i'm sorry, deeply sorry...
...saya mintak maaf
begitu mudah ucapan untuk memohon maaf..mungkin nampak begitu senang kepada kepada sesiapa sahaja yang pernah melukakan, meyakiti hati dan perasaan kita atau yang telah berlaku kasar pada kita...adakah ia semudah itu?
Apa pula yang aku dapat sekiranya aku maafkan dia?

"sampai bila?"
"aku pun xpasti"
"mcmane kau nak buka hati kau pada yang lain sekiranya kau masih xdapat maafkan dia?"
"aku sangat terluka, sangat, aku harap kau faham"
"sampai bila?"
"sampai aku boleh ungkapkan kat dia, 'aku dah maafkan kamu'..tp aku xpasti bila"
"besar hikmah, pahala sebuah kemaafan"
" aku tahu"
.....................................................................................................
Di padang mahsyar, bila seorang dari dua orang manusia bertelagah, menuntut agar dosanya dipikul oleh orang yang telah menzalimi dia dan ketika itu Allah memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah di Jannah
"Tidakkah kamu melihat mahligai itu?"
"Ya, saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat daripada emas dalam sebuah taman diperbuat daripada perak tp untuk siapakah itu wahai tuhanku? Mungkin untuk para nabi atau syuhada ataupun para sidiqin?"
"Kamu masih berpeluang untuk mendapatkan mahligai itu"
"Bagaimana caranya wahai tuhanku, sedangkan aku tidak mempunyai sebarang harta mahupun emas untuk membayar dan memiliki mahligai itu?"
"Kamu boleh memilikinya sekiranya kamu sedia memaafkan rakan kamu dan tidak meminta dia memikul dosamu"
" Wahai tuhanku, aku sedia memaafkan dia terhadap apa jua kesalahan dia terhadap aku"
Lalu Allah segera memerintahkan para malaikat agar membawa orang itu ke dalam mahligai tersebut dan mengizinkan orang itu bersama rakannya memasuki mahligai itu.
........................................................................................
Aku hanya mampu diam, bungkam, lemah dan lesu. dan menjawab perlahan:
"aku tahu"
aku tahu besar hikmahnya yang tersirat..Hanya Allah Maha Mengetahui..
tapi kenapa aku begitu sukar untuk menyatakan "aku maafkan kamu?"
kerana aku bukan insan yang kamil..
aku tidak sempurna..
sungguh..aku banyak kekurangan..kelemahan...
terlalu banyak..kalau tidak masa kan dia tinggalkan aku?
yea..aku maafkan kamu..sedangkan aku masih terasa?
perlu ke aku maafkan sekiranya hati aku tidak meredhai sepenuhnya?
mungkin senang untuk memaafkan tetapi tidak mudah tuk melupakan
apa yang aku perlukan?
masa
'time will heal the wound'
tapi bukan ke dah lama?
mungkin..
tapi belum terubat..
masih terasa..masih berdarah..
tidak pernah kering..
kerana..
bagi aku untuk memberi kemaafan memerlukan kekuatan..
kekuatan iman dan jiwa..
sedangkan aku baru bertatih untuk mendapat kekuatan itu dan kekuatan itu belum sepenuhnya dalam jiwa aku..
ingin aku mengungkapkan 'aku maafkan kamu'..namun jiwa aku x sekuat itu..aku masih tak mampu..tuk melupakan apa yang berlaku...hanya orang yang memahami kisah hidup aku akan mengerti kenapa aku sebegini..kenapa aku bukan seorang yang pemaaf
"aku faham apa yang kau rasa"
"if u in my shoes..tapi xsama dengan apa aku rasa..sebab hanya aku yang merasa kesakitan itu..sesekali xkan sama, tapi aku tahu aku boleh sandarkan kesedihan aku pada kau, terima kasih"
"aku harap kau yakin dengan janji2 Allah"
"yea..aku cuba..InsyaAllah"
"Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak menyayangi kecuali kepada hambaNya yang penyayang, tidak mengampun kecuali terhadap hambaNya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali terhadap hambaNya yang sanggup memaafkan kesalahan saudaranya."
namun, harga sebuah kemaafan untuk seseorang biarlah pada tempatnya..bukanlah sehingga harga diri diperkotak-katikkan..bukan itu yang dinamakan pemaaf..
mungkin di suatu masa aku akan maafkan..mungkin tidak..kerana aku bukan manusia yang sempurna..dan bukan salah aku sekiranya aku tidak dapat memberi kemaafan sehingga ke akhirnya..kerana aku tahu aku jua insan yang lemah
'maybe one day i will forgive but I couldn't forget
and I sorry about that'
sincerly,
*sekadar ingin sebuah perkongsian..
i'm sorry or saya mintak maaf more touching and meaningful?
juz leave ur comment
TQ*


