Adakalanya hidup ni berbeza dengan novel
Yang mana kita tahu dimana permulaannya
Dan kita mengetahui pengakhirannya di epilog bab terakhir
Hidup?
Kita tak mampu tuk membelek muka surat terakhir
Tapi adakalanya hidup ni seperti novel
Hanya ada hitam & putih warnanya didalamnya
Kalau tidak hitam tulisannya pasti putih kertasnya
Yang pasti takkan ada yang warna kelabu
Takkan ada antara hitam & putih
Ia tak semudah yang disangka
Mata yang melihat takkan sesekali sama dengan hati yang merasa
Mungkin mampu menipu semua orang disekeliling
Tapi sesekali takkan mampu menipu hati sendiri
Mungkin saya seorang yang membosankan
Tiada yang indah
Terpaksa walaupun sebenarnya derita itu indah
Tidak mahu ‘terjatuh’ lagi
Mungkin terlalu berhati-hati
Kerana saya bukan jauhari
Sudah pasti tidak mampu mengenal manikam.


No comments:
Post a Comment