Yesterday was 10.10.10
today is 11.10.10
sebenarnya sahaja menunggu hari ni tuk nak catatkan kat sini apa yang dah berlaku semalam..10.10.10..ada apa dengan tarikh ni sebenarnya..susunannya nampak cantik sekali & mungkin mudah untuk diingati..ramai yang mengambil peluang untuk mengabadikan pernikahan, pertunangan pada tarikh tersebut supaya ianya nampak cantik tercatat pada sijil pernikahan dan kad kahwin..dalam masa yang sama nk ucap tahniah pada angkasawan negara kerana melangsungkan perkahwinan pada tarikh yg begitu bermakna

mudah-mudahan, semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga dan bertemu lagi untuk bercinta di firdausi.amin
..........................................................
satu kenangan manis telah tercatat..
namun bagaimana pula dengan kenangan pahit sekiranya terjadi pada trio of tens ni?

REMBAU: “Saya melihat ada mayat tanpa kepala dan ada yang putus tangan sebaik turun dari bas selepas kemalangan. Keadaan begitu tragis kerana banyak mayat bergelimpangan,” kata Bohari Saikon, 48, saksi kemalangan ngeri menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, petang semalam. (mymetro)
Innalillah wainailahirojiun..dariNya kita dtg, kepadaNya kita kembali
ya..kemalangan yang sgt tragis telah berlaku dan mangsa2 nya terdiri dari remaja2 lingkungan 18-20 tahun..sgt menyayat hati sehingga ada yang berkecai dan terputus kepala..
agak2nya bagaimana keluarga mereka nk melupakan kemalangan tragis ini sedangkan is juga berlaku pada 10.10.10? adakah ia masih dikenang sebagai perfect trio of tens?
tapi itulah kehendak Allah..pabila Dia nak sesuatu itu berlaku pada tarikh tersebut ianya takkan terlewat ataupun terawal walaupun sesaat..kun fayakun
..............................................
personally,
for me is just a perfect trio of tens
It’s just a set of numbers and instead some people said 'but not ordinary numbers'
dalam kehidupan saya juga ada yang berlaku semalam, sesuatu yang sgt saya harapkan dan Allah telah makbulkan..Alhamdulillah..berkat kesabaran
namun dari segi perspektif Islam, masyarakat islam bukanlah dari golongan yang taksub dengan angka ataupun numerolog..nombor hanyalah sekadar bersifat relatif..tiada hari atau nombor dianggap bertuah atau sial, sebaliknya semua dianggap sama
ini kerana mengikut Rasulullah ada hari paling baik antara kesemua hari dan ada bulan paling baik antara semua bulan
Iaitu bulan Ramadan dan juga hari Jumaat sebagai mana sabdanya:
"Hari terbaik di mana matahari naik adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam dijadikan, dan pada hari itu dia telah masuk Syurga dan pada hari itu dia dikeluarkan darinya” (riwayat Muslim, al-Jumu'ah, 1410).
mungkin selepas ni kita juga akan memilih 11.11.11 ataupun 12.12.12..namun selagi niat kita hanya kerana Allah dan tidak dilandasi dengan kepercayaan disebalik tarikh tersebut, maka ia bukanlah masalah bagi masyarakat islam selagi berpegang teguh dan beriman kepada Allah.
*9 hari lagi 20.10.2010..kombinasi yang agak menarik..apa lagi yea ingin dipahatkan pada tarikh tu =)
10.10.10 VS 20.10.2010,



1 comment:
Takziah buat keluarga Norazmi Abdul Karim 24 dari Kg Pondok Kempas (program seni) bakal graduan UPSI yang akan berkonvo pada hari Jumaat ni kerana terlibat dalam kemalangan 10.10.10..
telah kehilangan seorang bakal guru dalam mendidik generasi akan datang..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yg soleh..al-fatihah
Post a Comment