhak untuk bahagia. Berbahagialah! "

Tapi seikhlas hati saya lebih senang & selesa berkawan dengan orang yang 'susah' berbanding dengan orang yang memiliki segalanya. Atau erti kata lain memiliki hidup yang senang.

Hanya orang yang pernah susah faham apa itu makna kesusahan.

Analoginya:

Orang yang berbasikal sekian jauh cukup mengerti apa itu kepenatan

Orang yang datang dari keluarga yang miskin faham apa maknanya kekayaan semangat & cita-cita

Orang yang biasa berendam air mata dalam hidupnya, akan lebih mengerti nilai diri & perjuangan hidupnya.

Orang yang pernah susah sahaja yang mengerti hakikat hidup ini.

Cuma kadang-kadang merasa sedih & terkilan bila ada orang yang tidak mahu memahami kesusahan & kesulitan hidup seseorang.

Apabila mereka tidak berjalan di muka bumi supaya menjadi orang yang ada hati dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka mendengar. Sesungguhnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dada.

Kawan ketika kita susah itulah sahabat dunia akhirat kita. Susah senang ketawa & air mata. Mereka sesekali takkan biarkan kita sendiri. Sentiasa ada. Terima kasih Ya Allah kerana banyak mengajar tentang kehidupan dunia ini.

Allah sedang berteka-teki dengan saya dan kita semua, untuk menduga kita & melihat bagaimana kita akan menjalaninya.

Dan saya yakin kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Walauapapun yang Allah pilih buat saya, saya pasti itu yang terbaik diantara yang terbaik.

Lihat kebawah, dugaan yang menimpa orang lain adakalanya lebih hebat dari ujian kita. Kita hanya perlu syukur & redha.

Bukanlah Allah mengetahui segala yang ada dilangit dan bumi?

Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam kitab Luh Mahfuz. Sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.

Saya akan terus menanti dengan sabar & menerima dengan redha. Insya Allah.

* Bingkisan ini cetusan idea selepas menghadiri majlis akad nikah kak asiah & suaminya, ayub cuti baru-baru ini. Melihat kebahagiaan & senyuman kak asiah tempoh hari membuatkan saya bertambah yakin, setiap orang berhak untuk merasa bahagia. Terima kasih untuk titipan nasihat tempoh hari. Semoga kak asiah sentiasa bahagia dan menjadi isteri solehah seperti Asiah.

Tahniah juga buat pejuang-pejuang di Mesir. Yakinlah Allah sentiasa dengan orang yang benar. Apa saja kekuasaan bukan ditangan manusia. Allah akan memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia suka, merampas dari siapa sahaja Dia mahu. Memuliakan & menghina sesiapa sahaja Dia inginkan. tak memerlukan sebarang peluru, nuclear untuk menjatuhkannya. Hanya dengan media teknologi: facebook dan twitter. Semuanya kerana Allah itu Maha Besar. Semoga semuanya dibawah lindungan Penguasa segala isi langit & bumi. Insya Allah

21 May 2011

Jun 2010 & Jun 2011

bingkisan oleh alepponaim pada 1:00 PM 0 bingkisan hati anda

bingkisan oleh alepponaim pada 9:54 AM 0 bingkisan hati anda

bingkisan oleh alepponaim pada 1:05 PM 0 bingkisan hati anda

bingkisan oleh alepponaim pada 11:39 PM 2 bingkisan hati anda

bingkisan oleh alepponaim pada 11:18 PM 0 bingkisan hati anda

Orang cakap kepercayaan itu ibarat kristal, cantik dipandang, tapi sekali terhempas, takkan dapat dicantumkan lagi menjadi bentuk asal. Jatuh dan hancur. Pasti berkecai.

Bila kita hilang kepercayaan terhadap orang lain, jangan sesekali hilang kepercayaan terhadap diri sendiri. Mencari kepercayaan yang hilang ibarat mencari pelangi ditengah terik cahaya matahari..tanpa hujan!

Kalaulah kepercayaan tu boleh diukur, semua pasti indah.

Nampak indah, tapi tak semua yang indah itu membahagiakan. Kadang-kadang ia hanya indah di mata, apabila ditangan sendiri, tak mustahil ia akan berubah warna.

Sebab bukan semua yang menggembirakan hati baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang menjelekkan kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang disitulah terletak bahagia.

Itulah kehidupan. Mungkin itulah jalan yang panjang dan jalan yang paling pendek. Untuk mencari kebahagiaan, tiada jalan pintas!

“ If someone hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them because they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart. "

Exactly!

* never put too much hope on someone because maybe someday they will going disappointed us. Tapi benarkah kita mula meletak kepercayaan pada seseorang bila terasa dimiliki dan memiliki?

