CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

17 January 2011

Terapi Terhebat

Saya rasa kosong. Tiada apa-apa perasaan. Hanya satu rasa. Rasa ingin pulang ke kampung. Hanya itu yang bermain-main dalam kepala. Nak jumpe abah & adik-adik. Hanya mereka dalam hati saya. Hanya mereka yang memahami hati saya. Hanya mereka. Sebab kami pernah & akan sentiasa susah senang bersama. Sampai nyawa berpisah dari jasad. Kami tetap akan bersama. Saya rindu dengan kata-kata nasihat abah buat saya. Itu terapi terhebat!

Betul kata abah. Walaubagaimana sekalipun orang tu cakap faham keadaan kita, dia tidak faham sepenuhnya. Kita yang melaluinya. Perjalanan hidup kita semua mungkin selari tapi takkan sama. Mata yang memandang memang takkan dapat merasa sebagaimana hati yang menanggung walau sejauh mana mereka cuba menyelami hati kita. Hanya orang yang pernah susah faham bagaimana rasanya hidup yang susah. Walaupun kita sentiasa menangis kerana ujian & susahnya kehidupan, kesusahan itulah sebenarnya menjadikan kita seorang yang kuat!

Apabila kita belum pernah merasakan kesusahan, kita tidak mungkin akan dapat merasakan nikmat kesenangan. Kita tidak akan memahami tentang sesuatu sehinggalah kita melaluinya.

Saya hanya manusia biasa. Bukan suci dari hina & benci. Terlalu lama mencuba. Terlalu banyak yang didamba. Tiada yang sempurna. Hanyalah fana. Walauapapun yang terjadi, saya berharap Dia sentiasa mendengar rintihan hati saya & sentiasa membekalkan hati yang kuat untuk saya. Saya telah mencuba & akan sentiasa berdoa. Saya hanya perlu untuk tawakal & redha pada akhirnya.

Nasihat abah lagi. Ingat kak ngah, semuanya kerana Allah menyayangi kita dengan mengajak kita berfikir lalu diturunkan sedikit kesulitan untuk menguji hambaNya. Supaya kita tergolong antara insan yang bersabar, bersyukur, menjadi hamba yang bertakwa dan memperoleh rahmat dariNya.

Ya, abah saya seorang yang sangat sabar. Semoga saya dapat mewarisi kesabaran itu.

Terima kasih Allah atas pinjaman paling berharga ini. Saya takkan mintak seseorang yang lebih hebat lagi dari abah saya!

Semoga Allah sentiasa merahmatinya.

No comments:

17 January 2011

Terapi Terhebat

bingkisan oleh alepponaim pada 11:17 PM

0 bingkisan hati anda on "Terapi Terhebat"