demam, selsema, batuk, sakit tekak, sakit kepala..ni mmg pakej lengkap kalau demam..tp kali ni + dengan sakit gigi..aduhai..ni dah kali kedua demam disebabkan gigi bongsu 'kesayangan' ni nak tumbuh..sebelum ni sebelum puasa dah demam..hanya gigi bongsu 'kesayangan' sy jea nk tumbuh..tp satu family berjangkit demam dengan saya..hehe..kali ni?walahuallam
ingat lg..saya pernah bertanya dengan lecturer tp lecturer botanist pasal gigi bongsu..(jangan memain, botanist pun tahu pasal human anatomy)..masa tu rumate demam teruk sbb gigi nk tumbuh..

kenapalah gigi bongsu ni keluar lambat sgt yea doc?
tu tandanya ia gigi geraham ketiga terakhir yang akan tumbuh in human life span..biasanya umur 20 and above..tp depends..ad yg tumbuh ad yg xtumbuh..mungkin ia bergantung pada kandungan kalsium dalam badan
bertuahnya sape yang gigi bongsu dia xkeluar..xdelah demam mcmni..rasa cam nk ucap tahniah jea..
tp kenapa rasa sakit dia mmg sakit yg betul2 sakit?
sbb biasanya gigi bongsu ni terhimpit dengan gigi lain kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi bongsu tumbuh dengan baik..lgpun bila dah tua ni gusi dah keras..payah gigi bongsu tu nak keluar betul2..biasanya akan berlaku..
1) Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu (dah)
2) Kebengkakan muka (belum, tp mata dah bengkak sbb asyik bersin)
3) Kesukaran untuk menelan (absolutely)
4) Kesukaran membuka mulut (dah jugak)
5) Demam (otw..tuk kali kedua)
pastu kwn ad nasihat..
"kalau xtahan demam byk kali..pg jumpa dentist..ckp nk cabut..pastu dia akan operate buang gigi tu..kalau lambat cabut..boleh sebabkan berlaku infection kat gusi..xpe..xde gigi tu boleh makan lg.."
hah..sesenang tu..jumpa dr biasa byk kali pun saya sanggup lagi..kene inject byk kali pun xpe..
tp kalau dentist? kali terakhir rasanya 6 ke 7 bulan lepas..tu pun g scalling gigi jea..tgk papan tanda "Klinik Pergigian Rina"..dah rase seram sejuk semacam jea..adrenalin dirembeskan dengan begitu hebat..lglah bila dengar mesin gigi tu..rasa cam nk lari keluar..
jadi? tanggunglah demam tu byk kali pun..tp mengikut gerak hati..nnt cabut jugak gigi ni..bila dah berani..tp bila tu?
:: tetiba terasa yang ubat selsema tu mmg xsedap ::
setiap penyakit ada penawarnya kecuali kematian,


No comments:
Post a Comment