Serius kak nama saya tak ada kat sana?
Yea dik dah 2 kali akak check ni.
Oh, manalah saya dicampakkan ni?
2nd choices mintak mana?
Terengganu.
Cuba kol JPN Terengganu
Alangkah bahagianya kalau dapat. Saya terus buat kenduri (monolog sorang diri).
JPN Terengganu
Cikgu kat ganu ni ada lapan org jea yg akan lapor diri 22 hb ni?akak bacakan nama yea?
(saya dah lupa nama-nama tersebut & yang pastinya nama saya memang tiada)
Cikgu kenal nama2 tu?
Kos apa tu kak?
Tesl, geografi & kemahiran hidup.
Tak (memang sangat2 sedih. Sangat)
Kos sains xde ke kak?
Sains? Terengganu ni dah penuh sangat dah cikgu sains.
Hmm. Terima Kasih
Serius saya menangis. Mana ni saya dihantar? Perak tak dapat. Terengganu jauh sekali nak dapat. Takkan saya nak kol setiap JPN kat Malaysia ni. Apa yea yang orang ramai dapat. Johor! Yea Johor. Tapi saya tak nak pergi Johor. Tak nak. Kenapa? Sebab saya tak nak. Kalau tanya setahun yang lalu mungkin saya nak. Tapi sekarang saya dah tak nak. Tapi kenapa? Cukuplah dengan kenangan saya yang dah ada di Johor masa saya dimatrikulasi 5 tahun yang lalu. Saya tak nak ingat lagi. Saya dah ‘lipat’ semua kenangan tu. Simpan dalam kotak besi. Kunci & mangga. Anak kunci saya dah campak jauh-jauh kat laut. Dan saya takkan buka lagi walaupun menggunakan tukul. Okay. Cukup. Tak nak ingat lagi. Jadi tak nak tepon!
Habis, nak tepon negeri mana lagi ni yea? Ish KPM ni pun cepatlah bagitau negeri mana. Refresh portal KPM. Seminit saya refresh sebanyak 60 kali. Yea. Sekali sesaat. Mungkin lebih. YES! Dah boleh check. Tangan dah mula ketar taip ic. Nasib baik laptop dah save ic saya. Taip 8, arrow bawah & enter. Ni yang keluar:

