salam..
kekejaman yang terus menjadi raja dalam masyarakat hari ni..berita ini sangat menyedihkan hati aku..lg menyentuh perasaan aku pernah ke kampung terjadinya tragedi ini..terlalu tipis iman seseorang manusia yang bergelar bapa..terlalu rapuh kasih sayangnya pada keluarga yang dibinanya..hanya kerana rm 30..sanggup menggelapkan masa depan dua cahaya matanya yang belum mengenal apa itu dunia dan kehidupan..apa yang berlegar dalam fikiran aku..terlalu banyak persoalan..

.......................................
1: dalam 10 tahun akan datang, apa yang perlu si bapa terangkan pada anak2nya?adakah penyesalan cukup untuk menagih kasih sayang anak2nya lg?
2: bagaimana kanak2 yang tidak berdosa ini mahu meneruskan kehidupannya di masa hadapan dengan serba kekurangan?berdepan dengan masyarakat yang belum tentu mengerti penderitaannya?
3: sepanjang kehidupannya pasti diselubungi perasaan takut, benci dan trauma..yang pasti tiada penawarnya..apakah jawapan yang harus si ibu berikan pada anak2nya saat diajukan soalan: kenapa muka kakak dan adik jadi mcmni?
4: apakah perasaan dan kesakitan mereka ketika saat sedang tidur, disimbah cuka getah, menjerit kesakitan ketika kulit2 di wajahnya mengelupas?
5: apakah kita dapat merasa kesakitan yang mereka tanggung dalam perjalanan ke hospital kerana ia bukanlah satu perjalanan yang singkat..dari hulu terengganu ke kuala terengganu..
..................................
cubalah bayangkan 'cuka getah'!..sekiranya cuka getah itu disimbah ke kulit kawasan punggung lembu..kawasan kulit lembu yang sangat tebal..kulitnya juga akan tertanggal!..cuba bayangkan disimbah dimuka kanak2 yang mempunyai lapisan epidermis yang tersangat nipis!
apakah hukuman yang setimpal untuk diberi kepada bapanya?disimbah juga dengan cuka getah biar dia merasa juga kesakitan itu! itulah yang islam katakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan! apakah jawapan yang kau berikan saat tuhan bertanya pada dirimu di padang mashyar kelak..apa yang telah kau lakukan pada anak2 mu iaitu amanah yang aku berikan padamu? jawapannya?
apa yang kakak harapkan..tuhan sentiasa melindungi kalian semua..semoga adik berdua tabah walaupun kamu terlalu kecil untuk mengerti erti kehidupan yang sebenar..apa yang kakak dapat lakukan..kalian akan berada di dalam doa kakak..insyaALLAH


