sejarah bagaikan ingin berulang
namun kali ni aku lepaskan dengan senyuman bukan lg tangisan
tiada lagi keraguan melainkan keyakinan yang Allah berikan
dalam istikharah aku yakin engkaulah insan yg Allah tunjukkan
ketahuilah
dalam perjumpaan tanpa pengetahuanku
dan hanya dengan pertemuan yang singkat
kerana yakinkan agamamu dan peribadimu
Janji aku serahkan walaupun tanpa tarikh keramat
aku pernah tertanya
bagaimana sekiranya haluan hidupku perlu diubah?
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu
Kunci pintu itu ada di tanganmu
Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu
maka keadaan akan berubah menjadi lebih baik
anggaplah itu sebagai sebuah bimbingan ke arah kebaikan
bukan kongkongan dalam kehidupan
Insya Allah..dirimu akan mendapatkan yang terbaik
doaku agar dirimu sentiasa dibawah lindunganNya
diiringi keberkatannya
dalam memburu ilmu
demi mencari redha Ilahi
Ya allah..kuatkanlah kami bermujahadah
mendamba cintaMu yang terindah
kerana kini ku sedar
cinta manusia hanyalah wasilah
menagih rahmat dan maghrifah
Ya Allah..
jangan biarkan kami dicemari
dengan maksiat nan keji
teguhkanlah hati kami
untuk terus berada di jalan yang engkau redhai
permudahkanlah urusan kami
memeterai sebuah janji
sedih nk tinggalkan malaysia ke?
tak lah..rindu nk balik sana..dah lama tak tgk kaabah


No comments:
Post a Comment