23 March 2011

Syafakillah Ya Ukhti!

bingkisan oleh alepponaim pada 11:16 PM 0 bingkisan hati anda

Mengenang air mata saat menerima berita darinya. Tidur malam ditemani mimpi ngeri tentang kalian. Allahurabbi, besar ujian itu. Semoga kalian kuat dan terus kuat. Allah menduga kalian di permulaan jalan melayari syurga di dunia. Pasti Allah telah janjikan sesuatu yang baik dengan apa saja yang ditakdirkan. Percayalah. Kalian insan terpilih.

Semoga cinta & kasih sayang kalian tidak akan pudar dek tragedi ini. Berdoalah semoga cinta akan terus menjadi semerah & seindah warna inai yang masih ada dijarinya. Syafakillah. Semoga kalian cepat sembuh dan sentiasa dibawah lindungan Allah. Sentiasa. Doa kami sekeluarga sentiasa mengiringi kamu semua.

Allah ada cara terbaik untuk memberi. Seandainya ujian itu tanda kasih sayang dan rahmat Allah untuk kita, terimalah dengan penuh redha. Jangan sesekali putus asa. Semoga kamu semua ditempatkan di kalangan orang bertaqwa di akhirat kelak dengan adanya sifat redha atas ujian demi ujian yang diberikan. Sungguh Allah menyayangi kalian semua. Takkan tertimpa sesuatu dugaan sekiranya kita tidak mampu menanggungnya. Ternyata kamu semua orang yang KUAT.

Teruskan berjuang dalam menempuh ujian hidup ini. Yakinlah dengan rahmat dan janji Allah. Sesungguhnya orang yang redha & tawakal dengan kehidupannya, Allah akan kurniakan rezeki yang tak disangka-sangka. Walau bukan rezeki didunia, yakinlah pasti diakhirat kelak, insya Allah mungkin di syurga!

Kalian takkan pernah lekang dari doa dan ingatan kami. Insya Allah!

20 March 2011

Hidup Adalah Pilihan

bingkisan oleh alepponaim pada 11:18 PM 2 bingkisan hati anda

Kehidupan di dunia ini manusia akan sentiasa dibayangi rasa takut, khuatir dan bimbang. Bermacam-macam perkara yang ‘ditakutkan’ atau di'takut-takutkan'. Namun, yakinlah, ketakutan itu dapat diatasi hanya dengan berpegang teguh kepada panduan Allah.

Walaupun rasa takut itu masih ada, tetap ia tidak mampu mengatasi keyakinan & baik sangka kepadaNya. Dan Allah berjanji bahawa semua ketakutan ini, tidak lagi akan dirasai oleh orang-orang yang beriman & beramal soleh di akhirat sebagai ganjran kerana mematuhi perintahNya & menjauhi laranganNya.

Abah pesan: benda baik selalu Allah uji. Nak tengok sejauh mana kita bersangka baik dengan Allah. Yang paling penting, sebenarnya Allah nak kurniakan pahala sabar untuk kita.

Hidup kita, pilihan kita. bahagia yang kita pilih, maka bahagialah yang kita dapat. Syurga yang kita pilih, insya Allah..syurgalah yang kita peroleh.

Yakinlah Allah tidak memberi apa yang kita pinta tapi Dia kurniakan apa yang kita perlu. Bila dipejamkan mata terasa sungguh tidak terduga dengan apa yang berlaku. Hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Sampai bila? Sehingga mata tertutup.

Semoga Allah permudahkan semuanya sehingga ke akhirnya. Hanya Allah yang tahu niat di hati. Sekiranya ia baik dan ikhlas kerana Allah, Insya Allah, segala-galanya baik dalam jagaan Allah.

20 February 2011

Unconditional Love

bingkisan oleh alepponaim pada 12:28 AM 2 bingkisan hati anda

Mungkin ini entri kedua saya untuk dia selepas entri Doa dari anakmu. Bukan tak mahu mencoretkan sesuatu untuk dia. Tapi saya lemah tiap kali ingatkan dirinya. Lemah bila mengingatkan betapa kuatnya dia. Bila saya lemah sudah pastinya saya menangis. Oleh itu, saya mencuba untuk menyembunyikan segala perasaan saya pada dia.

Saya banyak belajar dari dia. Semua tentang kehidupan. Dialah tempat saya meluahkan segalanya. Dibahu dialah saya pernah menangis bersama. Tangan dialah yang selalu menggosok bahu dan pegang tangan saya sekuatnya ketika saya lemah suatu masa dulu. Disaat semua orang lari meninggalkan saya. Tiada siapa lagi di sisi saya selain Allah dan dia. Dia yang sentiasa meniupkan kata-kata semangat ditelinga saya & menyambut diri saya tiap kali saya jatuh tersungkur. Jadi, bagaimana saya mampu menyembunyikan betapa sayangnya saya pada dia?

..................................................

Abah pernah bertanya macamana ciri-ciri lelaki idaman kami adik beradik.