Hah? Negeri Sembilan (N9)? Oh. Sedihnya. Menangis lagi. Saya nak Perak. Saya nak tinggal sekali dengan kakak saya & adik saya kat Perak. Macam2 dah kami rancang. Syu! Syu dapat mana yea? Terus kol syu ty ic. Sama! Ya, N9. Sama dengan Syu! Dan ia dapat melegakan sikit kesedihan saya.
Berfikir lagi kenapa N9? Sikit pun dalam kepala saya tak terlintas N9. Tak pernah bermimpi langsung. Serius. Walaupun secebis. Jauhnya. Dah lah saya memang sifar (0) tentang N9. Yang saya ingat tentang N9. Masok lomak cili api. Team bola sepaknya kalah dengan Kelantan baru ni. Hoben jang hoben. Hanya itu. Tak lebih walaupun sikit. Kalau semalam tanya saya on da spot. Siapakah menteri besar N9? N9 darul apa? Konfem saya tergagap2. Serius. Pengetahan am saya mengenai N9 memang kurang. Sangat kurang. Tapi kalau tanya sekarang konfem saya dah boleh jawab. N9 Darul Khusus. Sebab saya dah men’google’ pun. Hehe
Befikir lagi masa tu. Eh? Kenapa saya sedih ni? Bukan ke saya dah janji pada diri saya, dapat kat mana-mana pun saya nak bersyukur. Ya. Saya patut bersyukur. Ish nasib baik dapat posting. Kalau tak dapat mesti lagi sedih. Syukur, syukur. Cuba fikir kawan-kawan yang tak lulus interview. Yang tercicir. Lagi lah bersedih. Saya beristighfar. Menjaga hati supaya beistiqamah itulah yang paling susah.
Alhamdulillah. Ya. Segala puji bagi Allah. Saya redha kemana sahaja saya dihantar. Atau erti kata yang lain. Terima dengan hati terbuka & berlapang dada. Ianya perancangan Allah buat saya yang pasti ada hikmahnya! Saya yakin!
Memang kehidupan biasanya memang begini. Apa yang kita hajati, apa yang kita kehendaki. Kita takkan dapat semuanya. Tapi kenapa yea? Terus menyelinap ke hati saya sepotong ayat al-Quran yang pernah seseorang berikan pada saya sewaktu saya bersedih kerana peristiwa 5 bulan yang lepas:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
( al-Baqarah: 216)
Tetiba saya merasakan Allah sedang ‘berinteraksi’ dengan saya melalui kalamNya. Subhanallah. Ya, inilah yang dikatakan mukjizat al-Quran. Disaat kita bersedih, ia akan datang menggembirakan hati kita. Saya yakin! Terima kasih kerana membuatkan saya mengingati perngertian sepotong ayat al-Quran ini.
Saya perlu perbaiki kembali niat saya. Ijazah saya. Bukanlah sekadar segulung ijazah. Tapi lebih dari itu. Allah telah menyerahkan saya amanatnya untuk mendidik bakal pelajar-pelajar saya. Ya, mendidik. Bukan sekadar mengajar. Saya akan genggam amanat ini sebaik mungkin. Insya Allah.
Saya cuma mengharapkan ini perancangan Allah yang terbaik untuk saya. Ilmu disisi Allah kita tak tahu mana hakikatnya manis, pahit, baik & buruk. Yang pasti kita hanya dambakan yang manis-manis sahaja. Saya cuma berharap, Allah mentakdirkan saya pada sesuatu yang baik. Cukuplah Dia sebagai penolong kita. Bertawakallah. Seperti biasa, kita merancang, Allah juga merancang. Allah lah sebaik-baik perancang.
Harap sangat saya boleh menimba sebanyak mana pengalaman dinegeri orang. Tapi saya ada pasang niat. Saya nak kembali mengajar di kampung halaman satu hari nanti. Tahniah sangat pada kawan2 yang dapat mengajar kat negeri sendiri. Gunakan peluang ni sebaik mungkin!
Bila tengok analisis ni, saya sedikit kecewa, saya Cuma berharap analisis ni akan berubah untuk 3 atau 4 tahun akan datang. Dan ada satu tempat disediakan untuk saya nanti di Terengganu. Saya berharap. Insya Allah.

Hasil perbincangan dengan abah:
Kenapa Terengganu ni ramai sangat cikgu yea abah?
Biasanya cikgu2 yang mengajar diterengganu ni tak nak keluar tinggal Terengganu. Kawin dengan orang sini. Buat rumah & terus menetap disini bersama anak2. Abah pernah tanya cikgu yang asal bukan dari Terengganu.
Kenapa tak nak balik negeri sendiri? Saya suka Terengganu. Negeri yang sangat tenang. Banyak saya belajar di Terengganu lagi2 ilmu akhirat. Mudah saya nak berjemaah disurau dan pergi ke majlis ilmu. Sya nak anak2 saya membesar dalam keadaan kondusif sebegini.
Sebab tu saya pun nanti nak balik mengajar di Terengganu!
p/s: Bingkisan ini dibuat untuk menaikkan semangat pendidik didalam diri saya & juga rakan-rakan yang bakal berkhidmat tak lama lagi. Semoga akan terjalin satu ukhuwah baru bersama rakan-rakan yang posting di N9 ni. Semoga kita bersyukur sengan apa sahaja yang Allah kurniakan pada kita. Dan inilah manisnya kesabaran kita selama ini. Bukankah sabar itu indah?
Terima kasih tidak terhingga untuk keluarga, adik beradik, cikgu2 SKMT SBPIBR, pensyarah-pensyarah di UPSI, rakan-rakan, seorang hamba Allah yang sentiasa membuat saya tenang dan semua yang mendoakan kejayaan saya sehingga saya masih boleh berdiri kuat sehingga hari ini. Sentiasa berada disisi saya walau apapun keadaan saya. Doa dan semangat walaupun dimana kalian berada, jauh atau dekat yang tak pernah putus buat saya, saya tak mampu nak balas dengan kata-kata. Sungguh. Hanya Allah yang mampu membalas doa & semangat dari kalian. Semoga Allah membalas kalian dengan sebaik2 balasan. Amin!
Selamat menyambut Aidiladha. Mungkin inilah dinamakan pengorbanan!
Walahuallam ^_^


2 comments:
hoban jang hoban ke hobin jang hobin..hehehehe
haha..tgklah betapa 0 yea tentang N9..hehe
Post a Comment