CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 January 2011

Meminjam Kekuatan

Semalaman saya menghabiskan masa menjelajah blog arwah Dr. Mas Afzal Masarudin. Terima kasih kak Farah kerana memperkenalkan saya pada blog ini. Saat saya sentiasa meminta supaya Allah sentiasa memberi saya kekuatan. Allah ketemukan saya dengan blog ini. Walaupun arwah telah pergi, namun beliau meninggalkan banyak kata-kata semangat. Walaupun saya langsung tidak mengenali beliau & hanyalah sekadar silent reader blog beliau, terima kasih kerana ‘meminjamkan’ kekuatan saudara pada saya. Semoga Allah membalas peninggalan saudara dengan sebaik-baik balasan!

Jika hidup pentingkan diri sendiri, hidupnya di dalam diri sendiri. Lalu mati apabila matinya diri.

Andai hidup memberi, hidupnya di dalam diri orang lain. Tiada mati yang mampu mematikannya, selagi ada manusia yang meneguk tinggalannya

Beliau banyak meninggalkan sesuatu yang bermakna. Kata-kata semangat untuk kita yang masih hidup di dunia.

Banyak air mata ‘terkeluar’ malam ni kerana tersentuh dengan entri-entri beliau saat ingin ‘pergi’ & video ucapan terakhir beliau di sebuah masjid di Sheffield. Allahuakbar. Dia sangat kuat! Sangat kuat!

You'll never know how strong you are until being strong is the only choice you have left!

Besar ujiannya. Memang benar, Allah takkan menguji seseorang itu melainkan dengan kemampuannya. Allah mempunyai cara tertentu untuk menunjukkan kasih sayangNya. Saya berharap, saya takkan terlepas peluang untuk menjadi salah seorang untuk Allah tunjukkan kasih sayangnya.

Arwah Dr. Mas Afzal banyak ingatkan saya tentang kasih sayang sesebuah keluarga. Saya perlu belajar bersyukur dengan apa yang saya miliki. Apa yang kita miliki kita jarang hargai, yang kita tiada itulah yang kita cari.

Saya tak kisah kalau tiada lagi orang ingin menyayangi saya, asalkan saya ada keluarga yang sentiasa menyayangi saya! Kita memang sentiasa mengharapkan yang terbaik tapi jangan lupa kita mesti bersedia untuk sesuatu yang tidak baik. Bahagia itu akan sentiasa ada. Walaupun bukan dengan cara yang kita inginkan. Saya terfikir:

Jika bahagia dinilai hanya pada peristiwa & perkara besar: perkahwinan, ulangtahun kelahiran, deretan A dalam peperiksaan, rumah baru, kereta mewah & seumpamanya.

Maka tiadalah rasa bahagia pada peristiwa & perkara kecil : senyuman & gelak tawa keluarga, ucapan terima kasih, masa yang diluangkan bersama & pahit manis bersama.

Sedangkan yang besar itu sangat jarang & sukar ditemukan, manakala yang kecil itulah sering menghiasi kehidupan.

Allah certainly has unique ways to show His love.

And for that, I hope I will not lose my chance.

Saudara Mas Afzal, terima kasih untuk kekuatan yang ditinggalkan.

Semoga apa yang saudara 'tinggalkan' dapat saya jadikan 'tempat rujukan' disaat saya genting & memerlukan kekuatan.

Mungkin inilah cara Allah memberi kekuatan pada saya.

Al-fatihah.

Semoga Allah tempatkan saudara di Jannahtul Firdausi.

1 comment:

under the sky said...

the speech....and how his mother reminiscing the passing of her son really break me to tears. he definitely have inexplicable strength that i adore

20 January 2011

Meminjam Kekuatan

bingkisan oleh alepponaim pada 11:34 PM

1 bingkisan hati anda on "Meminjam Kekuatan"

under the sky on January 21, 2011 at 12:04 AM said...