Betapa uniknya kejadian hati ciptaan Ilahi.
Biar berkali-kali disakiti dan dilukai, masih mampu untuk terus mencintai dan mengasihi; masih mampu untuk memaafkan dan memberi peluang.
Bersyukurlah jika punyai hati sebegini!
Pasti ada habuan daripada Ilahi biar manusia langsung tidak menghargai.
Uniknya juga hati; tika sayang masih ada, ia sanggup nafikan luka dan kecewa yang dirasa tapi bila hati tiada lagi rasa; ia mampu jadi sekeras batu, sepejal besi dan sekebal keluli.
Tika itu, segala kasih sayang telah pergi, perhatian daripadanya tiada lagi dan jangan terkejut bila air matanya juga sudah kering.
Jagalah hati insan yg kita sayangi jangan sampai kita di sisi tapi seolahnya kita dah tak wujud lagi.
Kenapa jadi begini & begitu?
Kenapa dulu tak begini & begitu?
Kadang-kadang, tidak semua kita perlu jelaskan.
Kadang, Allah yang akan menjelaskannya bagi pihak kita.
Kenapa perlu risau kalau manusia tidak pernah memahami kita, sedang Allah yang lebih agung memahami kita?
Mana yang lebih bernilai, Allah tahu keadaan kita atau manusia tahu keadaan kita?
Sudah tentulah Allah.
Manusia, sekalipun dia tahu, apa yang dia boleh bantu kalau ia di luar batas mampu?
Sedangkan pantai pun berubah, inikan pula hati manusia.
Bagaimana mahu menghadapinya?
Tak perlu menghadapinya, hanya perlu melaluinya.
Dengan melaluinya pasti kita mampu menghadapinya.
Laluinya dengan senyuman dan penuh kesabaran.
Kerana kita tak mungkin miliki segala yang kita ingini dalam masa yang sama.
Ada masanya kita perlu terima sesuatu yang tidak kita inginkan sebagai 'bayaran' atas 'harga' sesuatu yang kita miliki.
Semua ini ujian berhikmah. Tarbiyyah yang tak perlu dibayar.
Ujian adalah rencah hidup.
Bukan penghalang bahagia.
Bukan juga derita untuk selamanya.
Ujian hidup bak tali yang regang.
pasti akan kendur atau putus juga akhirnya.
Dengan syarat, jangan patah hati, jangan putus asa, & jangan putus doa serta teruslah berharap kepadaNya.
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah.
Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kita sehingga tawar hatinya.
Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kita.

