Dedikasi khas buat orang-orang tersayang & sahabat-sahabat yang sentiasa bersama:
Saya selalu diketemukan dan bersahabat dengan orang yang sederhana ataupun dengan kata lain, orang yang hidupnya banyak Allah uji. Dulu saya pernah terfikir kenapa Allah tetapkan saya berkawan dengan orang sekian dan sekian. Sekarang saya sudah faham kenapa Allah izinkan saya berkawan dengan orang yg 'susah'. Susah dari pelbagai sudut & aspek. Kasih sayang, keluarga & juga kewangan. Kerana Allah sudah tuliskan dia akan menguji saya. Tinggal saya sahaja, bagaimana saya mahu menjalaninya. Jadi saya perlu jadi kuat. Kuat seperti mereka. Dengan mereka saya belajar untuk jadi kuat. Disitu saya dapat pinjam banyak kekuatan.
Kata-kata yang pernah dititipkan ditelinga saya.
" Jangan bersedih. Kita orang kuat. Allah pilih kita untuk pikul semua ini. Kita orang kuat & kita mesti bahagia kerana Allah pilih kita. Kita berhak untuk bahagia. Berbahagialah! "
Tapi seikhlas hati saya lebih senang & selesa berkawan dengan orang yang 'susah' berbanding dengan orang yang memiliki segalanya. Atau erti kata lain memiliki hidup yang senang.
Hanya orang yang pernah susah faham apa itu makna kesusahan.
Analoginya:
Orang yang berbasikal sekian jauh cukup mengerti apa itu kepenatan
Orang yang datang dari keluarga yang miskin faham apa maknanya kekayaan semangat & cita-cita
Orang yang biasa berendam air mata dalam hidupnya, akan lebih mengerti nilai diri & perjuangan hidupnya.
Orang yang pernah susah sahaja yang mengerti hakikat hidup ini.
Cuma kadang-kadang merasa sedih & terkilan bila ada orang yang tidak mahu memahami kesusahan & kesulitan hidup seseorang.
Apabila mereka tidak berjalan di muka bumi supaya menjadi orang yang ada hati dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka mendengar. Sesungguhnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dada.
Kawan ketika kita susah itulah sahabat dunia akhirat kita. Susah senang ketawa & air mata. Mereka sesekali takkan biarkan kita sendiri. Sentiasa ada. Terima kasih Ya Allah kerana banyak mengajar tentang kehidupan dunia ini.
Allah sedang berteka-teki dengan saya dan kita semua, untuk menduga kita & melihat bagaimana kita akan menjalaninya.
Dan saya yakin kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Walauapapun yang Allah pilih buat saya, saya pasti itu yang terbaik diantara yang terbaik.
Lihat kebawah, dugaan yang menimpa orang lain adakalanya lebih hebat dari ujian kita. Kita hanya perlu syukur & redha.
Bukanlah Allah mengetahui segala yang ada dilangit dan bumi?
Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam kitab Luh Mahfuz. Sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.
Saya akan terus menanti dengan sabar & menerima dengan redha. Insya Allah.
* Bingkisan ini cetusan idea selepas menghadiri majlis akad nikah kak asiah & suaminya, ayub cuti baru-baru ini. Melihat kebahagiaan & senyuman kak asiah tempoh hari membuatkan saya bertambah yakin, setiap orang berhak untuk merasa bahagia. Terima kasih untuk titipan nasihat tempoh hari. Semoga kak asiah sentiasa bahagia dan menjadi isteri solehah seperti Asiah.
Tahniah juga buat pejuang-pejuang di Mesir. Yakinlah Allah sentiasa dengan orang yang benar. Apa saja kekuasaan bukan ditangan manusia. Allah akan memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia suka, merampas dari siapa sahaja Dia mahu. Memuliakan & menghina sesiapa sahaja Dia inginkan. tak memerlukan sebarang peluru, nuclear untuk menjatuhkannya. Hanya dengan media teknologi: facebook dan twitter. Semuanya kerana Allah itu Maha Besar. Semoga semuanya dibawah lindungan Penguasa segala isi langit & bumi. Insya Allah