Salam sahabat2 sekalian..
entry kali ni terasa ingin berkongsi sebuah video yang cukup menarik perhatian saya untuk dengan rakan2 semua..ustaz azhar ni adalah penceramah terkenal di terengganu..saya suka mendengar tazkirah dan peringatannya di rumah kerana bagi saya walaupun cara penyampaiannya agak bersahaja namun cukup padat dan tepat..yang penting dimana2 sahaja kita boleh mencari ilmu Allah..tajuk kali ni adalah:
BERTUNANG TANPA IBU BAPA
mungkin rakan2 xdapat memahami sangat apa yang diulas oleh ustaz tersebut kerana penggunaan bahasa terengganu yang sgt 'pure'..namun apa yang dapat saya simpulkan dari tazkirah tersebut adalah mengenai konsep pertunangan mengikut persepsi islam..
.............................................................................................................
apabila sesorang lelaki menyatakan hasrat untuk menjadikan si perempuan sebagai isterinya,ketika sedang di lamun cinta, walaupun dalam telefon,
adakah ia dikira meminang?
adakah sudah menjadi tunangan orang?
...................
......................................................
..........................................................................
"saya nak jadi suami awak suatu hari nanti, tunggu saya tau"
"ya..saya sanggup jadi isteri awak..walau berapa lama sekalipun, saya tunggu"
"i nak u jadi isteri, u sanggup, setuju?"
"ya..saya setuju..saya pun xsabar nak jadi isteri u"
.........................................................
............................................
...........
Pinang dari segi hukum feqah ialah si lelaki menyatakan hasrat untuk memperisterikan perempuan dan perempuan itu bersetuju..
hanya dengan sepotong dan selafaz ayat..kita sudah pun menjadi tunangan orang dalam sekelip mata..terkejut bukan?
ya, saya pun terkejut..hanya dengan lafaz YA..kita sah menjadi tunangan orang..maka haram bagi sesiapa lelaki yang masuk meminang kita dalam tempoh itu sekiranya dia tahu..walaupun tanpa pengetahuan ibu bapa, dan perempuan itu sah di sisi syarak..iaitu waras, baligh dan boleh membuat keputusan, maka pertunangan sudah pun berlaku
namun..apa pula yang dapat dijelaskan dengan
sebentuk cincin?
satu rombongan keluarga?
barang2 hantaran segala bagai?
majlis besar2?
untuk apa?
itu hanyalah adat semata2..hanya sebagai tanda ikatan
habis, yang mana kita perlu ikut?
agama atau adat?
tentulah kita kene mengikut konsep yang islam ajar..selaras dengan slogan yang kita selalu laungkan "islam is the way our life"
then barulah kita mengikut adat..tidak salah mengikut adat..namun dahulukanlah apa yang islam terapkan dalam kehidupan kita..barulah mendapat keberkatan
namun..
perkara ni masih berlaku di kalangan kita bukan? termasuklah saya pada suatu ketika dahulu..
berjanji bersumpah setia..sampai ke anak cucu, ke akhir hayat?
akhirnya?
ada sesiapa yang lagi berkuasa melawan kuasa Maha Besar?
habis?adakah saya tunangan orang?
saya pernah mengungkapkan ayat tersebut..
saya terlalu daif dalam ilmu kehidupan..
itulah kekhilafan saya sebagai manusia..
apabila tidak meletakkan agama teratas dari segala-galanya..
betapa cetek ilmu kita bukan?
terlalu kerdil untuk kita hidup atas muka bumi ini..
tapi...
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Dia tahu apa yang kita sematkan dalam hati kita..
tidak mengapa sekiranya sebelum ini kita daif tentang ilmu kehidupan..
apa yang perlu kita lakukan?
transformasi!
dengan menjadi agama sebagai landasan kita hidup..
jangan sesekali memandang remeh hukum islam..
InsyaAllah kita tidak akan tergelincir lagi
pada kaum Adam..senang bukan mengungkapkan kata2 tersebut?
tapi adakah semua janji itu anda yakin anda boleh lunaskan?
sekiranya Ya, alhamdullilah..sekiranya Tidak?memungkiri janji?wallahualam..
merenung dan berfikirlah sejenak..
Sesungguhnya cintailah seseorang Hawa itu kerana agamanya, dengan itu anda akan terselamat
Dia dicipta dari tulang rusuk kamu yang jelas dekat dengan hati untuk dikasihi..
bukan di kaki untuk dipijak..
jadilah seorang lelaki yang tahu meletakkan martabat perempuan ditempat yang sepatutnya..
jadilah seorang 'pelindung' dan jangan sesekali menjadi 'perosak' terhadap kaum Hawa
tepuklah dada..jangan tanya selera..
kerana ia pasti 'ada' yang mencucuk hati kita..
tapi tepuklah dada..
tanyalah iman kita..
juga sebuah peringatan untuk saya,


