"Kenapa engkau biarkan tangannya dibiarkan terbuka?"
Jawab wazir tersebut,
"Baru kini aku mengerti.
Salahuddin Al-Ayyubi ingin menunjukkan bahawa tiada ada apa yang akan dibawa ketika mati nanti."
Subhanallah!
itulah perkataan pertama yang terkeluar dari mulut selepas habis membaca artikel yang dishare di facebook
sungguh kagum dengan peribadinya!
........................................................................
Sesiapa yang menakluki Palestin, mereka telah menguasai dunia!
SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad.
Perang Hutain yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayubbi telah membuka ruang kepada pembebasan bandar al-Quds. Jumlah tentera Islam ialah 12 000 orang sementara tentera salib 50 000 orang. Jumlah tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12 000 orang sementara pihak tentera salib 60 000 orang.
Kumpulan kecil telah menang ke atas kumpulan besar dengan izin Allah.
Beliau mempersembahkan keseluruhan hidupnya untuk jihad di jalan Allah.
Semasa berjihad Salahuddin al-Ayyubi selalu membawa sebuah peti tertutup yang amat dijaganya. Orang terdekat menyangka terdapat berbagai batu permata dan benda berharga tersembunyi di dalamnya. Tetapi selepas wafatnya apabila peti dibuka maka yang ditemui hanyalah sehelai surat wasiat dan kain kafan yang dibeli dari titik peluhnya sendiri dan sedikit tanah.
Apabila surat itu dibuka tertulis " Kafankanlah aku dengan kain kafan yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah mengunjungi kaabah yang mulia dan makam Rasulullah s.a.w. Tanah ini ialah sisa-sisa masa perang, buatkanlah darinya ketulan untuk alas kepalaku di dalam kubur"
Dari tanah tersebut dapat dibuat 12 ketulan tanah yang hari ini terletak di bawah kepala Salahuddin al-Ayyubi. Setiap kali Salahuddin al-Ayyubi kembali dari berperang yang dimasuki bertujuan berjihad kepada Allah, beliau akan berusaha mengumpulkan tanah-tanah yang melekat pada muka dan pakaiannya dan meletakkannya di dalam peti rahsia itu. Beliau telah berjaya mengumpulkan tanah yang boleh dibuat 12 ketulan, kiralah berapa banyak pertempuran yang dihadapinya kerana berjihad bagi menegakkan kalimah Allah!!
Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.
Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.
Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.
Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.
Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Pernah satu ketika, Salahuddin Al-Ayyubi menyuruh wazirnya balutkan tubuh dia dengan kain kafan tapi Salahuddin Al-Ayyubi pesan supaya tangannya dibiarkan terbuka. Wazirnya menjawab "Aku tidak sanggup melakukannya". Kata Salahuddin Al-Ayyubi, "Kalau begitu, engkau lakukannya di saat aku mati nanti. Sampai waktunya yang telah ditetapkan, Salahuddin menghembuskan nafas yang terakhir. Wazirnya melaksanakan pesan Salahuddin Al-Ayyubi. Seluruh tubuhnya dibalut dengan kain kafan kecuali tangannya dibiarkan terbuka. Semasa jenazah diusung, ramai la yang melihat tangan Salahuddin Al-Ayyubi tak berbalut. Mereka bertanya kepada wazir Salahuddin Al-Ayyubi "Kenapa engkau biarkan tangannya dibiarkan terbuka?" Jawab wazir tersebut, "Baru kini aku mengerti. Salahuddin Al-Ayyubi ingin menunjukkan bahawa tiada ada apa yang akan dibawa ketika mati nanti."
(facebook Mujahidah Izz)
................................................................
abah selalu ceritakan pasal Salehuddin Al-Ayubbi ni pada kami adik beradik, lebih2 lagi bila adik kene buat kerja khusus berkaitan sejarah islam baru2 ni..abah cakap dia lah pejuang Islam yang sangat hebat..Bumi Palestine, bila ada yang dapat menakluki ibarat sudah memiliki dunia. Di Palestin terdapat sebuah masjid iaitu Masjid al-Aqsa. Masjid itulah yang menjadi kiblat pertama bagi orang islam sebelum Kaabah. Masjid itu adalah salah satu masjid teragung dalam islam. Sudah pastinya musuh2 islam ingin menaklukinya!
( melihat kesungguhan abah bercerita pada kami, tetiba terdetik dalam hati, alangkah bagusnya andai satu hari nanti saya mampu mendidik anak2 saya dengan menyuntik semangat jihad yang tinggi seperti yang abah lakukan ^_^ )
Tinggi darjatnya disisi Allah. Pejuang Islam. Kita? belum tentu setinggi itu darjat disisi Allah. Abah juga selalu berpesan bila ada orang berkata-kata tentang keluarga kami
'xpe, biar apa orang nak cakap pasal kita, kita biarkan & serah pada Allah..Insya Allah, suatu hari nanti kebenaran akan terbukti..rendah darjat kita disisi manusia tak memberi kesan apa2, berdoalah agar darjat kita tinggi disisi Allah nanti'
itulah abah! yang sentiasa tenang menghadapi apa jua musibah & takdir hidup. Tidak pernah mengeluh. Saya suka melihat muka abah bila waktu subuh saat abah nak pergi ke surau, sangat tenang! Saya nak jadi manusia setenang abah. Insya Allah
saya pernah membaca satu hadis
" Sesiapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya daripada api neraka (Riwayat al-Bukhari)
Insya Allah abah, abah ada 6 puteri =)
* mungkin sebab kehidupan saya dah semakin tenang menyebabkan kehilangan idea untuk terus menulis di blog. Saya tidak pandai berkata2 tentang kehidupan menggunakan mulut tapi saya mampu mencoretkan segala-galanya menggunakan tangan. Semoga tangan ini tidak terus 'bisu' dan saya mampu menyampaikan sesuatu. Mungkin blog ini akan terus bernyawa sekiranya ada perkhabaran gembira dari saya dalam masa terdekat. Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia & akhirat saya. Saya juga dalam mencari idea menghasilkan satu bingkisan istimewa untuk dipublishkan pada suatu ketika nanti. Insya Allah


No comments:
Post a Comment