Ringkas jawapan kami: Macam abah!

Salah seorang dari kami bertanya: Boleh tak, nak kawin dengan abah jea?

..................................................

Sehingga saya pernah terfikir dan berkata:

“ Sometimes I hate with my love at first sight

Because the first person i fall in love is another woman’s husband, my father ”

Abah, mungkin orang lain tak mengerti betapa uniknya kasih sayang kita, sebab hanya hati kita yang merasa!

Try watching pictures of you and your dad, and play this song as the background.

I'd be surprised if you don't even feel like shedding a tear. Because I do!

Kasih, kenanganku

Ingatkah saat saat dulu

Kasih, apakah dirimu

Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi

Ku masih melihat bayanganmu cintaku

Dan kemana pun arah anginku berlari

Hati ini masih kau miliki

Lelaki itu yang selalu mencintamu

Selalu, tanpa ragu

Lelaki itu yang selalu memuja

Hanya dirimu

Yang bertakhta dalam sanubariku

Sanubari ku

Aku yang mencintakan mu

Hanya dirimu

Karena cintaku, tak berbatas waktu

Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu

(*saya ubah lelaki ini kepada lelaki itu*)

Jadi rasanya tak menjadi satu kesalahan saya membayangkan lelaki itu adalah abah saya. Walaupun kita mungkin mempunyai persepsi yang berbeza tentang lagu ini. Bukankah kasih sayang itu luas, terserah pada kita cara untuk menyampaikannya.

Saya juga suka tujukan lagu Di Pondok Kecil untuk abah. Tapi saya tak mahu dengar lagu itu sekarang. Pasti banyak air mata saya dikeluarkan lagi. Abah pesan: Simpan air mata untuk hari tua!

Lastly:

Thanks abah for your unconditional love for us. Time will never dim our love. You will be always in my dua and I wish our love everlasting until Hereafter and Insya Allah until Jannah.

Thank you Allah for the precious person You lend me. Because of that, I couldn’t ask for much better person.

You are an awesome man I ever meet!

Cukuplah dengan abah seorang, kak ngah dah rasa sejuta rahmat dari Allah!

Selamat Hari Lahir Abah!

15 February 2011

Andai Rasulullah Bersama Kita

bingkisan oleh alepponaim pada 2:58 PM 2 bingkisan hati anda

Andai Rasulullah bersama kita…

Sekian lama saya simpan video ini. Sempena maulidur rasul, saya share bersama. Setiap kali saya tengok, saya rasa gementar & sayu bila tengok air matanya mengalir. Begitu juga dengan air mata saya. Semoga air matanya membawa dia ke syurga.

Dalam kita menyambut hari kelahiran rasul junjungan, jangan kita lupa untuk menghayati hari & detik kewafatan baginda.

Saat kewafatan baginda, setelah 3 hari Izrail menyamar, baru Izrail dapat & sanggup masuk rumah Rasulullah.

Baginda bertanya, mana sahabat (Jibril) baginda? Izrail menjawab, Jibril turun, tapi tak sanggup tengok Nabi ditarik nyawanya.

Sampai ketika yang ditentukan, Jibril berpaling muka kerana tidak sanggup.

Jibril berpesan supaya Izrail tarik nyawa Baginda perlahan-lahan.

(kredit to Najwa Abdullah: selalu memberi inspirasi dalam kata-katanya)

*penceritaan yang ringkas namun mampu menggetarkan hati*

Maulidur rasul

Mereka tema baru setiap tahun, siapa tokoh maulidur rasul, berarak & selawat beramai-ramai.

Itulah ironinya. Mungkin itulah cara yang dikatakan untuk mengekspresikan cinta kepada Rasulullah.

Bagi diri kita: tepuk dada, tanyalah iman.

................................................

Universiti terbaik atas muka bumi ini ialah universiti kehidupan.

The University of Life.

Yang mana Guru Besarnya adalah Allah.

Allah gunakan alam untuk tunjuk kuasaNya. Sebab alam tak akan berbohong.

Segala yang berlaku di masa lampau & kini. Lihat kiri & kanan. Lihatlah dengan mata hati.

Segalanya sudah terang & nyata, tapi ianya hanya bagi orang yang mahu berfikir.

Tunjukkan rasa cinta pada Baginda dengan cara yang sewajarnya.

Menyintai dan mengasihi baginda mampu menjadi asbab untuk meraih hidayah dan petunjukNya. Mengasihinya juga boleh menyelamatkan kita dari azab api neraka, dengan izinNya.

Semoga kita masih sempat dikurniakan syafaat di suatu masa kelak. Insya Allah.

“Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam.”

( Surah Al-Anbiya ayat 107 )

Salam Maulidur Rasul.

(bila cuti : mode berbunga-bunga)

13 February 2011

Susah & Senang

bingkisan oleh alepponaim pada 11:27 AM 0 bingkisan hati anda