Assalamualaikum wbt
Hari ni 14 November, esok 15 November. Esok mungkin merupakan tarikh keramat bagi semua graduan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Seperti yang digembar-gemburkan esok semua akan mengetahui negeri kita bakal dipostingkan pada 22 November ni. Insya Allah. Semoga Allah takdirkan kita semua pada sesuatu yang baik.
Berbalik pada isu posting, kita sering dikaitkan dengan persaingan & perebutan penempatan bersama-sama dengan pelajar KPLI, Institut Perguruan Malaysia (IPG). Proffesion perguruan semakin menjadi rebutan masyarakat pada hari ini.
Semalam dalam perjalanan ke pasar tani bersama abah, saya banyak mendiamkan diri. Abah seolah-olah tahu apa yang saya fikirkan.
Insya Allah. Adanya rezeki kak ngah isnin ni. Sabar. Doa banyak2. Abah yakin.
Ya. Memang abah tahu apa yang berlegar dalam kepala saya. Tetiba saya bertanya:
Susahnya nak posting sekarangkan abah? Dari bulan 9 hari tu lg, lepas tu bulan 10 ni bulan 11 pulak. Tapi kenapa sistem pendidikan masih nak mewujudkan macam-macam lagi program pendidikan lain, KPLI, GSTT. Tak takut ke dengan berlambakkan ‘guru menganggur’ di Malaysia?
Kelmarin, abah ade berbincang dengan seorang pensyarah maktab mengenai isu posting ni.
Saya mendengar dengan tekun sekali dan sekarang saya sudah faham.
Ya. Sangat jauh pandangan mengenai isu ini kalau dilihat dari sudut kaca mata seorang pensyarah & seorang pendidik yang telah mengajar selama 27 tahun (abah saya). Terlalu banyak rasional & tak seburuk kita sangkakan.
Ternyata, graduan PISMP masih mempunyai 'saham' yg mahal. Dia mengatakan walauapapun sistem baru diperkenalkan, PISMP tetap menjadi pilihan pertama dalam sistem pendidikan. Apa yang menyebabkan ‘saham’ nya begitu tinggi? Kelayakan ikhtisas. Kelayakan ikhtisas yg dimiliki oleh PISMP tu sangat 'mahal'. Kuota pengambilan KPLI tidak setanding dengan pengambilan untuk pelajar PISMP. Tidak seperti yang dikatakan oleh masyarakat.
Abah berkata lagi:
Cuba fikir, yang memohon KPLI tu mempunyai ijazah, tapi mungkin disebabkan kursus yang diambil tu menyebabkan dia susah tuk mendapat peluang pekerjaan & dia memunyai tanggungan keluarga yang ramai, datang dari keluarga yang serba kekurangan. Jadi KPLI ni lah menjadi salah satu jalan penyelesaiannya. Mungkin kita akan berkata, kenapa dulu tak apply pendidikan siap-siap? Satu kene pegang, kita merancang, Allah juga merancang. Allah lah sebaik-baik perancang.
Sudah menjadi rezekinya menjadi seorang pendidik. Kadang-kadang apa yang kita miliki hari ini mungkin ada juga kita terambil hak org. Rezeki hak Allah. Kan elok kalau dibahagi2kan. Mungkin kita selalu membahaskan tentang hak tapi kita lupa semua itu hak Allah, tiada milik kita.
Dan kita selalu berfikiran yang apply proffesion perguruan sekadar menjadikan kerjaya tu sebagai sandaran untuk ‘makan gaji’. Mungkin ada ‘segelintir’ Tapi kenapa kita tidak pernah berfikir secara positif. Mungkin dia pernah apply tapi tidak berpeluang.
Ya, ada kawan saya yang cuba apply PISMP 6 tahun yang lalu tapi tidak berjaya sehinggakan dia pergi ke BPG untuk buat rayuan. Juga tak dapat. Apply degree education juga tak dapat. Jadi dia mengambil peluang KPLI untuk ubah perkataan tak dapat tu kepada dapat.
Kita selalu berfikir tentang nasib kita, cuba berfikir sejenak apalah nasib-nasib junior-junior kita yang masih menuntut di universiti, kalau lah sekarang begini susahnya nak dapat penempatan, apalah nasib mereka untuk 2, 3 dan 4 tahun akan datang. Seperti yang pensyarah maktab tu katakan pada abah saya, sekarang IPG juga mempunyai masalah penempatan untuk ‘produk’ pertama mereka yang akan mengajar Januari tahun depan. Tempat sangat terhad.
Kita selalu berfikir tentang diri kita, bukan tentang orang sekeliling kita. Kita dah berusaha, berdoa maka bertawakal lah. Bukankah kebergantungan pada Allah tu sangat penting?
Abah berpesan lagi:
Kerjaya guru bukanlah sesenang yang orang sangkakan. Ia sangat menuntut banyak pengorbanan & bukan mudah untuk mengharungi cabaran sebagai pendidik. Apa yang penting, tanam niat yang baik kerana Allah & azam yang kuat. Genggam amanah Allah dengan sebaik mungkin. Ikhlas kan hati dalam menyampaikan ilmu pada pelajar nanti. Ikhlas.
Saya ingat kata-kata ustaz Pahrol; Orang yang benar-benar ikhlas dia takkan sempat untuk merasa tertindas. Dan bila pelajar-pelajar kita berjaya, akan ada satu perasaan yang menyelinap dalam hati kita. Biarlah ilmu yang kita sampaikan itu bermanfaat untuk sesiapa sahaja.
Mungkinkah kita akan seikhlas itu nanti?
Cikgu Zaiton @ mama angkat saya pernah berpesan sewaktu saya praktikal tempoh hari:
ikhlas lah sayang dlm apa jua yg dilakukan demi anak didikmu..seperkara lg, amalkan zikir al-jabar 21x,ayat2 4qul 1x, diselangseli dgn bismillahirahmannrhm 7x..insyaALLAH langkahmu ke sekolah tiap hari tiada rasa gundah gulana lagi..
Ketika menulis bingkisan ni, saya teringat sewaktu saya praktikal:
Saya tengah bersemangat mengajar kat depan kelas. Tetiba ada students angkat tangan:
teacher, if u convert to buddha..let me 1st to know...coz i want to marry u..i can imagine u will look gorgeous if u in skirt and t-shirt..
Apakah kaitan dengan subjek Sivik yang saya ajar? Tiada kaitan langsung. Sedang saya mengajar, fikirannya merewang ntah kemana. Ya, itulah cabaran!
p/s:
Dan apa yang saya kongsikan ini adalah perbincangan antara saya dan abah saya. Ya, mungkin pendapat orang lain berbeza. Sebab itulah dikatakan rambut sama hitam, hati lain-lain. Cuma saya berpegang pada satu kata-kata:
Rezeki ditangan Allah. Selagi kita hidup, selagi itulah ada rezeki yang Allah peruntukkan untuk kita. Berdoalah.
Ketika pintu di bumi sudah tertutup segalanya, pintu ke langit sentiasa terbuka!
Apabila manusia tidak lagi boleh diharap mendengar pengaduan kita, Allah sentiasa ada untuk mendengar segala rintihan & pengharapan.
Semoga esok membawakan seribu khabar gembira untuk kita semua. Amin~
Walahuallam ^_^