Glad & thankful for 'knowing' you
All praises to Allah
Belajar banyak perkara di tahun 2010. Terlalu banyak. Setelah menanggung sendiri segala yang kita hanya nampak dengan mata kasar selama ini, barulah kita memahami, itulah sebuah kehidupan.
Suara yang berkata, telinga yang mendengar & mata yang melihat takkan sesekali sama dengan hati yang menanggung. Walaupun kita meletakkan diri sendiri ditempatnya, ia tetap takkan sama. Tak semua orang memahami apa yang kita rasai.
Saya tidak mahu lagi menangisi segala kepedihan yang lepas kerana ia pasti tidak akan kembali. Sesekalinya tidak akan kembali. Saya hanya mampu impikan esok hari kerana saya yakin ia pasti menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Jauh lebih baik. Mencuba memberi peluang baru kepada diri sendiri. Kenapa tidak?
Jika kita berlari, mungkin akan terjatuh. Jika kita berjalan, mungkin akan gelincir. Apapun yang terpaksa dilalui kelak, hadapi sebaiknya. Jika ditanya bagaimana boleh melalui semua itu, tiada jawapan melainkan segala kekuatan itu datangnya dari Allah & rahmat kasih sayang Allah tidak terhitung banyaknya. Semoga segalanya berakhir dengan baik sebagaimana baiknya ia bermula.
Menjadi & memberi yang terbaik untuk menerima yang terbaik. Insya Allah, pasti ada ganjaran yang terbaik dapat di kelek kelak. Semoga 2010 berlalu dengan penuh berkat & 2011 datang dengan penuh rahmat. Selamat datang tahun 'serba' baru. Serba? Ya serba baru!


No comments:
Post a Comment