Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Lagu ni membuatkan aku terfikir
apa yang kita lakukan perlu tanya sama hati
apabila satu keputusan kita putuskan
itulah yang akan dipatrikan
Ya!
Melepaskan sesuatu dengan cara terpaksa & melepaskan dengan penuh rela
menerima dalam terpaksa & menerima dalam kerelaan
dua situasi yang sangat jauh berbeza
namun
walau apapun natijahnya di suatu masa
aku harus terima dengan hati terbuka & berlapang dada!
Kadang-kadang Allah berikan kita banyak pilihan dalam kehidupan
adakalanya kita menjadi buntu untuk membuat penilaian
Yang sebenarnya Allah sedang menguji & menduga kita
untuk melihat sejauh mana penilaian kita dalam membuat keputusan
Apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu
Kita takkan dapat kedua-duanya pada satu masa yang sama
Pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang!
Perjalanan hidup ini terlalu menguji
kiri & kanan penuh berduri
satu perkara yang dapat dipelajari
Takdir Allah terlalu misteri
dan hikmahnya sesuatu yang pasti!
*lagu2 lama ni penuh dengan kata nasihat & nilai kasih sayang..sangat bermakna kalau dihayati..
mungkin sebab inilah orang2 yang dah berumur tak dapat terima lagu2 genre sekarang..
dan kalau diperhatikan lagu2 sekarang dah banyak berubah kembali kepada muzik yang lama..
Back to natural!


No comments:
Post a Comment