"Kalau suka jumpalah ibu bapa. sayangnya tiada yang berani, tanda tidak bersedia. kalau tak sedia, kenapa nak bercinta?
Salam...
terlebih dahulu..bingkisan ini aku coretkan adalah sekadar satu peringatan kepada kaum hawa dan juga diriku..pasti ramai akan mengatakan:
'ah..dah frust bercinta br nk ingat tuhan'
yea..ia memang benar..kekecewaan banyak mengajar aku erti kehidupan..membuatkan aku sentiasa bermuhasabah diri aku dan menginsafi kesilapan aku yang lalu..seandainya aku menemui buku ini sebelum aku melangkah alam remaja..sudah pasti aku diantara manusia yang terselamat dari cinta dunia..namun, ALLAH itu maha besar lagi maha agung..apa yang DIA aturkan dalam hidup hambaNYA adalah yang terbaik..
pengalaman hidup banyak mengajar aku mengubah haluan hidupku agar aku tidak lagi mencurangi janji ku padaMu.. "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan Sekelian Alam"

bahaya cinta sebelum kahwin
1) pasti kelak diriku bagai lembu yang dtarik hidung oleh nafsu
2) menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan mencucuk jarumnya untuk melupakanku daripadaNYA
3) hati akan terseksa dengan barah rindu
4) rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
5) aku boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta
6) jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik mana yang buruk untuk diriku
7) jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya is terbina atas dasar maksiat yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya!
inilah bait2 kata yang aku renungi ketika menghayati buku ini..aku telah terlalu jauh..yea..aku tidak pernah terlanjur..tp aku seolah2 membuka jalan kepada syaitan untuk menyesatkan aku dengan lebih luas..ya ALLAH sungguh aku menyesal!
inilah yang membuatkan aku nekad selepas ini..'tiada cinta sebelum kahwin..cintaku hanya untuk suamiku..takkan ku berkongsi lagi'..jodoh adalah pilihan. pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang akan mendampingimu. nama 'si dia' telah tercatat di lohmahfuz untukmu namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu...
walaupun peribadi kita bukan sebaik Qani'ah yang layak mendapatkan suami sehebat Muslih..namun sekiranya kita mengimpikan peribadinya soleh, maka solehahkanlah diri kita..wahai 'si dia' yang tuhan telah catatkan di lohmahfuz untukku, cintailah aku kerana agamaku, dan aku akan mencintaimu kerana agamamu..jika hilang agama 'kita' maka hilanglah cinta 'kita'..(adaptasi kata-kata Imam al-Nabawi)
kejarlah cinta ALLAH sebelum mengejar cinta lelaki..sekiranya kau dapat memiliki dia..tanpa redha ALLAH kau xkan bahagia..malahan ia akan meluputkan berkatNYA dari hidupmu..oleh itu sentiasalah ber'husnuz zan' iaitu bersangka baik dengan ALLAH..kerana DIA sentiasa menyediakan yang terbaik untuk kita..sekiranya tiada jodoh untuk kamu wahai wanita solehah di dunia ini..sesungguhnya ALLAH telah menyediakan 'wildan' (anak muda kacak) untukmu disyurga kelak..kepada kamu wahai lelaki soleh..sekiranya kamu gagal menemukan cintamu didunia..percayalah DIA telah menyediakan bidadari syurga di kehidupan yang kekal dan hakiki nanti..
sesungguhnya aku manusia berdosa, apatah lagi maksum, takkan sesekali...wahai 'si dia' yang ALLAH catatkan untukku..berikanlah aku masa untuk melengkapkan diriku supaya aku dapat menjadi ketua bidadari untukmu disyurga nnt..
berpeganglah pada janji2 ALLAH..wasalam
*terima kasih kepada penulis Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul yang banyak menyedarkan kelalaian aku..banyak kata2 yang saya adaptasi dr buku ini..semoga ALLAH membalasnya di firdausi*


4 comments:
i like....nk beli la buku nie...
ko tahu nape aku beli?sbb aku nk bg sesiapa saja nk ajak aku couple..bg baca buku ni dulu..konfem pk banyak kali..buku ni buat kita rase sgt kerdil duk di dunia ni =)
k.naim,,,,suke sngt dgn post2 k.naim.... :)
tQ..sape ni yea? =)
Post a Comment