banyak persoalan yang tersirat..nekad untuk meleraikannya
rasa takut, serik, trauma masih menghantui diri:
hidup adalah pilihan..harus memilih dan membuat keputusan
percayalah ini percaturan hidup yang Allah aturkan untuk hambaNya..pasti ada hikmah yang Allah sediakan untuk kita..
naimah pernah sangka ini akan terjadi dalam hidup naimah?
tak pernah..sekali pun tak pernah
itulah hebatnya perancangan Allah..cuma kita yang lemah tak nampak semua tu..
ilmu disisi Allah kita tak tahu..mana hakikatnya yang manis, mana yang pahit, mana yang buruk dan baiknya..
rase diri ini sgt 'kerdil' dan tak layak untuk memilikinya..layak ke?
formula terbaik menjadi isteri solehah adalah mempunyai suami yang soleh
jika ingin menjadi isteri solehah, ia amat sukar tanpa suami yang soleh
malah segala kebaikan isteri dan kesolehannya 'disalahgunakan' oleh si suami yang tidak soleh sehingga dia dizalimi
berapa ramai wanita hari ini yang kelihatan jauh dari ciri-ciri wanita solehah, tetapi dengan kehadiran suami yang soleh, wanita itu berjaya dibentuk dan berubah menjadi lebih baik..
contohnya nasihat kepada suri hatinya tentang penampilan seorang wanita muslimah sentiasa dititikberatkan dan pergaulan dengan bukan mahram dijaga sebaiknya agar tiada fitnah yang timbul..
masih terdiam. bungkam..
ramai wanita yang sebelum kahwin baik agamanya, tp pabila melangkah ke alam perkahwinan terhakis keagamaannya dek kerana suaminya yang tidak mementingkan penjagaan syariat..
naimah tak mahu jadi bidadarinya disyurga nanti ke?
hanya mampu tersenyum
itulah puncak destinasi cinta yang terakhir untuk wanita solehah
menarik nafas lega..sambil tersenyum pada 'kaunselor peribadi'
teringat kata2 seseorang yang byk memberi semangat:
bagaimana kalau sy xmampu jadi yang terbaik untuk orang sebaik dia?
naimah sayang..usah risau dengan pilihan hatimu..banyak kelebihan pada dirinya mampu menutup segala kelemahan dalam dirimu..semoga ini adalah pilihan terbaik yang Allah pilih untuk dirimu
ingat la, usah la bersedih bila Allah tarik 'mentari' mu kerana Allah nak beri anugerah ' pelangi yang indah' buat diri mu..sentiasa la bersyukur..
bagaimana sekiranya ini bukan pilihan terbaik?
teruskan menjadi isteri yang solehah...contohi kesabaran Asiah menghadapi Firaun..jangan sesekali menyesali takdirmu kerana mungkin Allah sengaja mentakdirkan begitu supaya Dia mempunyai sebab untuk melimpahkan pahala sabar padamu..mungkin pahala sabar itu nanti akan memimpinmu ke darjat yang tinggi di syurga dan dianugerahi pasangan yang lebih baik disana
yea..hati pasti hancur, remuk..jangan bersedih..
tp cantumkan kembali serpihan itu dan serahkan sepenuhnya pada Allah
dengan meredhai sepenuhnya ketentuan hidup
sekiranya ternyata dia bukan jodoh saya juga?
Allah mungkin merancang sesuatu yang lebih baik..sentiasalah bersangka baik dengan Allah
apa jawapan yang perlu saya beri pada yang lain?
adakah saya akan mengecewakan orang lain?
satu kelemahan saya..saya sgt mudah bersimpati pada orang..saya takut hati saya berubah
istiqamah..sematkan dalam hati kenapa naimah pilih dia..
kenapa naimah berkawan dengan dia..bukan yang lain?
kerana agamanya..restu dan redha dari abah..
keikhlasan dia terima keadaan susah senang saya, keluarga saya..
yg penting kerana Allah
naimah dah buat solat istikharah?
dah..tapi xsemestinya mimpi kan?
yea..kdg2 ia hadir dalam bentuk kehendak hati..keinginan kita untuk terus berkawan dengan dia..
dan kita mengingati dia tidak lebih daripada kita mengingati Allah..
tu dah cukup untuk naimah mengecapi kebahagiaan..katakan pada yang lain..sesungguhnya Allah telah bukakan hati naimah untuk si dia..ini pilihan yang Allah berikan pada naimah..semoga Allah akan hantarkan juga pilihan yang terbaik untuk awak..jangan lupa doakan kebahagiaan untuk kawan2 naimah jugak..
adalah lebih baik dengan tidak menyatakan diri naimah 'single'..supaya yang lain tidak terus berharap dan mengharap..
Naimah is no longer listed as "single"
percayalah restu dari keluarga sgt penting..disitu punca kebahagiaan..cikgu percaya naimah takkan sesekali menghampakan orang tua kan?
family comes first
sejam dikaunseling mampu buat aku tersenyum dengan hidup ini..
no more clueless and speechless..
Alhamdulillah


6 comments:
alhamdulillah..barakallah..
semoga dirimu sentasa di dalam barkah dan redha ALLAH.. insya ALLAH
AMIN, AMIN, AMIN..
RABBAL A LA MIN..
semalaman naim dah berjaga tuk mengharap yg terbaik..
keputusan yg terbaik..
doa mama selalu naim harapkan..
semoga Allah membalas kebaikan mama kpd naim & adik2 dengan balasan di firdausi..amin..
saya suka word ini... :-)
"Naimah is no longer listed as "single""
mama thanks juga.... =)
kapten: doa yg kapten ajar tu mustajab =)
thanks kat kapten jugak tuk sokongan selama ni
saya pun suka semua ayat di atas!
tabarakallah!
:)
ameen..thanks yani!
Post a Comment